“Petik Strawberi Check List Pertama Anak…” Memey Di Cameron Highlands, Buat Ramai Teruja Nak Ke Sana!

Share

Cameron Highlands adalah salah satu tempat percutian keluarga yang sering menjadi tumpuan dek kerana tempat ini berada di kawasan tanah tinggi, suhu yang sejuk dan udara yang nyaman.

Jadi tidak hairan lah tempat percutian ini selalu dikunjungi tidak kira waktu, sama ada pada hujung minggu dan lebih-lebih lagi ketika musim cuti sekolah. Boleh dikatakan memang padat dengan pengunjung!

Baru-baru ini Memey dan Norman Hakim telah meluangkan masa untuk membawa keluarga kecil mereka bercuti di Cameron Highlands. Difahamkan menurut Memey, kunjungannya pada hari tersebut adalah kali pertama selepas hampir 11 tahun tidak berkunjung ke Cameron Hinghlands.

Apa yang pasti,ia satu jangka masa yang lama. Tentu sahaja keterujaan Memey dan anak-anaknya untuk menikmati keindahan percutian tanah tinggi tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Bonding time

Meskipun difahamkan kunjungan Memey kali ini disebabkan ada urusan kerja, namun tetap digunakan sebaik mungkin untuk lakukan aktiviti bonding bersama keluarga tercinta.

Lantaran itu, Memey di entry tersebut turut bertanyakan kepada peminatnya dimanakah  tempat makan yang menarik untuk dikunjunginya. Apatah lagi menurutnya, bab makan memang menjadi sesuatu yang menyeronikkan buat dirinya.

Maka ramailah yang memberi respon, menyenaraikan lokasi tempat makan yang menarik di Camaeron Highlands. Tidak dengan itu, netizen yang lainnya juga seakan teruja untuk menikmati indahnya bercuti di tanah tinggi bersama keluarga di sana.

Antara lokasi tempat makan yang dicadangkan adalah seperti Bamboo Briyani di Tanah Rata, ada juga yang mencadangkan jika ingin makan scone tersedap kena pergi di Opah Strawberi,  jika ingin makan nasi lemak strawberi di Aidilbadri, manakala jika ingin menikmati keenakan Kek, boleh singgal di Kek Viral Pak Tam. Bahkan jika ingin makan malam yang enak bolehlah mencuba Steamboat Grill and Cheese dan banyak lagi yang disenaraikan.

Di dalam posting berikutnya Memey turut berkongsi momen bahagia memetik strawberi. Menurutnya, aktiviti memetik strawberi adalah menjadi senarai pertama yang ingin dilakukan oleh anak-anaknya bila berkunjung ke sini.

Lantaran itu, Memey tidak menghampakan permintaan anak-anaknya.

Ternyata sepanjang berada di ladang strawberi, terpancar keterujaan dan keseronokkan di wajah Muhammad Darwisz , Muhammad Dikhriz dan Mikayla Delisha. Ketiga-tiga mereka begitu gembira memilih dan memetik buah strawberi yang segar dengan begitu banyak sekali.

Sumber : IG memeysuhaiza

ARTIKEL MENARIK : Adunan Tak Naik? Wanita Ni Kongsikan Sebabnya Pada Yis!