Pengalaman berjumpa dengan seorang mak bidan lama yang di panggil Tok di Kampung Minda, Hulu Dungun yang berusia lebih kurang 80an dan diberikan petua olehnya tidak saya lupakan.
Tok ini memang sudah tidak mengurut orang lagi kerana sudah tidak larat di sebabkan usianya. Secara kebetulan saya membawa adik ipar untuk di urut, disebabkan kami datang dari jauh dan kebetulan Tok kenal keluarga suami saya maka dia sudi untuk menolong urut adik ipar saya. Itupun cuma di urut di bahagian perut sahaja.
Walaupun sudah berusia cara urut dan pegangan tangan Tok masih lagi berbisa.
Sambil mengurut Tok memberitahu kepada kami kerana kebetulan adik ipar memang jenis sembelit dan ada masalah pada ususnya.
” Nanti ambik pegaga 1 genggam dan daun kucai 1 genggam. Air 1 cawan. Orang dulu tumbuk kesemua ini. Laa ni, blender ajelah. Kemudian tapis. Minum airnya beberapa hari hingga hilang rasa sakit. Ini cara nak bersihkan usus”
Kebiasaanya usus kotor boleh menyebabkan boleh jadi sembelit, kerap rasa lapar kerana ketidak seimbangan keadaan usus, mudah masuk angin , keletihan dan sering sakit kepala.
Hingga kadang kala boleh menyebabkan sakit perut.
Berikut resepi yang Tok berikan :
1. 1 genggam pegaga segar
2. 1 genggam daun kucai
3. Di basuh dan di campurkan dengan 1 cawan air
4. Di blender dan ditapis airnya minum
5. Lakukan setiap hari hingga sembuh.
Resepi ini juga sesuai untuk menjaga kesihatan usus.
Menurut kajian yang dilaporkan oleh Journal of the National Cancer Institute pada tahun 2002 memang kandungan di pegaga dan daun kucai mengandungi sejenis bahan yang boleh mengelakkan terjadi cancer perut atau usus.
Rasa ramuan ini memang sedap. Jika ada kelapangan memang saya akan amalkan minuman ini.