Selepas banjir surut, tentunya semua mangsa banjir akan berasa sedih melihat keadaan rumah yang dipenuhi lumpur, tidak dengan itu semua barang yang ada di dalam rumah tunggang langgang, peti ais dan mesin basuh ada yang terbalik dan sebagainya yang melibatkan kerosakan dan kemusnahan harta benda.
Hal ini pasti ramai yang kecewa dan tertanya-tanya adakah masih ada barang-barang yang boleh diselamatkan walaupun sudah beberapa hari terendam dalam air banjir?
Berkongsi info tentang cara terbaik untuk menyelamatkan peti ais atau mesin basuh yang terendam dalam banjir, seorang pemilik akaun tiktok iaitu @halimrina8988 berkongsi video yang cukup bermanfaat ini.
@halimrina8988♬ original sound – Halimrinaenterprise
Menurut perkongsiannya di dalam video ini, dia ingin membantu orang ramai yang tidak tahu cara bagaimana untuk pastikan peti ais yang terendam di dalam banjir masih boleh diselamatkan jika mengikuti langkah-langkah yang dikongsikan di dalam video terbut.
Lelaki ini juga mengingatkan orang ramai agar jangan terus on peti ais tersebut. Tindakan tersebut boleh membahayakan diri bahkan akan berlakunya kerosakan lebih teruk pada peti ais tersebut akibat terjadinya letupan di bahagian plug elektrik.
Oleh itu langkah terbaik yang boleh anda lakukan adalah biarkan sahaja peti ais tersebut selama seminggu. Pastikan bahagian pcb board tidak diusik agar air dapat kering sepenuhnya.
Pun begitu, jika ingin ‘usik’ bahagian tersebut untuk tujuan dikeringkan, lelaki ini nasihatkan selepas 3 hari baru lakukan proses tersebut.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mengucapkan terima kasih dengan perkongsian bermanfaat daripadanya.
Harap buat mangsa banjir, dapat praktikkan tip ini untuk pastikan barangan elektrik dapat digunakan semula di dalam keadaan selamat.
Sumber : @halimrina8988
ARTIKEL MENARIK : Cara Kurangkan Air Bah Masuk Rumah, Begini Lelaki Ni Buat Bila Tiap-Tiap Tahun Hadapi Banjir!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Kereta Ditenggelami Banjir, Ada Perkara Perlu Buat Untuk Minimakan Kos Baik Pulih!
Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!
Lembut Di Dalam & Rangup Kulitnya, Jadikan Rasa Tart Telur Ni Sedap & Enak!
Bila singgah di kedai bakeri selain beli roti dan kek, tart telur juga menjadi antara pilihan wajib beli. Maklumlah anak-anak dan kita orang dewasa memang gemar rasanya. Lemak manis, terasa cruncy di luar dan lembut di dalam.
Boleh dikatakan kalau beli sebiji memang tidak puas makan. Namun untuk membeli dalam jumlah yang banyak, boleh tahan juga harganya.
Jadi apa kata alang-alang ahli keluarga memang gemar makan tart telur ini, apa kata anda buat sendiri lagi berbaloi.
Di sini Nor Al Fatihah ada berkongsi resipi tart telur yang mudah disediakan dan sedap rasanya.
Tart telur gebus..sedap..just nice je rasa dia..crunchy di luar..lembut di dalam
TART TELUR
Shell Tart/Crust
150 gm butter
1/2 cawan gula aising
1 biji kuning telur A
1 sudu teh esen vanila -optional
2 cawan tepung gandum*
2 sudu besar tepung jagung*
(bahan2 bertanda * di ayak)
Filling Telur
6 biji telur A
1 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanila
1 tin susu cair
1 cawan air panas
Pewarna kuning -optional
Cara-cara Membuatnya
1. Shell Tart/Crust
- Kacau butter & gula dengan senduk kayu/spatula hingga sebati
- Campur telur & esen vanila. Kacau lagi hingga sedikit kembang
- Masukkan tepung gandum & tepung jagung. Gaul dengan tangan hingga menjadi doh.
- Masukkan doh ke dlm plastik wrap. Rehatkan di dlm peti ais selama 20 minit
2. Filling Telur
- Sementara doh di rehatkan, kita buat intinya dulu. Satukan telur, gula, esen vanila, gula, susu cair & pewarna kuning. Kacau dengan whisk hingga sebati
- Tuang air panas sambil di kacau untuk elakkan inti menjadi scramble egg. Tapiskan
- Keluarkan doh, canai agak nipis. Masukkan ke dlm acuan aluminium mini. Tekan & kemaskan. Tuang filling hingga agak penuh
- Bakar di dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 150°c selama 35-45 minit atau hingga masak. Api bawah saja. Bergantung pada suhu oven masing-masing jugak
- Sejukkan dulu, baru keluarkan dari acuan
Sumber : Nor Al Fatihah
Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!
ARTIKEL MENARIK : “Jual Murah Niatkan Atas Nama Arwah Anak Yang Kemalangan Di Kawasan Ini…” -Lelaki Ni Jual Roti Canai 50 Sen!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
‘Maintain’ Cantik & Bergaya Walaupun Punya Anak Ramai, Adik Che Ta Kongsi Rahsianya.
Tidak dinafikan, adik-beradik pelakon Rozita Che Wan Dan Ayu Raudhah semuanya cantik-cantik belaka walaupun ada antara mereka bukan bergelar selebriti. Setiap kali bersama, pasti penampilan masing-masing tak nak kalah dan sering mendapat perhatian.
Selain Ruby Che Wan yang juga isteri kesayangan Mazlan Pet Pet, seorang lagi ahli keluarga mereka yang tampil berhjijab labuh namun tetap fashionista adalah Datin Rohaiza Che Wan. Dalam usia 37 tahun, dia masih kekal cantik walaupun anak ramai. Ini rupanya rahsia beliau.
Dalam satu temu bual bersama majalah Nona, Datin Rohaiza atau lebih mesra dipanggil Jaja berkongsi tips kecantikannya. Menurutnya, dia kurang mengambil makanan manis dan sering mengamalkan gaya hidup yang sihat. Selain itu, rahsia beliau untuk kekal langsing juga kerana menyusukan anaknya. Tidak hairanlah, Datin Jaja masih cantik di usia 37 tahun.
Bukan itu sahaja, Datin Jaja juga akui anak-anaknya tidak banyak karenah dan juga ditolong oleh pembantu rumahnya. Bercakap mengenai penampilan, Datin Jaja sendiri suka untuk kelihatan cantik. Tidak terlalu berfesyen, tetapi suka kelihatan kemas setiap masa. Rajin dan usaha untuk kelihatan cantik juga merupakan perkara penting yang harus dijaga.
Sumber: OHBULAN! & Rohaiza
Belum Sehari Luang Masa Lepas Berminggu Tak Jumpa, Suami Tercinta Dijemput Ilahi. Luahan Hati Wanita Ni Meruntun Jiwa!
Daripada Dia Kita Datang dan Kepada-Nya Kita Kembali. Peritnya menerima kenyataan, kehilangan orang tersayang. Yang selalu dihati dan menemani jiwa hari hari. Namun bila sampainya masa, tuhan ambil dia semula. Hanya Tuhan yang tahu akan perasaan itu.
Namun, siapa kita mampu menolak andai itu takdirNya. Perginya takkan kembali, tiada lagi gelak tawa dan senda gurau tatkala bersama. Itu yang dikongsikan oleh Riko Minoru Nama Kami saat kehilangan suami dalam sekelip mata. Lebih memilukan, belum pun puas melepaskan rindu suami sudah tiada lagi.
Di dalam satu perkongsiannya di facebook, wanita ini meluahkan rasa hati selepas kehilangan suami tercinta semasa tidur.
Al-Fatihah
Datangnya arwah buat kali pertama tahun 2009 memperkenalkan diri sehinggalah sik lama ya pintu hatiku terdetik buat pertama kalinya kepada kaum Adam sehingga ku tauk rasa bercinta (chewah.. 😂) Ya Allah.. Indahnya masa ya, bang. 😭
Arwahlah cinta pertama aku selepas rasul dan ahli keluarga dan dia jugalah lelaki pertama yang berani nak melamar aku jadi isteri. Lalu 05/12/2015 berlangsungnya akad nikah kami di Kuching dan terus bersanding (Kuching & Saratok). Rami yang datang memeriahkan majlis. Seronok gilak2 bersanding bersebelahan dengan abg. Cinta pertama ayg. Lelaki yang telah digelar suami. Abang.. abang.. rindunya ayg masa ya.. macam nak diulang balit jak masa..
Dalam usia perkahwinan kami yang baru, Allah uji kami di mana aku keguguran pada tahun 2017 dalam usia kandungan yang masih baru, tapi kami redha Ya Allah dan terima hakikat masa ya. ‘Kelak kita cuba lagi k yang. Jgn pkey glak. Abg ada.’, Kata2 tok la yang memberi aku kekuatan masa ya sebab arwah sentiasa berada di sisi berik kata-kata semangat. Segala urusan semuanya menjadi mudah bila abg selalu pesan ayg n sokong apa yg ayg polah lamak tok.
Cuma..masa tok ayg baruk sedar, bang. Sejak kita kenal, kita sentiasa diuji menjadi pasangan jarak jauh rupanya. Berusaha untuk bekerja di satu tempat, tapi ada jak halangan antara kita duak. Mungkin ya lah petunjuk Allah swt untuk ayg. Bersedia untuk kekal ‘berjauhan’ dengan abg. Ya Allah.. 😭 beratnya dugaan ku kali tok.. Hanya Engkau tempat aku mengadu.. Air mata sik pernah kering.. Menangis dan terus menangis.. Rindu? Nang satu kemestian.. TERSANGAT-SANGAT rindu pada arwah abg… Ya Allah.. sakitnya dada tok nahan rasa..
Benarlah kata orang, tiada siapa manusia di dunia tok yang sik pernah sik da masalah. Benar, aku pernah mengaku bahawa aku rasa sik da masalah besar yang banyak berlaku dalam kehidupan aku. Mun ada pun, Alhamdulillah, aku boleh settle kedirik.
Tapi..
1 Muharram 1441AH bersamaan 1hb September 2019 tepat jam 03:35 pagi, Engkau uji aku dengan satu bebanan yang tidak terhingga tanggungnya sehingga aku rasa semua tok hanyalah satu mimpi dan bila aku sedar daripada tidur, arwah masih senyum melihatku, belaiku dan pelukku seperti biasa. Namun, semuanya hanyalah bayangan semata-mata. Aku langsung sik ada kuasa nak melawan waktu. Hanya Engkau Yang Maha Kuasa. Bukak jak mata kejut dengar arwah tengah nazak dalam tidur rupanya disisi. Mula aku fikir sesak nafas. Tapi yalah sebenarnya 3 hembusan nafas terakhir sewaktu malaikat Izrail menjalankan tugas untuk menarik nyawanya. Ya Allah, sungguh aku tidak kuat masa tok. Bergegar seluruh tubuh. Di goncang beberapa kali tubuh, namun langsung tiada reaksi daripada arwah. Syukur otak masih dapat berifikir. Tunggah kesemua ahli keluarga then hantar arwah terus ke emergency Hospital Saratok.
Mulai 03:50 pagi, bantuan CPR dipolah beberapa kali. Aku ulang alit keluar masuk dari pintu emergency mengharapkan ada keajaiban berlaku. 15 minit selepas ya, dengar perbualan bersama dengan salah seorang petugas, memaklumkan nadi sudah ada tapi respon belum ada. Usaha ditingkatkan lagik. Dalam masa tok, kmk sekoga terus rasa lega tapi doa tidak pernah putus di bibir supaya arwah kembali memberi respon. Kakak dan abang ipar masih teruskan dengan bacaan yaasiin. Dengan perasaan sedikit lega tadik, aku terus ke tandas dan terus ambik kesempatan untuk berwudhuk.
Balit jak dari tandas menuju ke pintu emergency, terus nangga bapak mertua tengah bercakap dengan doktor. Aku pun terus melajukan langkah mengharapkan berita baik untuk didengar. Excited abis masa tok. Dalam palak, dah imagine abg mula berik respon and senyum pada ayg n ahli keluarga lain.. Lebih 30 minit dah bantuan diberik untuk abg..
Tapi.. lain yang dijangka..
“Sebelum tu, saya nak beritahu awak sesuatu. Dia tiada lagi.” Ayat kedua yang keluar daripada seorang doktor selepas nanyak gney kondisi arwah sebelum di hantar ke emergency. Ya pun doktor potong ayat aku sebelum habis ku nak explain. Ku pun jadi blur pada mulanya.
“Haa??” Tanyak ku balit.
“Dia dah TIADA lagi. Awak FAHAM tak DIA TIADA LAGI. TIADA lagi.” Ayat tok la membuatkan aku jadi dendam pada seorang doktor yang langsung tiada etika dalam menyampaikan berita. Ditambah lagi dengan berita yang diterimak ya. Fikiran, emosi, fizikal semuanya menjadi lemah saat kata-kata ya keluar dari mulut doktor. Secara automatik, tangan cuba nak menyambar tudung doktor and nak cekik2 jak. Tapi nasib doktor bagus malam ya sebab aku ditahan oleh ahli koga. Aku terus rebah dan sik berdaya gk. Wajah abg dalam bayangan. Ya Allah, ujian apa yang Engkau berik ngan aku masa tok.. Sungguh aku sik kuat.. Sungguh aku perlukan arwah masa ya.. Belum sampey sehari aku luangkan masa dengan arwah selepas berminggu-minggu sik jumpa, Engkau dah tarit nya dari aku. Sakit dan TERSANGAT sakit..
Masuk dalam emergency, nangga tubuh abg dah diselimut dengan kain putih. Fikiran aku hanya teringatkan semua yang berlaku tok hanya mimpi jak.. Aku cuba kuatkan tenaga juak. Kejutkan abg dari ‘tidur’. Sebab abg dah janji nak jalan sama2 dengan ayg ke Belawai. Luangkan masa bersama sebab kita baruk bertemu lepas berminggu-minggu sik jumpa. Tapi abg tetap sik berik apa2 respon. Abg masih juak dalam ‘tidur lena’nya.. Ya Allah, sumpah ayg perlukan abg gilak2.. Jangan tinggalkan ayg sorg dirik. Ayg sik kuat bang. Ayg sik kuattttt..!!
Benar, ya lah perasaan dan keadaan bila org yang paling kita sayang sik ada lagi di dunia bersama dengan kita buat selama-lamanya. Memang boleh jadi gila sebenarnya. Dan aku hampir-hampir nak ke arah ya. Nauzubillah min zalik.. Memang aku ngakuk, pada mulanya aku memang sik redha dengan pemergiannya. Sebab kmk 2 dah janji nak sama-sama luangkan masa bersama di Belawai. Dan aku maok arwah tunaikan janji ny juak masa ya.
Kali ke-2, cubaan nak bangunkan abg gk dari ‘tidur’ lepas tubuh abang dah dihantar balik ke rumah pagi ya oleh pihak hospital. Aku peluk tubuhnya. Mengharapkan abg peluk ayg balit dan senyum ngan ayg. Tapi, semua ya masih berterusan. Abg sik juak berik respon. Aku peluk kuat agik sambil meraong menangis. Mohon abg cium dahi ayg, peluk ayg, dan tunaikan janji abg. Makin kuat pelukan makin ya orang cuba nak tarit aku dan leraikan pelukan aku dengan tubuh abg. Aku sik redha!! Aku maok abg berik responn!! Tapi semua orang cuba tarit aku dan lepaskan abg dari pelukan kuat ya. Aku cuba bertahan juak dalam pelukan tapi kekuatan aku sik sekuat yang ku sangka. Bila pelukan terlerai, ayg nangga abg terus berjalan jauh dengan pakaian putihnya. Abang berjalan terus jauh tanpa pandang belakang gk. Sampey ati abangg!! Makin aku meraong sebab aku sik maok ditinggal sorang2 oleh abg.. ABANGGG!! Balit ctok bang.. peluk ayg.. ayg sik kuatttt bangg!! Ya Allah.. aku doa semua yang berlaku tok hanya dalam mimpi jak.. aku mohon, Ya Allah..
Aku rasa muka ku basah dah. Secara perlahan pandangan jadi gelap segelapnya. Yang ku dapat nangga diri aku tersungkur lemah memandang ke arah tempat abg berjalan. Fikiran masih mengharapkan semua ya mimpi. Sik lamak lepas ya, muka abg muncul lagik depan ayg. Wajah abg memandang ayg penuh sayu. Ya Allah, aku cuba nak sambut abg. Tapi aku sik berdaya gik. Dah selemah-lemahnya. Yang mampu aku polah adalah menjerit nama abg.. abanggg!! Tapi, sekali lagik aku rasa muka ku basah dan sekejap petir jak muka abang tetiba hilang dari pandangan. Aku mula mencari-cari gk. Abangggg!!! Balit gik bang.. sambut ayang ctok.. ayg dah sik terdaya agik nak tanggung semua tok. Ya Allah!! Kau bukalah mataku. Kau tukarkan semua tok jadi mimpi.. Aku sik kuat Ya Allah!! Tolong akuuu..!!
Tapi, bila aku bukak mata, ternyata semua yang berlaku bukanlah mimpi. Semuanya adalah benar!! Abang memang dah ‘pergi’ jauh dolok dari ayg. Abang pergi dengan satu pesanan. Abang pergi dengan satu pelukan terakhir untuk ayg malam ya. Banggg.. ayg rindu abang gilak2.. Ya Allah, kenak aku dipilih dalam ujian seberat tok.. Bantu aku Ya Allah!!
Bang, kinek tok, abg sik ada lagi di sisi untuk ayg. Ya Allah.. 😭 Abg sentiasa berpesan ngan ayg supaya sentiasa jaga dirik. Sentiasa hati2 dalam apa juak urusan. InsyaAllah bang, ayg akan sentiasa ingat semua pesanan abg. Ayg rasa bulak sebab abg dolok yang ‘pergi’ dari orang lain. Sehingga ayg pernah terfikir Tuhan sik adil pun untuk ayg. Allahuakbar! Sungguh aku berdosa besar.
Dari hari pertama sehinggalah hari ke empat, fikiran aku yang sik berapa waras semakin pulih. Cuba untuk menghapuskan semua bayangan abg. Setiap apa yang aku polah, aku dapat rasakan arwah sentiasa memerhati dan senyum padaku. Sampey aku rasa aku bercakap dengan bayangan arwah. Walaupun pada hakikatnya, semua ya adalah mainan syaitan jak. Sakit memang tersangat sakit untuk ditanggung. Tapi aku percayak, Allah akan kurniakan aku kekuatan, keimanan, dan ketenangan sepanjang proses pemulihan tok.
Syukur pada Allah swt, aku mula sedar sikit demi sikit, hilangnya seorang insan yang aku hormati dan paling disayangi, tapi Allah swt kurniakan aku dengan berpuluh-puluh dan beratus-ratus insan lain yang sentiasa berada disamping kami sekeluarga bermula dari hari pertama hingga sekarang. Ktk org sentiasa berik nasihat dan sokongan. Sik putus-putus. Alhamdulillah.. Allah kurniakan aku sebuah keluarga dan keluarga arwah yang sangat penyayang juak. Mereka banyak tolong aku. Iman aku sik sekuat yang aku jangka selama tok. Tapi aku sentiasa mohon dan berdoa, agar aku sentiasa diberikan kekuatan dan keimanan untuk menghadap semua tok. Memang benar, pemulihan tok ambik jangka masa yang lamak. Sampey kinek aku rasa memang belum stabil. Tapi keredhaan dengan pemergian arwah, aku dah pasrah, Ya Allah.. Aku redha.. Semua tok rancangan yang Di Atas. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian.
Yang hidup pasti akan mati. Ayg akan menyusul kemudian bang. Ayg akan pegang semua amanat abg sementara masih di dunia tok. InsyaAllah bang.. Ayg cuba teruskan hidup tanpa abg di sisi.. Sangat sukar. Sangat susah. Dan sangat SAKIT nak lalui semua tok.. Tapi aku akan terus mencuba.. Aku yakin padaMu, Ya Allah.. Aku yakin pada rancanganMu.. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Mengetahui semuanya..
Coretan daripada ayg buat abg di ‘sana’ yang telah meninggalkan ayg dan yang lain-lain.. Hari ke-10.. 10 Muharram 1441AH, 10hb September 2019.. @22:49