Siapa tak suka makan gulai siput sedut kan? Sekali sedut,sampai tak sedar dah pebuh semangguk kulitnya.
Tapi proses untuk membuat juadah ini agak sedikit rumit lebih-lebih lagi untuk mmbasuh siput sedut ini agar betul-betul bersih. Ini kerana haiwan ini hidup di dalam selut atau lumut.
Ada yang akan merendam semalaman terlebih dahulu siput ini sebelum dimasak dan ada juga yang menggunakan hampas kelapa.
Untuk proses membasuhnya sangat memakan masa dan hanya orang-orang tua sahaja tahu caranya.
Namun kali ini, kami ingin kongsikan petua membersihkannya dengan menggunakan serbuk ‘magik’.Pasti anda tertanya-tanya kan, apakah serbuk magik tersebut?
Tak lain dan tak bukan iaitu serbuk kunyit yang merupakan bahan yang sangat penting dan wajib ada di dapur rumah anda.
Petua mudah membersihkan siput sedut yang berselut menggunakan serbuk kunyit ini telah dikongsikan oleh Puan Nora Anne. Jom cuba!
PETUA BASUH SIPUT SEDUT YANG BERSELUT!
CARA BASUH SIPUT SEDUT
Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsi petua basuh siput sedut mengunakan serbuk kunyit sahaja. Mudah sangat!
MEMERLUKAN:
Ads
Serbuk kunyit.
Besen.
Siput sedut.
CARA-CARANYA:
Keluarkan siput yang berselut dan letak dalam besen.
Masukkan air paip agak-agak.
Campurkan serbuk kunyit dua tiga sudu.
Gaulkan rata dan biarkan dlm 15-20minit.
Selepas itu, bolehlah potong bontot siput guna playar, gunting atau ketuk guna lesung.
Bilas siput sedut sehingga bersih.
Saya guna playar je. Dah potong semua bontot siput tadi boleh bilas macam biasa sampai warna pada kulit siput bersih dan cerah takde selut, tak ada serpihan anda potong tadi.
Mudahkan! Bolehlah start memasak menu kesukaan korang. Macam hari ini, saya masak siput masak lemak sahaja. Menu saya meniaga sepanjang bulan Ramadan tahun ini secara cod.
Memang menjadi permintaan pelanggan saya. Kadang saya campur dengan pucuk ubi. Ada orang campur dengan keladi, labu atau pucuk keledek. Atas kesukaan kalian nak campur dengan sayur apa janji sedap ditekak kalian.
RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CARA PUAN NORA
BAHAN-BAHAN:
Ads
Siput sedut.
Bawang merah.*
Bawang putih.*
Halia.*
Serai.
Daun kunyit.
Asam keping.
Santan kotak.
Serbuk kunyit (ade kunyit hidup pun boleh),
Lada kecil (ikut atas tahap kepedasan).
CARA PENYEDIAANNYA:
1. Letak siput dalam kuali atau periuk favourite kalian.
2. Kisar atau tumbuk kasar bahan yang saya tanda * dan kemudian masukkan ke dalam periuk (tanpa buka api dapur lagi).
3. Masukkan asam keping, serai, daun kunyit, santan.
Sebab guna santan kotak jadi kena isi air agak-agak lah ye sesuai dengan banyak mana siput kalian. Kalau banyak siput pakai 2 kotak santan kecil.
4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
Ads
5. Buka api kacau bagi sebati. Buka api sederhana sahaja.
6. Masak sehingga mendidih dan berbuih kecil-kecil bermakna dah masak siput anda.
Menyediakan sajian Nasi Lemak pastinya menjadi kewajipan bagi semua ibu-ibu buat anak dan suami. Sajian istimewa dihujung minggu. Malah anak-anak pun tertunggu-tunggu bila masa hendak makan.
Pun begitu menyediakan kelengkapan Nasi Lemak ini sedikit merumitkan. Bukan hanya nasi dan sambal tetapi mesti lengkap dengan telur rebus, hirisan timun dan paling penting ikan bilis goreng dan kacang tanah.
Menyediakan kacang tanah goreng ini selalu menjadi kelemahan apabila sering hangus setiap kali memasaknya. Ini cara tepat untuk memasak kacang tanah. Confirm tak hangus!
Kena cuba petua ini.
Begini caranya:
1. Tuang minyak ke dalam kuali.
2. Tanpa tunggu minyak panas, terus sahaja masukkan kacang tanah.
3. Biarkan hingga minyak panas dan biarkan digoreng hingga masak.
4. Hasilnya kacang takkan jadi hangus. Pasti!
#Pilih Sangai
Selain itu, anda juga boleh menggunakan kaedah yang sama, cuma masukkan minyaknya sedikit sahaja dan sangailah kacang hingga masak. Pastikan kacang terus dikacau sentiasa. Hasilnya kacang tidak akan hangus malah lebih rangup dan cepat masak.
#Sejuk Dahulu
Begitu juga ketika memasak Sambal Bilis Kacang, pastikan kacang digoreng dalam kaedah yang sama tanpa memanaskan minyaknya terlebih dahulu. Asingkan kacang hingga sejuk kemudian barulah dimasukkan bersama ikan bilis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tepung jagung tidak sekadar digunakan sebagai bahan makanan tetapi sesuai juga untuk digunakan sebagai bahan pembersihan.
Banyak cara kita boleh gunakan bahan dapur untuk tujuan pembersihan, berikut ialah dengan menggunakan tepung jagung:
1. Taburkan serbuk tepung jagung ke dalam kasut untuk menyerap peluh dan bau yang kurang menyenangkan
2. Kotoran yang terdapat pada material fabrik seperti darah, dakwat dan kesan terbakar seterika dapat dihilangkan dengan menggunakan campuran tepung jagung dan air. Lapisi permukaan kesan kotoran itu sedikit tebal dan biarkan ia mengering. Kemudiannya tanggalkan lapisan tepung jagung.
3. Bersihkan kesan atau sisa air kencing bayi mahupun haiwan dengan melapisi permukaan tersebut dengan sebatian tepung jagung cdan juga air. Biarkan ia mengering dan sental atau gunakan vakum.
4. Semasa anda memberus atau membasuh periuk dan kuali, tambahkan sedikit dengan serbuk tepung jagung untuk mengembalikan kilatan perkakas.
5. Untuk kotoran degil seperti lumpur ataupun kulat gunakan campuran 1 sudu makan tepung jagung, 1 sudu baking soda, 1 sudu jus lemon dan ¼ cawan air. Sapukan ke kawasan tersebut dan biarkan seketika. Bilas seperti biasa.
6. Alternatif untuk menggantikan pelembut fabrik, campurkan 2 sudu tepung jagung dengan ¼ cawan baking soda dan beberapa titis minyak haruman essential mengikut citarasa anda.
7. Jika anda ingin membersihkan atau menggilap perabot kayu, tambahkan sedikit serbuk tepung jagung dan bahan cecair penggilap anda. Ia akan menambahkan kilatan pada permukaan perabot kayu anda.
8. Untuk menyingkirkan kesan minyak yang terpalit pada kertas dinding anda, sapukan sedikit dengan serbuk tepung jagung dan dicampurkan dengan sedikit air. Biarkan ia kering dan sental sehingga hilang.
9. Campurkan serbuk tepung jagung dengan air dan biarkan ia menjadi sebatian yang pekat. Bahan ini boleh dijadikan sebagai ejen skrub yang lembut dan praktikal untuk mencuci bahagian atas hud dapur, hob memasak dan sebagainya.
10. Jika terdapat contengan krayon pada dinding anda, gunakan sebatian yang sama iaitu serbuk tepung jagung yang dicampur dengan air dan sapu pada dinding yang terkena kesan tersebut. Biarkan kering dan lapkan sahaja.
Sumber: Petua ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.