Petua Dari Indonesia, Nak Bagi Telur Rebus Mudah Dikupas & Berkilat. Senang Je Rupanya Nak Buat!

Share

Boleh dikatakan siapa sahaja yang tidak pandai merebus telur bukan? Hanya masukkan beberapa biji telur ke dalam periuk berisi air, kemudian letakkan di atas api dan biarkan mendidih untuk beberapa minit, siap.

Photo by Anton Nazaretian on Unsplash

Memang tidak dinafikan cukup mudah, namun apa yang jadi tidak puas hati adalah apabila hendak dikupas kulit telur tersebut melekat. Habis menggerutu telur yang dikupas dan lebih menyedihkan lagi bila dikupas kulitnya terkopek sekali dengan isi telur tersebut. Rugi pula terbuang begitu sahaja.

Tidak mahu berlaku seperti itu, sebenarnya ada banyak petua dan cara boleh dilakukan untuk pastikan kulit telur rebus mudah ditanggalkan dan dalam masa yang sama telur nampak elok kejadiannya, berkilat dan licin.

Salah satunya seperti yang dikongsikan di facebook oleh Basiroh Kz di salah satu group masakan. Difahamkan petua tersebut diperolehi daripada kenalannya yang berasal dari Indonesia.

 

Petua Rebus Telur Agar Cantik ‘Kejadiannya’

Mungkin sudah ramai yang sudah tahu petua ini. Dulu-dulu saya gagal rebus telur, mesti pecah atau kulit jadi berkerutu.

Bila dapat petua daripada kenalan dari Indonesia barulah dapat hasil yang sebegini. Jadi saya nak kongsikan petua mudah ini.

Cara-caranya :

1.Masukkan 2 sudu kecil garam halus, 2 sudu kecil cuka masakan.

2.Rebus seperti biasa menggunakan api sederhana. InshaAllah telur jadi berkilat, kenyal dan tak mudah pecah dan sgt mudah dikupas.

Ekstra Tip 
1.Paras air pastikan tenggelam telur.
2. Tak perlu tunggu air mendidih dulu, terus masukkan telur dalam air biasa dan rebus sehingga mendidih
3.Lebih kurang 10 minit sahaja rebusnya
4.Bila sudah cukup masanya terus buang air.
5.Teknik nak mudah kupas kulit. Guna belakang sudu ketuk-ketuk manja saja, kulit dah retak senang nak kupas.

Sumber : Basiroh Kz