Kesihatan amat penting untuk menjamin kita menjalani kehidupan dengan baik.
Apabila tiada masalah kesihatan mudah untuk melakukan pelbagai pekerjaan.
Oleh sebab itu, ramai yang sanggup memperuntukkan setiap bulan untuk membeli pelbagai vitamin.
Namun selain makan makanana tambahan, apa kata cuba cara alami. Petua yang dikongsi ini telah mendapat perkongsian yang tinggi sejak di war-warkan di media sosial. Ramai yang mencuba untuk kesihatan luaran dan dalaman.
Selain mendapat nasihat doktor, tak salah kita mencuba petua ini.
Seterusnya ikuti perkongsian ini
Ads
Buah epal, lemon dan bendi untuk kesihatan luaran dan dalaman
Seorang tenaga pengajar bidang sains pemakanan memberi saya petua ini semasa kami berkongsi bilik di Mekah minggu lepas.
Ads
Yussof Ahmad, ProfAbdullah Hassan, Abu Samah Mohd Amin, Mohamed Idris Saman, Idrus Abdul Ghani, Ghazali Othman, Ridzwan Salleh, Rizal Muhammad.
Ads
A. CARA SUSUTKAN BERAT BADAN. Langkah 1. Makan epal HIJAU atau minum jusnya tiap-tiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. (Gandum yang terdapat sekarang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia itulah yang menyebabkan warna asalnya bertukar daripada kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser usus). Ingat: Kalau dimakan mentah, epal boleh dimakan bersama-sama makanan lain. Tetapi kalau jus, ia tidak boleh disulami dengan makanan lain kecuali setelah berlalu 15-20 minit.
Langkah 2. Selesai yang di atas, makanlah pula buah LEMON atau minum jusnya 1 biji sebelum sarapan ATAU 1 biji sebelum tidur tiap-tiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis-jenis limau yang lain, lemon bersifat asid sewaktu di luar tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan. Lemon ini rasanya sangat masam. Untuk mengurangkan masamnya, boleh dibuat jus dan campurkan dengan madu atau buat air lemon dengan menggunakan gula perang. Kesannya boleh dirasai dalam masa dua minggu.
B. CARA KUATKAN LUTUT. Racik kacang lendir (bendi) muda nipis-nipis dan rendam dalam air panas sebelum tidur kemudian minum pada sebelah pagi sebelum sarapan. Amalkan setiap hari. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh sebulan. Mari kita sama-sama cuba dan bandingkan hasilnya nanti.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa yang tak sayang anak kan. Ada yang sanggup menatang anak bagaikan minyak yang penuh agar anak-anak sentiasa dalam mood happy. Malah anak-anak tidak langsung di didik untuk berdikari akibat terlalu sayangkan anak.
Malah, bagi yang mempunyai anak istimewa seperti austisme langsung tidak memberi tanggungjawab untuk menguruskan rumah. Bimbang anak mengamuk akibat bebanan rutin harian.
Bagaimana pun lain orang lain caranya. Bagi lelaki ini yang mempunyai anak autisme dia mempunyai pendekatan yang berbeza untuk mendidik anak istimewanya.
Seterusnya ikuti perkongsiannya.
Bukan kita ikut cara anak-anak. Tuan-tuan, kasih mana pun kita pada anak, selagi mana dia dalam tempoh membesar tu, biarlah dia ikut cara kita tuan-tuan. Bukan kita yang ikut diorang. Kita yang corakkan. Tentang adab, tentang tanggungjawab dan banyak lagi. Bukan senang, tapi boleh. Inilah cabaran sebagai ibu bapa.
Bukan dok guna pakai ayat yang terikut nafsu kasih sayang semata. “Tak boleh, dia anak autism. Dia ni anak yang ada kelemahan. Kita tak boleh buat macam tu, tak boleh buat macam ni. Nanti dia memberontak, nanti dia lari.. Kita kena tengok apa yang anak nak.”
Anak ikut cara kita, tuan-tuan. Bukan kita ikut cara anak-anak. Kita lagi kenal anak kita dari anak kita kenal kita. Anak-anak ni 24 jam dengan kita, ragam diorang, makan minum diorang, kesihatan diorang, rajin malas diorang, sakit sihat diorang, semuanya bawah jagaan kita. Tangan buruklah ni yang apa jadi sekalipun, tetap suapkan rezeki ke perut diorang.
Tanpa excuse. Takda duit ke, kena buang kerja ke, sakit teruk ke, sosok kita ni lah yang kena bagi ada juga sesuatu untuk disuapkan ke perut diorang.
Tak kisah lah anak tu down syndrome ke, anak tu autism ke, anak tu apa je lah sekalipun. Ni tangan dan corak kepimpinan kita ni penentu. Apa orang lain nak cakap, pedulikan. Yang kenal anak kita ni kita, bukan diorang. Biarkan diorang dengan cara diorang, kita dengan cara kita.
Selamat berjaya Ibu-ibu dan ayah-ayah luar sana. Jangan ragu dengan setiap tindakan yang kita niatkan demi kebaikan anak. Walaupun kadang di mata orang nampak tak baik. Contohnya bila depan sedara mara, anak mencarut-carut. Ada orang dia pandang anak dia, dia sengih je depan sedara mara. Dia cakap anak dia tak sengaja. Ada orang dia tegur anak dia macam ni.
“Iman, jangan mencarut. Tak baik.” Ada orang lain pulak dia keras sikit. “Iman, cakap macam tu lagi ibu lempang.” Ada orang lain, dia terus tarik anak dia siap warning depan-depan orang. “Siapa ajar cakap macam ni? Ibu bagitau dedi, biar dedi rotan..”
Lain orang lain carakan? Raikan cara masing-masing. Kita yang kenal anak kita. Time bila dia nangis, time bila dia melawan, time bila dia akan marah. Time bila dia mengamuk tak boleh nak kontrol. Tapi ingat, tuan-tuan. Biar anak ikut cara kita, bukan kita ikut cara anak-anak.
Ini Doktor cakap, “Puan, anak puan ni autism. Jadi nasihat saya, puan tak boleh buat macam ni, buat macam tu dekat anak. Nanti anak boleh hilang kawalan. “ Kita pun angguk. Lepas tu startlah kita jaga anak ibarat menatang minyak yang penuh. Dia makan tak basuh pinggan,kitalah cucikan. Dia buat bilik dia bersepah macam bilik biawak, kita lah kemaskan. Kita cakap, anak kita ni anak istimewa. Biarlah dia nak buat apapun, asalkan dia tak mengamuk sudah lah.
Tanyalah ibu-ibu yang terlalu bersalah pada anak dek risau anak bencikan dia sampai turut segala kemahuan anak. Cukup dua tahun. Ibu-ibu mula rasa terlampau letih, masuk bilik dan mula menangis sorang-sorang. Tak larat lagi nak hadap semua ni. Letih, sangat letih. Waktu tu lah mula hati tu rasa nak marah tak tentu pasal, mula terbit kecewa dekat suami bilamana rasa suami tak faham keletihan kita yang melampau. Ini semua berkait, tuan-tuan.
Tuan-tuan, singa yang ganas dan takda akal tu pun, manusia boleh jinakkan dan ajar dia supaya tak makan orang. Ni anak kita baru ada kekurangan sikit, kita dah takut nak push limit dia. Takut dia stress, takut dia memberontak. Takut anak benci. Ramai orang cakap kalau push juga, nanti anak-anak istimewa ni boleh bunuh kita.Apa ni? Tak kenal anak sendiri ke?
Berapa ramai anak istimewa dekat luar yang bilamana kita push limit dia, dia jadi somebody dekat tempat dia. Diorang ni special, push je limit dia. Percayalah, dia boleh jadi jauh lebih hebat dari yang lain. Jangan biarkan naluri keibuan yang melampau dan kata-kata orang lain yang tak tau apa tu dalam mendidik anak-anak. Anak diorang tak sama macam anak kita walaupun istimewanya sama.
Anak nombor dua aku, Autism. Ada ADD. Dia style tak boleh membohong, kerja speak english je dari kecik tak faham bahasa melayu. Hidup buat hal sendiri je tak bercampur orang. Dia nak cakap, memang straight forward. Nampak macam biadab, tapi sebenarnya tu lah kekurangan dia. Namun, hari ni siapa sangka. Umur dah 16 tahun, segala kerja dekat rumah dia buat. Basuh baju, jemur baju, memasak, kemas rumah, uruskan adik yang umurnya 2tahun, cebuk berak semua dia boleh buat sendiri. Awalan masa aku didik dia pun, ramai yang tahu anak akun ni istimewa tak habis-habis cakap aku dan bini aku tak patut buat itu ini dekat anak ni.
Katanya takut nanti anak ni pendam dan sampai satu hari, dia akan mengamuk dan ada potensi bunuh kita. Ni semua bahasa orang, ramainya datang dari group-group ibu bapa yang ada anak autism.
Sedih tak macam mana diorang doktrin kepala parent-parent yang ada anak istimewa ni untuk jadi terlalu menadah berbanding bertindak dalam mendidik anak istimewa ni. Akhirnya yang menanggung siapa? Yang terus hidup dalam istimewanya tanpa ada sesiapa yang push limit diorang ni siapa?.
Anak nombor dua aku hari ni kalau ada adik beradik ada tak dengar cakap aku atau bini aku, dia sendiri yang akan tegur adik beradik lain siap warning jangan biadab atau tak dengar cakap. Bukan tu je, dia siap bangga sebab hari ni dia boleh buat semua benda, padahal kawan satu kelas dia di kelas istimewa takda sorang pun yang boleh buat apa yang dia dah buat dekat rumah.
Paling power apa? Hari ni dah boleh nampak, dia dah mula ada deria sensitif dalam banyak hal berbanding sebelum ni yang satu habuk pun dia tak ambil tahu hidup dengan life dia je. Ibu-ibu, ayah-ayah, kita terpilih untuk mendidik anak-anak istimewa. Jangan sia-siakan dan jangan perjudikan nasib diorang kelak kita dah takda nanti. Aku yang menulis, Tuan Amir Danau
P/s : Hari tu anak aku yang hyper sorang ni, aku tegur dia. Aku cakap, bila kena tegur jangan suka menjawab dan bagi banyak alasan. Lepas tu dia jawab balik. Dia cakap, “Luthkan hyper, memang lah macam tu”. Aku jawab balik, “Dedi ni hyper, dedi ni autism, ADD, ADHD semua dedi ada. Lagi teruk daripada korang. Tapi masa kecik-kecik, Dedi kuat menjawab jugak. Tau apa Pak Long buat dekat dedi? Dia belasah dedi. Dia tumbuk muka dedi. Start dari hari tu, dedi dah tak menjawab sampai hari ni. Jadi, tak perlu bagi alasan autism ke, hyper ke, tak perlu. Dedi pun ada semua tu, tapi dedi boleh control. Sengih je dia dengar. Dia jawab. “Okey dedi, sorry. “
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sikap saling peduli dan tolong menolong menjadi salah satu ciri khas dalam budaya dalam masyarakat kita.
Tak kiralah bangsa apa pun, jika ada kesusahan bantu tanpa berkira. ‘Aura positif ini perlu ada untuk membentuk keharmonian dalam sesebuah negara.
Menarik perkongsian seorang wanita berbangsa Cina, Jasmine Jayden menerusi grup GrabFood Malaysia, memuji sikap pemuda melayu membantunya ketika keretanya menghadapi masalah kerosakan tayar.
Dengan bantuan pemuda yang juga rider penghantar makanan dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Saya nak berterima kasih kepada 4 orang insan yg amat baik hati yang telah menolong saya semasa tayar saya pancet. Sepanjang hidup saya, apabila saya dapat kereta kecemasan macam tayar pancet, bateri habis, perlu pinjam starter atau apa apa accident hanya budak melayu muda yg selalu tolong saya.
Saya cina tapi amat terharu kerana mereka tidak mengira bangsa dan mempraktis One Malaysia. Hanya setengah orang di negeri ini suka main perkauman dan membahagikan kita semua. Kalau negeri Kami dapat kerajaan yg bercampur kaum, mesti kita semua akan bahagia dan rakyat tak perlu sengsara macam ini.
Abang Mat Shah dan kawannya adalah GRAB driver motosikal tapi sanggup meluangkan masa dari kerjanya dan berhenti dekat jalan raya tolong saya tukar tayar. Abang Muhdafiq Binshamsulnizam adalah Foreman yg nampak kereta saya dan dia ialah orang pertama yg datang menawarkan pertolongan untuk saya.
Dia baik hati sungguh untuk meminjam saya alatan tayarnya kerana saya punya sudah rosak. Kawannya pun tolong berdiri tepi jalan macam polis dengan melambai tangannya supaya kereta yg lalu nampak dan tak langgar kita.
Saya harap semua kaum akan tolong menolong macam ini untuk tanpa mengira bangsa, agama atau status supaya Malaysia dapat harmoni dan damai.
Menutup 2018 dengan drama Pujaan Hati Kanda, pelakon dan juga hos tv yang kian popular ini berkongsi luahan menerusi laman instagramnya baru-baru ini.
Si cantik manis, Mira Filzah dalam catatannya sebelum itu berkongsi paparan skrin Instastory pengacara Uyaina Arshad yang mengatakan seseorang itu perlu menjaga hubungan dengan Allah terlebih dahulu.
Jelasnya, sekiranya seseorang inginkan pasangan yang menjaga solat, individu itu juga perlu melakukan perkara sama.
“Sebelum nak jaga anak dara orang ‘JAGA SOLAT’. Jaga hubungan dengan Allah dahulu, baru jaga hubungan dengan sesama manusia,” tulisnya.
Mengakui dirinya tidak sempurna namun dia sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik bermula dengan niat, hati dan usaha.
“Saya mungkin tidak sempurna, tapi saya sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik hari demi hari. Insya-Allah.
“Semua bermula dengan niat, hati, dan usaha. Dan anak dara pun kenalah jaga solat kalau nak bakal suami jaga solat kan?” katanya.
Dalam pada itu, Mira turut mengakui lebih suka fokus kepada karier berbanding menjaja kisah peribadinya di luar.
‘Mira tak suka sentuh cerita peribadi sebaliknya mahu fokus tentang kerjaya buat masa sekarang.
‘Tetapi semua cerita tentang saya di luar sana tidak membebankan atau sampai beri tekanan sebab saya tahu ini semua lumrah sebagai anak seni. Saya faham situasi netizen dan saya takkan boleh halang teka-teki di luar.
“Saya juga tak suka memikirkan apa komen orang dan jarang ‘down’ dengan kata-kata orang. Sebaliknya saya hanya fokus pada lakonan saya sahaja.
Sumber: Mstar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...