Jika nak masak sambal, asasnya, penyediaan kena betul barulah sambal jadi sedap, likat dan berkilat.
Masakan sambal ini termasuk sambal nasi lemak atau sambal udang. Biasanya masak sambal ni kita buat ringkas aje guna menumis bawang, masukkan cili blend (yang dikisar), gula dan garam terus siap.
Tapi resipi ini lain sikit untuk menghasilkan sambal yang luar biasa sedap. Siap boleh buat perniagaan guna resipi ini.
Nak tahu caranya, ikut perkongsian puan Nurfaryana Nazari
Bahan-bahan dan cara penyediannya:
1. Cili kering 2 genggam, rendam air panas, blend dgn selabu bawang besar, 2 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, seinci halia, sebtang serai(ikut nak bubuh atau tak) blend dgn minyak bekas goreng ikan bilis 2 senduk(ni akan buat sambal tu sedap) n sedikit air..
2. Panaskan minyak, masuk daun pndan sehelai n tuang bhn blend, tumis smpai pecah minyak, masuk skeping asam / asam jawa.. letak garam n gula + gula merah..
3. Masukkan bilis yang digoreng, gaul sebati, boleh tutup api bila nmpk minyak n sambal tu tpisah mcm dlm gmbar.. buat sambal ni mmg pakai minyak banyak, nanti bila nak mkn, boleh buang sikit lapisan minyak tu.
4. Jika nak buat sambal udang, sama ja langkahnya cuma tambahkan saja hirisan bawang besar dlm smbal.. rasanya lebih manis, sesuai utk masakan udang.
Awas, pastikan jenis cili kering yang korang guna, jika macam saya dalam gmbar tu, kecil krnting sikit memang pedas namateyy.. so, nak kurangkan pedas, campur sebiji tomato dan suku batang carrot.. insyaAllah pedas smbal tu kurang.. (petua org dulu2) memang menjadi saya buat.
Ada pelbagai keperluan untuk memasak dengan mudah,ini selanjutnya.
Selamat mencuba. Bagi nak buat meniaga nasi lemak, guna la resepi ni, insyaAllah customer korang teringat-teringat.
Sumber: Nurfaryana Nazari
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
*******************************************8
JOM SERTAI KAMI!
Sebagai mak ayah tentu kita harapkan anak-anak kita mempunyai impian dan cita-cita yang hebat untuk dicapai bila besar nanti.
Jadi penting masa anak masih kecil inilah kita perlu beri galakan untuk menyokong minat dan cita-cita mereka.
Mudah je, Sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan daftarkan diri di http://www.wasap.my/60169647520
*Cara dan syarat boleh lihat di poster