
Untuk memudahkan urusan memasak, ada segelinitir kita akan kisar bawang dengan jumlah yang banyak untuk di simpan dalam petia ais.
Namun, masalah timbul apabila warna bawang menjadi ungu bukan putih segar. Akibatnya ada yang terpaksa buang sebab bau pun tak fresh.
Menarik dengan perkongsian ini, lelaki ini menunjukan petua untuk memastikan bawang tidak bertukar warna ungun tapi masih kelihatan elok.
Seterusnya ikuti perkongsian ini.
Harini saya nak share ilmu sikit. Sebab haritu saya tengok satu post akak ni tanya, Kenapa bawang blend naik warna ungu? Tips nak buat bawang blend (bawang mesin) supaya tahan lebih lama. Zahirah Maisarah selalu buat stock sampai boleh tahan 1-2 bulan dan boleh jugak letak dalam freezer (lagi lama tahan).. Jangan risau, warna dia tetap bersinar-sinar
Campuran minyak bawang kisar tahan tak bertukar warna
Tips:
1. Bawang holland
2. Minyak Masak
*lepas blend, masukkan dalam bekas dan tambah lagi minyak masak secukupnya.
Noted*
Jangan pakai air biasa, nanti bawang tu akan bertukar warna dan tak boleh tahan lama
Isi minyak masak sebelum kisar
Ini hasilnya telah dikisar. Tahan hingga 2 bulan. Warna bawang tak bertukar jadi ungu.
Selamat mencuba!
Sumber: Zahiruddin Al Amin Zainuddin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Rupanya Anak Lelaki Manja Dengan Emak Banyak Kelebihannya. Salah Satunya Rajin Bantu Buat Kerja Rumah

Sesetengah ibu lemah gemar tatkala si anak lebih manja dengan mereka. Ini adalah kerana proses ini hanya dapat dialami oleh si ibu sewaktu anak mereka masih kecil sahaja. Setelah si anak meningkat dewasa hubungan dengan si ibu semakin renggang.
Namun ternyata, apabila si anak terlalu memerap sehingga tidak boleh berpisah (terutamanya anak lelaki)si ibu pasti akan mula berasa rimas dan tidak selesa. Kecenderungan si anak untuk lebih bersama dengan si ibu adalah disebabkan beberapa faktor antaranya kerana sifat si ibu yang lebih lembut dan penyabar.
Namun hakikatnya ada kelebihan pada anak lelaki itu.
Kelebihan Anak Lelaki Lebih Rapat Dengan Ibu
1.Kecerdasan Emosi dan Empati
Apabila seseorang anak lelaki itu rapat dengan ibunya, mereka akan lebih bebas untuk mengenali dan mengekspresi emosi sendiri. Secara tidak langsung ini dapat membantu mereka menjadi seseorang yang lebih peka tentang perasaan orang sekeliling. Di samping itu, hubungan istimewa yang dibina bersama si ibu mampu mengelakkan perasaan ego yang melampau.
2. Menjadi Seorang Pasangan Yang Penuh Dengan Empati Kepada Keluarga
Satu kajian dari Universiti Havard oleh professor Dr. William Pollack iaitu seorang pakar di dalam bidang psikologi mengesahkan bahawa anak lelaki yang lebih rapat dengan ibunya tidak akan menolak untuk membantu kerja-kerja rumah. Contohnya seperti mengemas rumah, membasuh pinggan dan membuang sampah. Menjadi ‘anak emak’ bukanlah satu kelemahan malah satu ‘bonus point’ yang patut diambil kira dalam mencari calon suami.
3. Peluang Untuk Lebih Berjaya Di Dalam Pekerjaan
Kebiasaannya anak lelaki yang lebih rapat dengan si ibu akan lebih pandai berkomunikasi. Ini adalah kerana sikap ibu yang suka melayan kerenah anak, suka berkongsi cerita, dan lebih penyabar membuatkan si anak cenderung untuk berkomunikasi. Secara tidak langsung ia dapat membantu meningkatkan keyakinan diri yang mana mampu membuatkan si anak lebih berjaya dalam bidang pekerjaan mereka.
4. Memiliki Fahaman Yang Seimbang Mengenai Maskuliniti
Masyarakat hari ini sudah terbiasa dengan stigma maskuliniti contohnya seperti, ‘seorang lelaki tidak seharusnya menangis’; ‘seorang lelaki tidak perlu melakukan kerja-kerja rumah’. Fahaman yang tidak seimbang tentang maskuliniti ini sangat tidak sihat dalam membentuk emosi seorang lelaki. Hal ini mampu membuatkan seorang lelaki menjadi lebih ego dan menjejaskan hubungan dengan orang sekeliling.
5. Peluang Untuk Lebih Menyerlah Di Dalam Akademik
Satu kajian yang telah dijalankan di sebuah sekolah di New York melibatkan 400 orang anak-anak di usia belasan, mendapati bahawa anak lelaki yang memiliki hubungan yang rapat dengan ibunya terbukti tidak mudah berasa cemas atau mengalami masalah depresi. Selain itu, mereka juga sering mendapat keputusan yang baik di dalam bidang akademik jika dibandingkan dengan rakan sebaya yang tidak rapat dengan ibu mereka.
Jadi, para ibu seharusnya berasa bangga jika si anak memilih untuk rapat dengan anda. Gunakan waktu istimewa antara anda dan si anak sebaik mungkin dengan menerapkan elemen-elemen yang positif kerana ia dapat membantu dalam membentuk jati diri mereka di masa akan datang.
Ternyata ‘anak emak’ ini banyak kelebihannya.
Sumber: NingSalmah.Com
Cara Buat Puding Karamel Agar Jadi Licin,Lembut & Sedap. Pasti jadi Jika Ikut Cara Ni!

Hidangan puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Pudingnya yang berlemak, tekstur yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, cukup enak dinikmati lebih-lebih lagi ketika sejuk.
Untuk minum petang hari ini, apa kata ibu-ibu cuba resipi ini untuk sajian bersama keluarga atau teman-teman. Resipi mudah ini dikongsikan oleh puan Marina Ismail
Perasan tak kadang-kadang resepi Puding Karamel ada yang banyak lubang-lubang dalam puding tu. Memang nampak tak berapa menarik rupa kalau ada lubang kan. Apa kata cuba resepi puding karamel ni.
.
Kak M dah banyak cuba macam-macam jenis resepi puding caramel. Tapi resepi yang ini paling cantik tekstur nya dan paling sedap pada tekak kak M.
.
Rasanya yang sangat lembut, licin, dan manis yang sedang-sedang aje, memang perghh… sedap yakmat.
.
Makan sejuk apa tah lagi. Ala-ala macam makan taufufa kat pasar malam tu. Buatnya pun senang sangat.
Kalau ada tetamu datang dan hidang puding ni, biasanya memang dia orang suka. Budak-budak pun suka.
.
Untuk adik-adik yang baru belajar memasak pun sesuai sangat. Jom kak M share resepi Puding Karamel yang sedap dan simple nih.
.
RESEPI PUDING KARAMEL
.
Lapisan Gula Karamel:
5 sudu besar gula
2 sudu besar air
.
Puding Telur:
5 biji telur saiz B
1 tin susu cair (400ml)
150ml air
2 sudu besar susu pekat
Sedikit esen vanila (kalau tak nak hanyir)
.
Cara-cara:
1. Masukkan gula dalam loyang pembakar. Letak atas api kecil aje atas dapur. Ada orang letak air untuk larutkan dulu gula dan kemudian biarkan sampai ia bertukar warna perang.
.
2. Tetapi ada juga orang tak letak pon air 2 sudu tu. Mana-mana pun boleh. Tapi kene kacau selalu supaya tak hangit. Kita nak warna perang sikit-sikit aje. Kalau pekat sangat atau hangus, nanti pahit jadinya puding ni.
.
3. Bila gula dah cair dan mula bertukar warna perang, gerakkan loyang supaya karamel rata sesetiap sudut loyang.
4. Sejukkan lapisan gula ini. Ia akan bertukar menjadi keras. So biarkan sementara kita sediakan bahan pudingnya.
.
5. Untuk lapisan puding telur, campurkan je semua bahan dan pukul rata. Tak perlu sampai kembang sebab kita tak nak angin dalam adunan tu.
6. Kemudian tapis kan supaya puding yang kita jadi licin.
.
7. Masukkan dalam loyang. Masak guna kaedah bain-marie atau water bath dalam oven (loyang puding, tenggelamkan dalam loyang lebih besar berisi air, bakar 170 C api atas bawah) selama 45 – 50 minit.
.
Nota: Kak M dapati bila kukus kadang-kadang jadi lubang-lubang pudingnya. Mungkin suhu terlalu tinggi jika kukus. Jadi kak M cadangkan untuk bain-marie atau water bath untuk hasil lebih cantik dan licin.
“Masyaallah… Comelnya. Fattah, Fazura, Fatima.” Warganet Puji Nama Anak Fattah & Fazura Indah, Klasik & Secantik Wajahnya!

Hari ini genap tujuh hari si kecil , buah hati kesayangan Fazura dan suaminya Fattah dilahirkan. Sebelum ini, pasangan merpati sejoli ini memilih untuk tidak menunjukkan wajah dan mengumumkan nama bayi mereka sehingga cukup 7 hari.
Dalam satu perkongsian melalui instagram fattzuralovelife berkongsi wajah dan nama bayi perempuan pasangan ini. Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah, nama yang cukup indah dan sedap didengar.
Itu antara komen peminat pasangan ini yang sebelum ini menantikan apakah pilihan nama suami isteri ini buat bayi mereka.
MasyaAllah.. Love, Fatima. XoXo
Assalamualaikum. Hari ni genap tujuh hari saya dilahirkan pada hari Jumaat, 2hb Oktober 2020.
Nama saya ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Fatima dah berusia seminggu hari ni tapi Daddy and Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial.
Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada Aunties and Uncles semua. Terima kasih! Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy dan Mommy fikir Fatima dah bersedia!
MasyaAllah.. Love, Fatima. XoXo
View this post on InstagramA post shared by Fattah Fazura (@fattzuralovelife) on
rata-rata peminat mengakui tidak sabar untuk melihat wajah Fatima dan mendoakan semoga si kecil ini terus sihat, membesar menjadi anak solehah.