Hampir dua minggu melahirkan bayi sulung, Ain Edruce dan suami, Amirul Hafiz akhirnya mendedahkan wajah puteri pertama mereka. alam perkongsian terbaru itu, pasangan ini turut mengumumkan memilih nama Soraya untuk puteri kesayangan mereka.
Berita tersebut dikongsikan oleh Ain menerusi saluran YouTubenya apabila memuat naik video dan kompilasi gambar anak mereka sejak hari pertama dilahirkan.
Dalam video berkenaan juga, Ain turut berkongsi perjalanan sepanjang proses bersalin dan berpantang.
Dia juga menjawab beberapa soalan daripada peminat yang dihantar menerusi Instagramnya. Antaranya Ain mengaku bahawa dia bersalin secara normal namun turut mengambil epidural.
Ada orang punyalah susah nak tanam pokok pandan tapi tidak dinafikan ramai juga bukan sepokok dua berjaya ditanam, bahkan dijadikan lanskap menarik untuk kediaman.
Oleh itu, buat yang masih belum berjaya menanam pokok pandan ini, apa kata baca dulu perkongsian tip daripada Jue Jerry ini. Jom semak.
Tips nak bagi pokok pandan yang tanam dalam pasu gemuk...sebab kat rumah ni x de tanah..semua bersimen. Jugak untuk elakkan ular..sebab ular suka dok dekat perdu pandan yang rimbun
Tip 1
Tinggalkan dalam pasu 1 atau 2 pokok sahaja pada satu2 masa..jangan lebih.
Tip 2
Anak pokok yang naik banyak-banyak dalam pasu tu boleh keluarkan dan masukkan dalam air mcm pic kanan tu…pun boleh hidup.
Tip 3
Boleh bagi dekat jiran atau kawan-kawan yang tak dak pokok pandan kat rumah… depa boleh terus tanam ja sebab memang keluar akar banyak bila rendam dalam air…insyaallah hidup..atau nk biar mcm tu pun ok…sendiri guna (tukar air kerap utk elakkan jentik2)
Ekstra info : Saya letak kat dapur yang dalam air tu…mewangikan dapur jugak,lipas pun tak berani datang.
Selain itu, melalui perkongsian daripada Rashidah Marzuki pula, dia menanam pokok pandan selain untuk kegunaan dalam masakan malah tanaman pandan turut dijadikan sebagai pokok hiasan di kediamannya.
Untuk itu, dia turut berkongsi beberapa keping gambar untuk warganet ‘cuci mata‘ dan memberi ilham berkenaan tanaman pandan.
”Cerita pasal pandan wangi…akak tanam dalam perbagai pasu dan polibag..untuk jadikan lanskap di rumah, utk letak di bilik air dan yang penting senang nak ambil bila di perlukan….”
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4
Gambar 5
Gambar 6
Kalau nak diikutkan, memang banyak sungguh pokok pandan di rumah puan Rashidah ni kan…Bolehlah kita pula praktiskannya. Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Walaupun sudah pelbagai usaha dan pekerjaan dilakukan dengan berkerja keras siang dan malam untuk mendapatkan rezeki, namun seakan rezeki susah juga untuk dimiliki.
Mungkin ada perkara-perkara tertentu yang tanpa sedar kita sering lakukan dan menjadi penyebab rezeki terhalang.
Untuk itu, fahami perkongsian ini berkaitan penyebab rezeki terhalang.Jom semak.
Kadang puas sikit fikir, celah mana lagi kita silap sampai rezeki kita susah nak lekat. Sembahyang jaga dah, sedekah pun dah buat, tolong kawan pun selalu.
Asyik sahaja rasa tak cukup. Rezeki tu nampak dah tapi tak sampai.
Rupanya selama ni kita selalu membazir makanan. Masak banyak makannya sikit, lebihnya buang. Beli terlebih, terbiar sampai basi. Buang juga akhirnya.
Hal yang kecil, kita pandang remeh kadang boleh jadi faktor besar dalam soal rezeki dan berkat.
Tuhan pesan dalam Quran membazir itu saudara kepada syaitan kan?
Maka, berpadalah masa ambil makanan. Punyalah banyak makan terbuang daripada kita ni.
Moga selepas ini, urusan rezeki kita dimudahkan. Amin.