Menjaga kesihatan badan adalah sangat penting bagi semua individu dan tidak mengira faktor usia. Salah satu sebab mengapa penting adalah untuk memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik.Sekiranya tidak mengekalkan kebersihan diri, maka kita akan lebih mudah untuk dijangkiti pelbagai penyakit. Selain itu, mengamalkan petua tradisional dengan ramuan herba boleh dijadikan salah satu cara untuk mengekalkan kesihatan diri.
Menerusi perkongsian seorang wanita, Amy Dato’ Mohd Yusof berkongsi petua untuk khasiat seperti membuang angin, mengempiskan perut, toxin, pening dan kesihatan buah pinggang.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Mungkin lari dari tajuk grup tapi saya rasa ilmu nie bleh dipelajari sb ianya satu masakan dijadikn minuman kesihatan
Air herba ini bahan2 nya bleh didapati disekeliling rumah kita atau senang didapati dipasar2. Khasiatnya ialah membuang angin, mengempiskan perut, toxin, pening, kesihatan buah pinggang
Bahannya
1 botol mineral besar
2 inci Halia muda (diketuk)
1 btg serai (dititik)
Daun pandan 3 helai
Gula merah/gula kabung/gula batu (ikut rasa)
1 Uncang teh (apa2 brand pn bleh)
Lemon
Madu
Caranya:
Rebus, halia, serai dan daun pandan selama setengah jam dgn api yg sederhana..bila mendidih biarkan mendidih lg selama 15 min. Letak gula merah atau gula kabung atau gula batu dan kacau sehingga larut. Letak uncang teh selama 5 minit. Tapis
Bila nak minum bleh juga diletak kan hirisan lemon dn sedikit madu jika suka. Minum suam2 atau sejuk pn sedap.
Amalkan seminggu 3 kali..In Shaa Allah
Sumber: Amy Dato’ Mohd Yusof