

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di


Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

Perkongsian daripada doktor ni memang banyak manfaatnya, mengupas secara detail tentang pengambilan pil perancang keluarga.
Nak tambah ilmu tentang itu, jom semak artikel penuh ini.
Apa jua ubat dan kaedah rawatan mesti ada baik dan buruknya. Makan paracetamol pun boleh ada kesan sampingan yang buruk.
Doktor yang merawat yang bertanggungjawab membuat pertimbangan jika sesuatu ubat itu atau kaedah rawatan itu sebenarnya memberikan faedah atau memudaratkan pesakit ( benefit outweigh risk).
Doktor akan mencadangkan sesuatu rawatan jika beliau berpendapat kaedah atau rawatan memberikan kebaikan kepada pesakit atas penilaian klinikalnya BUKAN atas dasar mengaut keuntungan ataupun ada apa-apa conflict of interest.
Konsep family planning mempunyai pelbagai kelebihan dan faedah, bukan sahaja dalam usaha menjarakkan kelahiran, pil perancang mempunyai pelbagai kelebihan lain seperti mengurangkan masalah haid seperti senggugut, haid yang tidak tetap, haid yang banyak dan juga haid yang tidak teratur.
Pil perancang boleh digunakan untuk merawat PCOS , mengurangkan kejadian ovarian cyst, berguna dlm endometriosis, mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pelvis (PID) , mengurangkan risiko kandungan luar rahim, merawat jerawat teruk dan lain lain – non contraceptive benefits
Memang terdapat kajian epidemiologi yang menunjukkan bahawa pengamal pil perancang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser payudara dan kanser serviks.
Walau bagaimanapun kajian ini adalah kajian “observational” yang tidak boleh digunakan sebagai bukti perubatan yang kukuh dalam merawat pesakit.
Perlu diingatkan, pil perancang bukan penyebab kanser tetapi faktor sampingan sebenarnya yang meningkatkan risiko untuk mendapat kanser serviks iaitu jangkitan HPV pada pangkal rahim yang berterusan.
Dikatakan pil perancang meningkatkan risiko mendapat kanser buah dada sebanyak 24%. Mengapa hal ini timbul?
Risiko kanser payudara dikaitkan dengan penggunaan pil perancang jenis triphasic dan bukan daripada jenis pil yang digunakan oleh kebanyakan wanita pada zaman sekarang.
Peningkatan risiko kanser serviks lebih kurang 7% ,manakala kanser payudara pula lebih kurang 24%. Peningkatan sebegini ini sebenarnya adalah sangat rendah secara statistik dan TIDAK SIGNIFIKAN.
Untuk mereka yang ada masalah breast benign ( tidak berbahaya) seperti fibroadenoma atau sejarah keluarga yang ada breast cancer, anda BOLEH menggunakan Pil perancang tanpa was-was.Risiko anda untuk mendapat kanser payu dara TAK MENINGKAT dengan penggunaan pil perancang.
Cuma, untuk mereka yang sedang mengalami kanser payu dara dan sejarah kanser payu dara ( diri sendiri yang kena kanser ) – TIDAK SESUAI menggunakan pil perancang.
Kajian menunjukkan pengambilan pil perancang MENGURANGKAN RISIKO dapat 3 jenis kanser – KANSER RAHIM, KANSER OVARI DAN KANSER USUS BESAR.
Pengambilan pil perancang keluarga menurunkan risiko kanser Rahim sebanyak 30%, mengurangkan risiko kanser ovari sebanyak 30-50% dan mengurangkan risiko kanser usus besar sebanyak 15-20%.
Faedah pengurangan risiko kanser ovari juga akan diperolehi oleh wanita-wanita yang ada mutasi gene BRCA 1 / 2 yang ada kena mengena dengan kanser yang diwarisi.
Faedah ini berterusan selama beberapa puluh tahun meskipun wanita itu berhenti mengambil pil perancang, atau tidak mengamalkanya lagi.
Ini bermaksud kelebihan pil perancang dalam menurunkan risiko kanser Rahim, ovari dan usus besar lebih BERMAKNA daripada keburukan pil perancang yang menyebabkan kanser payudara dan serviks.
Jangan lupa, kita ada ujian saringan untuk kanser payu dara dan kanser serviks – iaitu pemeriksaan sendiri payu dara dan pap smear sebagai ujian saringan awal,sedangkan takde ujian saringan yang berkesan untuk mengesan kanser ovari dan kanser rahim.
Kanser ovari adalah di antara kanser wanita yang paling sukar dikesan pada peringkat awal dan jika dah dikesan, kanser itu sudah berada pada peringkat akhir, begitu jugalah dengan kanser usus besar.
Take note! Wanita yang ada dalam senarai dibawah ini TIDAK SESUAI dengan pil perancang kehamilan gabungan ( COCP ), sila Guna kaedah perancangan keluarga yang lain :
✅Ibu yang menyusukan bayi pada 6 bulan pertama
✅Wanita yang merokok & berusia 35 tahun ke atas
✅Ada migraine dengan aura
✅BMI 35 dan ke atas
✅tekanan darah tinggi > 160/100
✅Ada penyakit jantung atau risiko mendapat penyakit jantung
✅Pernah ada masalah sejarah darah beku dalam saluran darah kaki atau saluran darah peparu iaitu venous thromboembolism (VTE)
✅Ada masalah pada hati (liver cirrhosis, liver failure, liver tumour)
✅strok
✅melalui pembedahan yg memakan masa yg lama menyebabkan pesakit tak bergerak-gerak
✅ sedang mengalami kanser payu dara atau ada sejarah kanser payu dara ( diri sendiri )
Perlu ditegaskan kat sini, setiap pesakit yang hendak dimulakan pil perancang perlu mendapatkan nasihat doktor yang bertauliah dan benar-benar memahami mengenai perancangan keluarga. Bukan hanya sekadar beli online atau dapatkan pil perancang di farmasi semata mata.
Wanita yang PERTAMA KALI mengamalkan pil perancang, perlu follow up setiap 3 bulan – untuk check tekanan darah, BMI dan menilai masalah masalah lain yang berbangkit. Setelah 3 bulan, wanita ini perlu follow up setiap tahun sekali
Pil perancang gabungan (COCP) BOLEH digunakan sehingga wanita itu berusia 50 tahun, dengan syarat wanita itu sihat. Selepas umur 50 tahun, kena guna cara lain. Satu lagi kalau guna pil perancang TAK PAYAH ada masa rehat 3-6 bulan untuk meneruskan untuk makan pil.
Cerita ‘hantu’ yang mengatakan pil perancang dengan risiko kanser serviks dan kanser payudara TAK SEPATUTNYA dijadikan alasan untuk mengecam pengambilan pil perancang kerana perkaitan pil perancang dengan 2 kanser ini kerana perkaitan ini melibatkan pil perancang yang terdahulu dan TAK digunakan lagi pada masa sekarang.
Kelebihan pil perancang dalam mengurangkan risiko mendapat kanser ovari, kanser rahim dan kanser usus sepatutnya diambil kira dan dipertimbangkan dalam menentukan baik buruk sesuatu ubat atau kaedah perancangan keluarga itu.
Mohon update ilmu, dan bertanya pada mereka yang lebih mahir dalam bidang perancangan keluarga sebelum membuat andaian yang bukan bukan.
HENTIKAN FITNAH ke atas pil perancang.
Doktor mana yang nak bagi pesakit dia kena kanser ? Patut-patut ler
Sumber : Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

Ada orang kata, gout ni adalah penyakit eksklusif untuk orang lelaki dan jarang sekali terjadi pada seorang wanita. Jika ada pun, berkemungkinan hanya selepas wanita tersebut mengalami monopos.
Penyakit gout ini apabila menyerang, sakitnya sukar digambarkan dan biasanya kaki akan membengkak hingga sesetengahnya tidak larat untuk berjalan. Melihat keadaan seperti ini, jika kita sebagai isteri tentu kita ingin mencari penawar untuk membantu meredakan kesakitan yang ditanggung suami.
Oleh itu, apa kata selain mengambil ubat-ubatan yang disarankan doktor, usahakan juga untuk amalkan petua yang dikongsikan oleh seorang isteri untuk diamalkan oleh suaminya yang gout. Mana tahu serasi dan dengan izinNya, mendapat kesembuhan. Jadi jom kita semak apa ramuanya.
“Hari ni sy nak share satu petua bagi sapa2 yang ada gout..alhamdulillah dah cuba sebulan dekat suami saya yang dah lama menderita sakit gout.. mcm2 petua tradisional dah cuba tapi tak jalan last2 tpaksa la makan ubat farmasi .. allupurinol utk turunkan paras asid urik.Goutnor 0.6mg utk hilangkan rasa sakit. Orang gout memang xleh pisah dengan dua jenis ubat ni kn!”-Cik Mil Neena
INI RESIPINYA
Bahan-bahan:
1 biji timun
2 batang saderi@celery
3 hirisan lemon buang biji dulu nanti pahit
Cara buat :
Saya masukn semua dalam slow juice maker (beli dalam lazada rm179) untuk hasilkan jus sebenar tanpa perlu tambah air. Atau bagi yang nak guna mesin pengisar.. tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.
Saya dapat dua gelas jus.
Minum 2 kali sehari ya, satu gelas selepas bangun tido (awal pagi) dan satu gelas sebelum nak tido.(malam)
Tips : Kalu malas macam saya sebab nk kena basuh bekas2 jus jadi buat jus untuk dua hari siap2.. maknanya gandakan bahan diatas kemudian masukan dalam botol kosong. Kena pakai sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus bila nak minum tu seimbang. Inshallah semoga berkesan untuk anda juga.
Kesan dalam masa sebulan : Makan udang dekat 1kg..suami saya tak perlu bergantung pada ubat farmasi lg dan rasa sakit dah kurang terutama kat tempat bengkak tu. Kkemungkinan kristal asid urid di kawasan tulang kaki dah menurun . Berat dia pun turun mungkin sebab amalkan waktu pagi perut kosong dan malam sebelum tido kot jadi jus tu cuci habis dalaman dia hehe.
Sumber : Cik Mil Neena via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

Dalam sesebuah rumahtangga pasangan suami isteri mestilah saling lengkap-melengkapi antaranya dengan memberi ketenangan dan kemesraan serta menggalakan melakukan ke arah positif. Begitulah yang dilakukan oleh puan Farihah Zulkifle yang nekad untuk membantu suaminya menurunkan berat badan. Hasil usahanya yang membantu dari segi moral dan menyediakan menu diet, berat badan suaminya telah turun sebanyak 28kg dalam tempoh 3 bulan.
Lebih mengkagumkan, tanpa mengambil sebarang ubat pil kurus, tetapi mengamalkan pemakanan sihat dengan menu diet ‘suku-suku separuh, senaman, minum air dan tidur secukupnya. Sweetnya cara isteri ini menunjukkan kasih sayangnya kepada suami. Ikuti perkongsian isteri ini.
Bagaimana suami saya hilang 28kg dalam masa 3 bulan tanpa sebarang ubat kurus dan tanpa stress dengan hanya 4 langkah mudah.
(1) Makan suku-suku separuh. Ini penting. Suku karbohidrat. Suku protein. Separuh gabungan buah dan sayuran. Makan 3 kali sehari ikut portion ni. Bila lapar, makan buah. Tapi diet ni jarang buat kita lapar sebab nutrisi cukup. Tapi awas ye, sukatan kena tepat. Jangan mengelat. Contoh2 menu suku-suku separuh ada di gambar.
(2) Buat senaman yang kita suka. Suami hanya bersenam 1 jam setiap hari. Samada berenang atau jalan-jalan di mall. Senam tak semestinya yang membebankan. Bila kita buat benda yang kita terpaksa, benda tu takkan bertahan lama. Buat benda yang kita enjoy.
(3) Air kena cukup. 3 liter sehari. Ikut keperluan badan dan aktiviti hari tu. Kita boleh tahu body kita tak cukup air bila bibir merekah dan air kencing bewarna pekat. Dan yang penting untuk tips minum air, apa yang penting adalah penyerapan air, bukan berapa banyak liter yang kita minum. Jadi, tips penting, minum sikit-sikit tapi dengan kerap.
(4) Tidur yang cukup. Makan awal. Lepas maghrib dah kena stop makan. Suami selalu akan tidur tidak lewat dari jam 10 malam dan bangun jam 5 pagi. Tidur yang cukup dapat elak body stress. Stress akan menggangu penurunan berat badan.
Semoga bermanfaat & dapat beri inspirasi kepada yang masih berhempas pulas untuk dapatkan berat ideal.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd 👨👩👦 Dikendali Oleh Astro Group
×
