Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, ikon pendakwah wanita yang amat dikagumi. Setiap bicaranya sangat menyejukkan jiwa pada sesiapa yang mendengarnya.
Ustazah Siti Nor Bahyah juga tidak lokek untuk berkongsi rahsia kebahagiaan lebih-lebih lagi keakraban dan kemesraan beliau bersama suaminya, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid dijadikan contoh buat pasangan lain di luar sana.
Antara perkongsian yang diberikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah ialah ‘Petua 8 P’
Apakah 8 P? Semak di sini.
1) P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.
Ads
2) P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3) P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4) ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan
5) P seterusnya mewakili ‘persefahaman’
6) P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
Ads
7) satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8) P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Siti Nur Bahyah juga memberikan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami .
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Ads
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.
Semoga perkongsian ini dapat kita amalkan bersama-sama.
Menyusahkan dan memenatkan! Itu mungkin tanggapan negatif segelintir ibu dan ayah yang terasa ingin mengerjakan umrah apabila membawa anak kecil bersama-sama. Pun begitu, hakikatnya melalui perkongsian pengalaman oleh puan Nadia Sakinah ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk kita lebih berlapang dada untuk membawa anak-anak bersama.
Banyak info dan tip dikongsikannya dan bolehlah dijadikan inspirasi untuk suatu hari nanti kita juga dapat membawa anak-anak bersama ke tanah suci. Jom semak perkongsiannya ini.
Umrah dengan anak kecil
Isteri Aliff Syukri dah share tu kan? Tapi Nadia nak share pengalaman Nadia sendiri, moga ada kebaikan yang dapat dikongsi bersama.
Alhamdulillah, Allah juga yang mudahkan dan menjaga kami di sana. Proses umrah tu sendiri penat dan susah, tapi perlaksanaan keseluruhan Allah mudahkan sangat. Jangan la expect everything smooth, sebab kalau semua terlalu mudah, tak akan ada didikan yang kita dapat betul? Bayangkan nak heret budak 3 tahun dan 11 bulan tawaf dan sa’i?
Tapi memang rasa sangat penjagaan Allah buat kami. Aatif meragam mengantuk sebelum masuk rawdah, bayangkan masuk je rawdah, even kena tolak sesak dengan orang, Aatif terus tidur, nyenyak sampai siap solat dan keluar dari rawdah. Malam lepas kita orang habis umrah, hujan lebat, tapi sebab dah lewat so kitorang redah je balik hotel. Memang lencun, tapi kuasa Allah, anak-anak tak demam pun.
1. Solat
Tentang solat di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, rugi kalau kita tak solat di masjid just sebab ada anak. Bukan mudah kan nak dapat pahala berganda-ganda tu. So apa yang kami buat, kami gilir. Sorang solat di masjid, sorang lagi jaga anak. So salah seorang akan dapat pahala berjemaah dan solat di masjid. Sorang lagi dapat pahala solat di masjid je la. Next waktu solat, tukar la bagi pasangan lagi sorang berjemaah pulak kan. Tapi kalau anak jenis tak merayau merata, boleh je dua-dua solat berjemaah di masjid tu. Tapi get ready la nak kena kutip anak-anak main tah mana-mana. Allah jaga je diorang, time Nadia solat serentak dengan suami, anak-anak dok main kat kawasan tong air zamzam je. Boleh juga solat dukung anak (yang kecik).
2. Tawaf
Ketika tawaf, based on Nadia tanya ustazah, InsyaAllah boleh je dukung baby and bawa dia sekali tawaf. Jangan risau sangat, baby kan pakai pampers. Plus Islam ni mudah je, tolong la jangan rumitkan k. Kalau anak yang dah boleh berjalan, make sure pegang tangan dia kemas-kemas atau pakaikan kid harness ye sebab ketika tawaf, kalau ramai orang, memang risiko anak dibawa arus tu ada. Suami Nadia angkat Daniel bawak atas bahu dan Nadia dukung Aatif. Sebab time kitaorang buat umrah tu dah lewat malam so Daniel dah penat sangat so kesian nak bagi dia jalan sangat.
Elakkan tawaf sunat atau tawaf umrah betul-betul sebelum dan selepas waktu solat sebab orang akan ramai time tu. Better pilih time lapang sikit untuk tawaf dengan anak-anak. Dalam bilik hotel dan kat lobi hotel akan ada live feed keadaan di kaabah, so boleh refer TV tu sebelum ke kaabah.
Time tawaf sunat, ramai sangat orang. So Daniel memang suami dukung ketika tawaf sebab risau terpisah. Sebab ada kes time kitaorang kat situ, tengah-terngah tawaf ada budak takde mak bapak. Tak sempat pun nak tarik budak tu, dia dibawa arus ke sana ke mari. So be careful and take care of your kids ye.
3. Sa’i.
Yang ni especially sangat sangat penat. Sebab jauh tau Safa dan Marwah tu, dengan lantai dia somehow sakit tapak kaki bila pijak, plus dukung baby kannn. So bayangkan lah macam mana Hajar di tengah panas dengan anak kecik berlari berulang kali cari air untuk anak? Memang time tu reflect sangat .
4. Makanan.
Make sure dalam beg sentiasa ada bekal makanan untuk anak-anak. Sebab diorang kurang meragam bila kenyang kan? Boleh je nak makan snack dalam masjid, tapi kemas la balik lepas diorang makan tu. Nadia lupa bawak makanan untuk Daniel, duduk tepi tu tunggu waktu solat. Polis masjid tu datang dan bagi oreo untuk niel dan kurma sepuluh bijik ha. Banyak orang bersedekah kan kat sana. Boleh juga bagi diorang minum air zamzam kerap, free flow kan.
5. Mainan.
Bawak bekal mainan anak-anak supaya diorang tak bosan tunggu kita berdoa dan solat. Daniel sepanjang masa kat tangan ada hotwheels, habis semua tempat jadi track dia. And dia suka sangat main sana sebab lantai di masjid kan luas. Baby pulak asyik merangkak and suka pulak bila orang kejar nak ambik dia.
6. Contact.
Be prepared kat sana nanti ramai orang akan tegur, agah, pegang dan nak cium anak kita. Kadang tu Nadia bagi je, tapi kadang tu risau jugak sebab anak-anak kan, takut diorang dapat infection pape. So bawa wipes, sterilizer spray tau. Daniel sampai marah bila orang asyik nak pegang rambut dia.
Betul, pengalaman di tanah haram ni berbeza-beza bagi setiap orang. Ujian dan cabaran nya berbeza mengikut keperluan dan situasi setiap manusia. Jangan pernah compare dengan orang lain, sebab Allah uji dan bantu kita mengikut keupayaan dan kelemahan kita kan?
Pesanan mak saya yang Nadia nak pesan juga pada readers, di sana nanti jaga mulut, jangan marah anak beriya dan doakan anak banyak-banyak.
Jangan takut nak pergi umrah dengan anak kecil. Macam Nadia share, penat, tapi Allah mudahkan perlaksanaannya.
Dulu masa anak-anak masih kecil tentu kita membayangkan jika mereka meningkat remaja, semakin mudahlah untuk mereka membantu kita di rumah.
Namun bila anak semakin membesar, lain pula jadinya. Tidak mudah juga rupanya untuk anak-anak ringan tulang membantu kita melakukan kerja-kerja rumah. Selagi tidak disuruh, selagi itu semuanya seakan ‘liat’ untuk melakukan kerja-kerja seperti menyapu, melipat kain, mencuci pinggan dan sebagainya.
Pun begitu tahukah anda, sebenarnya ada trik dan tips yang boleh dilakukan oleh anda untuk menarik minat anak-anak remaja ini melakukan kerja-kerja mengurus rumah dan sebagainya.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Dr Shima Mahiddin, beliau merupakan seorang pensyarah di UIAM dan juga merupakan pensyarah kanan di UPM. Malah mempunyai sijil hipnosis, hipnoterapi, magnetism for healing, nyata punya pengalaman luas untuk berkongsi ilmu.
Melalui postingnya terdahulu ada menyentuh tentang bagaimana didik anak remaja dengan penuh kasih sayang agar ringan tulang membantu ibu di rumah. Jujur kita katakan bukan mudah sebenarnya berdepan dengan anak-anak yang telah remaja, cabarannya jauh berbeza berbanding mereka masa kecil. Memang lagi mudah untuk dapatkan bantuan daripada mereka.
Menyedari senario ini, ada baiknya kita sebagai ibu bapa ketahui cara betul untuk mendekati jiwa anak remaja agar mudah mendengar kata dan sekali gus ringan tulang membantu kita pada bila-bila masa diperlukan.
Nak tahu detail, jom semak!
Saya percaya menjadi ibu bapa kepada remaja belasan tahun mungkin merupakan tugas yang paling sukar berbanding ketika anak-anak masih kecil. Jika tidak diurus zaman remaja mereka, fahamlah kita apa akibatnya.
Dikatakan pada zaman remaja, rakan-rakan dan media lebih berkuasa dalam hidup mereka. Tetapi kajian dan pengalaman menunjukkan dengan jelas : ibu bapa adalah sangat penting dalam kehidupan remaja.
Remaja belasan tahun perlukan sokongan, panduan dan perhatian daripada ibu bapa seperti mana waktu mereka kanak-kanak juga. Jadi, bagaimana hari ini kita dapat bentuk mereka supaya mereka seronok untuk bantu kita buat kerja di rumah.
1. Agihkan Tugas
Lagi-lagi bila kita ada anak yang ramai. Maka, pengagihan tugas di rumah ni penting. Masing-masing perlu diberi tugas dan tanggungjawab yang sesuai ikut usia mereka.
2. Berikan Pujian
Siapa yang tak suka dipuji. Boleh kembang kempis hidung bila dipuji. Pujian dan kata-kata yang baik boleh merangsang dan menaikkan semangat anak-anak untuk lebih rajin membantu pada masa akan datang.
3. Banyakkan Bersabar
Bukan mudah untuk mendidik anak-anak buat kerja rumah. Kita pun tak boleh nak harapkan mereka buat kerja rumah dengan sempurna. Jika ada yang tak kena, mahu tak mahu memang kena sabar. Dengan penuh kasih sayang kita perlu beritahu mereka kenapa perlu begitu dan begini.
Contohnya, anak remaja lelaki yang rajin membantu ibunya di dapur adalah “bakal dambaan suami setiap wanita” kerana dia lebih memahami susah payah seorang isteri bila berkahwin nanti. Dia akan menjadi suami yang lebih bertolak ansur bukan suami yang hanya tahu memberi arahan dan mengharapkan segalanya tersedia untuknya.?
Anak remaja perempuan pula, kita boleh ajak shopping bersama-sama membeli barang dapur dan memasak makanan feveret dia.
Dengan penuh kasih sayang dan puji-pujian kita boleh menyampaikan pesanan, bahawa suatu hari nanti walau setinggi mana pun dia belajar, hasil air tangan isterilah yang sangat suami dan anak-anak nantikan. Betapa istimewanya dia mempunyai kelebihan resepi masakan sendiri yang didambakan bakal calon suami.
Sebaknya melihat perkongsian mengenai orang kelainan upaya ini. Kekurangan yang ada dalam dirinya tidak dijadikan alasan untuk tidak menunaikan solat. Malah, kesungguhannya patut dijadikan contoh dan teladan oleh orang normal yang lain.
Dek keadaan fizikalnnya yang tidak membolehkan berjalan seperti orang biasa, dia sanggup berguling ke masjid untuk menunaikan ibadah. Satu pemandangan yang cukup menyentuh hati.
Baru-baru ini, perkongsian satu video oleh individu dikenali sebagai Nasrul Mohamed di laman Facebook ternyata mengundang sebak orang ramai.
Rakaman video tersebut menyaksikan seorang individu berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) berguling di dalam masjid untuk menunaikan solat.
Situasi itu dirakam di Masjid Kubang Kerian, Kota Bahru dan walaupun dalam keadaan tidak sempurna, namun individu terbabit masih gagah menyempurnakan tanggungjawabnya kepada Illahi.
Ternyata perkongsian berkenaan mengundang sebak netizen. Rata-rata mendoakan agar Allah SWT memudahkan kehidupan individu tersebut.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.