Peti Sejuk Bau Hapak? Ini Cara Untuk Jadikannya Harum Semerbak Semula

Share

Peti sejuk menyimpan banyak bahan makanan tidak kira sama ada yang kering ataupun tidak. Namun di tempat penyimpanan sejuk beku, pasti anda berdepan dengan masalah bau hapak terutamanya apabila terdapat bahan basah yang baru dibeli di pasar.

Ianya akan membuatkan kita sendiri rasa tidak selesa kerana peti sejuk adalah tempat untuk menyimpan makanan dan bau tersebut menimbulkan rasa was-was dan jijik untuk kita mengambil makanan tersebut.

Bagi sesiapa yang berdepan masalah itu, apa kata cuba petua mudah yang
dikongsi oleh Leha Yusof untuk menghilangkan bau busuk peti ais di kediaman masing-masing.

Hanya dengan menggunakan bahan sahaja, bau hapak dalam peti sejuk anda akan hilang.

1.Daun Pandan
Gunakan bahan mudah ini sebagai pewangi semula jadi. Ikat beberapa helai daun pandan dan letakkan sahaja dalam peti sejuk anda semalaman.

Bau kurang menyenangkan bukan sahaja akan hilang, peti ais anda juga akan berbau wangi.

2. Roti
Roti boleh digunakan sebagai penyerap bau yang kurang menyenangkan dalam peti sejuk. Letakkan sekeping dua roti di dalam peti sejuk dan biarkan roti itu hingga kering.

Bau yang kurang menyenangkan pasti akan beransur hilang.

3. Serbuk Penaik/Baking Soda
Tabur serbuk penaik atas dulang atau piring kecil dan masukkannya dalam peti sejuk. Kemudian tutup pintu sehingga bau busuk hilang.

Selepas itu masukkan semula barang dalam peti sejuk dan letakkan juga sekotak serbuk penaik di dalamnya. Buka sedikit penutup agar ia dapat menyerap segala bau yang kurang menyenangkan.

4. Cuka Putih
Masukkan cuka putih dalam bekas terbuka dan letakkan dalam peti sejuk. Ia akan menyerap segala bau yang kurang enak dalam peti sejuk.

Untuk mewangikan lagi, perahkan sebiji lemon ke dalam larutan cuka tersebut dan lap bahagian dalam peti sejuk dengan campuran kedua-dua bahan ini.

5. Oat
Siapa sangka oat juga boleh menyerap bauan yang tidak enak dalam peti sejuk. Masukkan sedikit oat dalam bekas dan letakkannya dalam peti sejuk.

Anda pasti akan mendapati peti sejuk anda kurang berbau selepas beberapa ketika.

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club