
Kutu beras ini membiak sangat pantas dan akan memakan isi beras. Jika tidak dihapuskan, akhirnya beras yang simpan akan menjadi hampas dan tidak boleh di makan lagi. Oleh itu, segera selamatkan beras yang disimpan daripada ‘serangan’ kutu beras ini. Caranya mudah dan cukup efektif.
6 Petua Beras Bebas Bubuk
1. Daun limau purut
Aroma herba yang kuat daripada daun limau purut bukan sahaja kutu beras tidak menyukainya malah sekali gus mampu menghilangkan bau beras yang hapak. Untuk lebih efektif, letakkan daun limau purut ini di tiga lapisan beras, iaitu bahagian bawah bekas, tengah dan atas.
2. Daun pandan
Kutu beras juga tidak suka dengan bau aroma daun pandan. Jadi ambil sehelai daun pandan dan simpulkan ia sebelum dimasukkan ke dalam bekas penyimpanan beras. Bukan sahaja kutu beras dapat dihilangkan malah beras menjadi lebih wangi.
3. Cili kering
Menggunakan cili kering juga amat efektif untuk menghindari adanya kutu beras. Caranya cukup mudah, cili kering dipotong dua dan letakkan di dalam bekas penyimpanan beras.
4. Jemur
Teknik ini sering dilakukan oleh ibu-ibu kita dahulu. Letakkan beras yang telah di’huni’ oleh kutu beras di dalam dulang atau bekas terbuka. Kemdian jemur di bawah sinaran matahari sehingga kutu beras tiada.
5. Daun belimbing buluh
Sebaiknya simpan beras bersama dengan dua tiga helai daun belimbing buluh yang telah dikeringkan. Daun belimbing buluh dikatakan cukup berkesan menghapuskan kutu beras.
6. Kulit kayu manis
Selain bermanfaat digunakan untuk menghalau semut, kulit kayu manis juga boleh digunakan untuk menghindar atau menghalau kutu beras. Aroma khasnya itu membuatkan kutu beras berasa tidak selesa.
“Cutenya Baby. Nama Secantik Orangnya, Simple & Sedap Didengar.” Ain Edruce Dedah Wajah Anak, Pilih Nama Soraya!

Hampir dua minggu melahirkan bayi sulung, Ain Edruce dan suami, Amirul Hafiz akhirnya mendedahkan wajah puteri pertama mereka. alam perkongsian terbaru itu, pasangan ini turut mengumumkan memilih nama Soraya untuk puteri kesayangan mereka.
Berita tersebut dikongsikan oleh Ain menerusi saluran YouTubenya apabila memuat naik video dan kompilasi gambar anak mereka sejak hari pertama dilahirkan.
Dalam video berkenaan juga, Ain turut berkongsi perjalanan sepanjang proses bersalin dan berpantang.
Dia juga menjawab beberapa soalan daripada peminat yang dihantar menerusi Instagramnya. Antaranya Ain mengaku bahawa dia bersalin secara normal namun turut mengambil epidural.
Sumber: Ainedruce
Belian barangan bayi online DI SINI
“Anak Sakit, Gaji Dah Habis.” Foto Makcik ‘Cleaner & Orang Ramai Berbaris Di Kedai Pajak Gadai Jentik Emosi. Sebak!

Selepas 46 hari melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam orang ramai berpeluang untuk keluar dari rumah selepas kerajaan melonggarkan sedikit PKP. Walaupun tidak sepenuhnya dilaksanakan memandangkan virus Covid-19 masih belum dihapuskan, namun demi memastikan ekonomi berjalan, membuatkan kerajaan mengambil pendekatan sedemikian.
Namun, pelbagai kisah sama ada yang gembira mahupun duka dikongsikan orang ramai di media sosia. Antara yang paling menyentuh hati netizen adalah gambar orang ramai yang sedang berbaris di hadapan kedai pajak gadai.
Perkara tersebut telah menimbulkan beberapa pandangan orang ramai mengenai nasib mereka yang berbaris itu. Apa tidaknya, ada yang berpendapat bahawa berkemungkinan mereka itu memerlukan wang untuk menyara kehidupan.
Menjengah ke laman Twitter, terdapat beberapa warganet yang berkongsikan suasana di pelbagai tempat yang menunjukkan orang ramai berbaris di hadapan kedai pajak gadai. Perkongsian warganet kebanyakannya telah mengundang pelbagai reaksi sedih.
Sedihnya lalu pekan Rawang tadi, ramainya beratur depan Ar Rahnu & Pajak Gadai.
Tak pernah nampak keadaan macam tu sebelum ni
— ᏦujᎥᎬ (@kujie) May 4, 2020
Depan balai polis pun ramai orang. Beratur tengah panas terik ni.
— ᏦujᎥᎬ (@kujie) May 4, 2020
Ada nampak Mak Cik Kiah tak? Manalah tau kot2 dia pun beratur depan Ar Rahnu & Pajak Gadai tadi. Kalau ada, bagitau Ayah Din bantuan kerajaan masih tidak mencukupi.
Suruh Ayah Din tingkatkan lagi bantuan. Dah apa gunanya kerajaan kalau tak dapat bantu rakyat??— Adam Harisan (@ANasir40209870) May 4, 2020
sekurang-kurangnya masih ada emas untuk digadai. Ramai lagi langsung tak ada apa2 nak dijual. Tak boleh bayang diorang makan apa
— izvwnxr (@izvwnxr) May 4, 2020
Itu Pentingnya Simpanan Emas….
Masa Terdesak Macam Inilah Diperlukan..
Ada Duit Lebih Tu Belilah Emas…Nilai Emas Makin Naik …Rugi Tau ..
Haaa Nampak Tak Bini Aku Senyum Sebut Beli Emas…Bukan Main Lebar Dia Punya Senyum— Dasuke (@Dasuke93263176) May 4, 2020
Mungkin pada sesetengah orang, PKP ini tidak banyak memberi kesan memandangkan ada yang masih memiliki pendapatan dan sebahagian majikan membenarkan pekerja mereka untuk bekerja dari rumah. Jadi, secara tidak langsung, gaji tidak dipotong dan dibekukan.
Namun Ttidak bagi sesetengah yang lain terutama yang bekerja sendiri. Golongan ini terjejas teruk memandangkan selama ini mereka bergantung kepada gaji harian. Bila berlaku Covid-19, sumber pencarian mereka ini mungkin telah terganggu berikutan daripada pelaksanaan PKP yang berkuatkuasa pada 18 Mac 2020.
Ramai ramai beratur kt pajak gadai bukan suka suka tp terpaksa. Itu yg ada benda nak digadai. Yang takda 😔
— Kak Jah Sungai Dua (@XXXbyefelicia) May 4, 2020
Xsmpai hati tgk. Tiba2 dpat pulak xseberapa, Allahu 😢😢
— 𝚂𝙷 🦋 #𝚂𝚝𝚊𝚢𝙰𝚝𝙷𝚘𝚖𝚎 (@_syuhadahamzah) May 4, 2020
Yg ada bayi to feed? Orang tua to jaga? It hurts to see all this. 😭
— Teh (@tehsg) May 4, 2020
Dalam pada itu, rata-rata warganet terkesan dan sebak tattkala melihat situasi tersebut yang mana seseorang individu memerlukan wang terpaksa bergadai untuk meneruskan kehidupan.
Sumpah sedih bila tengok gambar orang beratur dekat kedai pajak gadai. Ramai yang terdesak sampai terpaksa gadai barang kemas sendiri 😔😭 haish pic.twitter.com/ovNJ6KloV1
— MIGRAINE BUKAN MANUSIA (@IniAlannn) May 4, 2020
Pemandangan paling sedih setakat ini.
Kali pertama saya jejak kaki kedai pajak adalah masa nak posting ke Johor. Mak saya suruh gadai rantai pusaka dia. Berjurai air mata dr rumah sampai la dlm perjalanan.
(Cont)@NoorAminAhmad pic.twitter.com/DMPcm26Mow
— Keyboard Gangster (@_shamseng_) May 4, 2020
Tuan, kalau ada yg berhajat nk gadai barang kemas, sy cadangkan pergi ke bank. Nilai lebih tinggi & upah lebih rendah. Arrahnu exchange @ agrobank. Pos malaysia pun ada (ikut caw).
— KakChik ♠️ (@haza1shak) May 4, 2020
Namun satu kisah seorang ibu tua yang terpaksa bergadai memandangkan duit bantuan belum di terima dan gajinya sebagai seorang tukang cuci harian sudah habis digunakan. Kisah mak cik ini dimuat naik seorang wanita menerusi Twitternya @theiliaqilah.
Menurutnya,makcik tersebut mempunyai anak menghidap penyakit asma yang semestinya memerlukan bantuan perubatan. Tambah gadis itu lagi, makcik berkenaan masih belum menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) oleh kerajaan dan hanya bergantung kepada pendapatan sebagai tukang cuci.
Makcik kenapa harini jugak beratur? Tunggu esokkan boleh?
“Ada anak sakit asma. BPN belum dapat, gaji pun dah habis sebab makcik cleaner harian,
Taken around 11.45am today. pic.twitter.com/mfHIyVVDmr
— イリ アキラ (@theiliaqilah) May 4, 2020
Situasi tersebut benar-benar mendatangkan sebak di hati warganet sehinggakan ada yang bertanyakan detail perihal ibu malang tersebut.
This breaks my heart 😭 @MuhyiddinYassin @AzminAli what is yall doing?????????
— The Huda (@nabilahudatahar) May 4, 2020
This breaks my heart 😭 @MuhyiddinYassin @AzminAli what is yall doing?????????
— The Huda (@nabilahudatahar) May 4, 2020
Makcik tu relax je jawab, aku yang sedih
— イリ アキラ (@theiliaqilah) May 4, 2020
Ade yg lebih susah lagi.bersyukurlah
— Zaki Kapchai #stayathome (@ZKapchai) May 4, 2020
Mohon jasa baik warga ipoh yg berhati dermawan. Dapat membantu urusan makcik nie. Semoga diberikan ganjaran oleh Allah swt.
— Escape (@syaaban1441) May 4, 2020
Sedih dengan apa yang berlaku ni…😢😢😢😢
— hafiz #RENAHJAKLAMRUMAH (@apizglaxo88) May 4, 2020
Jaga Hubungan Dengan Allah Kunci Keberkatan Rezeki Yang Kita Miliki- Dr Azizan Osman

Sesungguhnya rezeki itu pemberian Allah SWT. Sebagai manusia kita tidak mampu untuk menilai seberapa banyak yang mampu Allah anugerah untuk kita melainkan berdoa moga diberikan rezeki melimpah ruah.
Bagi Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Richworks International Sdn Bhd, Dr. Azizan Osman, beliau mempunyai caranya yang tersendiri untuk menjemput rezeki dalam hidupnya. Sebagai peneraju sebuah syarikat yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records pada tahun 2012, sebagai syarikat yang terbesar di Malaysia dalam menganjurkan pelbagai seminar dan program dalam bidang pembangunan usahawan, pemasaran dan motivasi, beliau mempunyai cara dan tip tersendiri untuk kekal berjaya seperti hari ini.
Berkongsi Tip
“Definisi rezeki bagi kefahaman orang biasa mungkin adalah duit, tetapi sebenarnya maksud rezeki ini terlalu besar. Saya tertanya-tanya rezeki mana yang hendak dijemput? Saya melihat rezeki yang dimaksudkan ini sebagai rezeki kekayaan berlandaskan jalan Allah. Jika ditanya apa perkongsian saya, menjaga solat adalah satu kepentingan pada saya. Apa yang saya amalkan adalah melakukan solat sunat taubat, tahajud dan witir sebelum solat subuh.
“Nak buat semua itu, kenalah bangun awal. Orang paling awal akan dapat rezeki paling awal. Siapa paling awal, insya-Allah termakbul doanya sebab ramai orang sedang tergolek tidur kala itu. Saya bangun antara jam 4 hingga 5 pagi setiap hari demi untuk meraih kemakbulan Allah. Selain itu, disiplin, saya buat sebanyak mungkin yang nabi suka. Contohnya nabi suka mandi sunat waktu pagi, jadi saya buat. Bukan mudah hendak mandi pagi-pagi buta, tetapi saya buat kerana saya nak nabi suka pada saya. Selepas itu saya biasanya akan ke masjid (kalau tiada seminar) dan akan melakukan solat sunat Subuh disusuli solat Dhuha. Di antara waktu itu, saya isikan dengan istighfar, selawat dan amalan bismillah. Tidak susah melakukannya kerana dalam kereta pun kita boleh berselawat sebanyak-banyaknya.
Selain itu, saya mesti komited dengan sedekah. Kalau bukan setiap hari, sekurang-kurangnya setiap hari Jumaat. Ia wajib bagi saya. Bukan hanya wang ringgit tetapi melalui perkongsian ilmu saya kepada orang di luar sana.
Untuk berada di tahap ini, terlalu banyak cabaran yang saya lalui di kala memulakan langkah. Rasa bimbang, takut pada kegagalan dan takut pada apa orang lain kata menjadi batu penghalang pada permulaannya. Ego, rasa sudah pandai, tidak mahu belajar dan salah faham terhadap bisnes kononnya perlu ada duit banyak menjadi satu tembok yang sukar dilepaskan.
“Kesusahan saya pada tiga tahun pertama ialah kerana saya tiada mentor, ilmu dan sistem. Saya ingat saya pandai dulu. Apabila kita mula belajar dan faham, insya-Allah akan lebih senang. Tak adalah terus jadi tetapi ia lebih mudah,”katanya lagi berkongsi segala tip.
Ketika ditanya apakah cabaran jatuh bangunnya sebelum berjaya, Dr Azizan mengakui bukan senang untuk berada seperti sekarang ini. Semakin banyak dia melangkah, semakin besar ujiannya daripada Allah.
“Cabaran paling besar adalah lupa Tuhan. Dulu saya sibuk kejar duit hingga abaikan Dia. Itu kesilapan saya. Tersasar daripada matlamat asal misalnya kenapa saya berniaga, untuk siapa dan untuk apa menjadi cabaran saya ketika awal langkah. Kini saya mula memahami bahawa berniaga bukanlah hanya untuk mencari wang semata-mata tetapi paling utama menggunakan kemahiran kita untuk membantu dan memberi manfaat kepada orang lain. Membantu orang lain menyelesaikan masalah dan menggembirakan hati orang lain, insya-Allah semuanya akan berbalik kepada kita kelak, Itulah keikhlasan sebenar kita berniaga,” ujarnya lagi.
Definisi Rezeki Kekayaan
Menurut Dr. Azizan lagi, rezeki kekayaan tidak hanya daripada wang ringgit semata-mata. Rezeki hadir dalam pelbagai cara dan setiap orang rezekinya berbeza-beza. Namun Dr Azizan mengklasifikasikan rezeki kekayaan berdasarkan pelbagai aspek.
“Yang pertama adalah kekayaan jiwa sebagaimana Rasulullah SAW menyebut, sebenar-benarnya orang yang kaya itu adalah yang kaya jiwa. Kekayaan jiwa adalah kekayaan dalaman, kekayaan dari segi hati dan kekayaan kolam jiwa. Kekayaan ini berkaitan tentang hati, antaranya bersangka baik, beradab, sopan dan berdisiplin.
“Kedua adalah kekayaan kesihatan. Menjemput rezeki dari sudut kesihatan, kita kenalah buat senaman dan menjaga tubuh badan sebaiknya di samping tidur yang mencukupi serta menjaga kadar hidrat badan. Kekayaan ataupun rezeki dalam hal keluarga, di mana kita menjaga silaturahim sesama anggota keluarga juga dianggap sebagai kekayaan rezeki.
Keempat adalah rezeki daripada hasil kerja atau tugasan yang kita buat dengan baik. Ini juga akan menjemput rezeki kepada kekayaan. Kelima, adalah rezeki dari segi wang dan harta. Kepintaran dan kebijaksanaan yang dianugerahkan Allah juga adalah rezeki. Tidak hanya di situ, berada di sekeliling orang-orang yang bijaksana, berilmu, alim dan soleh juga adalah satu rezeki yang bagus.
Pengalaman juga dianggap sebagai satu rezeki dari Allah. Apabila kita melalui satu pengalaman, pengembaraan dan cabaran, di situlah kita akan mempelajari sesuatu sekali gus menambah kebijaksanaan sedia ada. Akhir sekali adalah rezeki dari segi keberkatan yang mana ia diperoleh daripada sumbangan, sedekah zakat, wakaf atau infaq,” katanya dalam huraian penuh panjang lebar.
Cari Keberkatan
Menurut Dr Azizan lagi, menjaga hubungan dengan Allah adalah kunci kepada keberkatan rezeki yang kita miliki. Jika hubungan dengan Allah tidak dijaga bagaimana Allah hendak mendatangkan rezeki kepada kita.
“Satu hadis menyebut, “Tuhan mengikut sangkaan hamba Nya”. Apa yang kita sangka, Allah akan tunaikan. Kalau tidak hari ini, esok lusa pasti Allah makbulkan doa kita. Kuncinya adalah dengan bersolat. Solat adalah tanda syukur kepada Nya. Dalam Quran ada menyebut, “sesiapa yang bersyukur nescaya aku akan tambahkan lagi kepadanya.” Dan kunci rezeki itu Allah akan datangkan kepada kita bila kita banyakkan syukur kepada Nya.
“Ketiga adalah dengan memperbanyakkan sedekah kerana itulah janji Allah. Semakin banyak kita bersedekah, semakin banyak yang kita dapat. Inilah kunci keberkatan. Yang keempat adalah menyucikan diri dalaman dan luaran. Pembersihan ini apa yang saya panggil sebagai kolam jiwa. Hati ialah tempat Allah pandang kita, hati adalah tempat cahaya. Kalau hati kita diperbaiki, nescaya kita akan lebih mudah mendapat keberkatan. Jadi jika hendak mudah rezeki, kita jaga kolam jiwa kerana ia terus dengan Allah. Allah pandang hati kita, insya-Allah doa kita akan termakbul.
Seterusnya banyakkanlah istighfar dan selawat ke atas Nabi SAW. Ini juga sebagai amalan pembersihan kolam jiwa dan pintu kepada semua rezeki. Inilah yang saya amalkan sejak dulu.
Selain itu, memperbanyakkan salam dan senyuman juga sebagai salah satu cara. Salam adalah sebagai satu cara mendoakan orang lain. Sekali kita mendoakan orang lain, 10 kali ganda Allah akan balas untuk kita. Begitu juga dengan senyuman yang tergolong sebagai sedekah.
Tidak dilupakan adalah sentiasa menjaga silaturahim sesama manusia. Tidak ada gunanya kita berniaga tetapi tidak menjalankan silaturahim sesama kita. Akhir sekali adalah berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT,” katanya panjang lebar.
5 Tip Persiapkan Psikologi
*Memahami bahawa setiap yang berlaku adalah dengan izin Nya.
*Memahami bahawa Allah tidak pernah zalim sebaliknya kita yang menzalimi diri kita sendiri ketika berniaga.
*Menyedari setiap kegagalan pasti ada hikmahnya dari Allah.
* Kembali kepada Allah setiap kali gagal seperti melakukan solat taubat dan memohon maaf sambil meminta petunjuk daripada Nya.
* Tidak lagi mengulangi perkara sama di samping mendapatkan ilmu daripada mentor, melalui sistem yang tepat.
sumber: Majalah Keluarga Januari 2016