Melihat kesan strech mark pada kulit tentunya boleh membuatkan ramai wanita berasa stress.  Apatah lagi jika kesan ‘rekahan’ nampak begitu jelas ketara. Terasa tidak cantik dipandangan mata.

Kalau mengetahui ada cara atau petua untuk mengurangkan kesan tersebut, itu pun sudah buat wanita rasa teruja untuk mengetahui lanjut. Apatah lagi, jika bahan-bahan yang digunakan mudah dan boleh dibuat sendiri, itu satu bonus untuk segera dicuba.

Untuk itu, elok kiranya mencuba petua yang dikongsikan di akaun Lelawati Lela untuk tujuan mengurangkan dan seterusnya menghilangkan kesan stech mark pada tubuh. Jom semak.

HILANGKAN STRETCH MARKS DENGAN 3 BAHAN JE

Selamat pagi sahabat alam maya kekla. Pagini kekla nak bagi petua untuk menghilangkan stretch marks bekas bersalin yang ada diperut dan jugak peha.

Ads

Caranya mudah sangat hanya menggunakan bahan-bahan dari dapur rumah kita je. Jom kita tengok bahan-bahannya.

Petua Berkesan Hilangkan Stretch Marks. Orang Perempuan Kena Amal, Barulah Kulit Kembali Sempurna!

Lemon
Soda bikarbonat
Serbuk kunyit

Ads

Itu dia bahan-bahannya. Dan cara buatnya ialah perahkan lemon sebanyak 1/2 sudu teh lebih sikit pun takpa. Kemudian campurkan dengan 1 sudu makan soda bikarbonat dan sedikit serbuk kunyit.

Apabila semua bahan tu dah sebati bolehlah disapu pada bekas stretch marks. Ia akan membuang dan membersihkan sel-sel kulit mati dan mengurangkan kesan stretch marks.

Ads

Biarkan sampai kering. Kemudian bolehlah dicuci dengan air yang bersih atau dilap dengan tuala bersih yang dibasahkan.

Amalkan buat petua ni setiap hari dan seeloknya buat pada waktu malam sebelum hendak masuk tidur sebab malam dah tak sibuk.

Harap perkongsian ini dapat membantu korang yang ade masalah stretch marks selepas bersalin tu ya.

sumber : Lelawati Lela

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI