Peti Ais Kurang Sejuk Boleh Baikinya Sendiri, Ikut Langkah Mudah Ni!

Share

Bukan perkara pelik jika ada orang menggunakan peti sejuk bertahun-tahun lamanya dan akhirnya mengalami beberapa masalah seperti peti ais kurang sejuk dan sebagainya. Jika ingin dibaiki tentu memerlukan kos yang mahal. Jadi nak tak nak, terpaksa jugalah terus menggunakan peti ais tersebut walaupun hati merungut.

Tapi tahukah anda, sebenarnya jika anda baiki sendiri peti ais tadi ianya boleh kembali sejuk. Ini sebagaimana apa yang telah dikongsikan oleh Mohd Hafiz di dalam FB nya. Jom kita semak cara menyelesaikan masalah peti ais yang dah tak sejuk ini.


Tips diy peti sejuk yang kurang sejuk.. Boleh jimat mungkin dalam RM250, sbb diy sendiri modal rm40 sahaja, itu pon kluar modal sebab masalah no 2, masalah no 1 xperlu kluar modal langsung , tak perlu panggil pomen somen .. kalau anda mengalami masalah ini,boleh cuba buat sendiri.

1. Masalah bhagian bawah peti dan bhagian freezer xsejuk( letok ikan pon 2 hari dah buruk 

Cara2 untuk diy sendiri masalah 1

1: tutupkan suis peti ais

2: buka cover cooling coil seperti gambar

3: cabut perlahan2 cover dan cabut socket yang bersambungan

4: anda akan nampak ketulan ais dibelakang cover cooling coil telah menutup laluan udara sejuk ke atas dan kebawah, ini yang menyebabkan peti ais anda tidak sejuk..Ada 2 cara untuk mencairkan ketulan ais tersebut.. samada dengan menggunakan hair dryer atau biarkan peti ais mati dlam mase 3-4 hari.

5: setelah ketulan ais dah mencair, tutup kembali semua cover yang dicabut, dan pasang semua socket kembali, ketatkan.

6: jgn lupa cek takungan air buang atas compressor dekat belakang peti ais,takot2 melimpah plok air tuu ye

7: peti ais boleh digunakan seperti biase

Untuk masalah kurang sejuk shaja,kalau xsejuk langsung,sila panggil pomen yang lebih arif, mgkin gas habis atau compressor anda tidak berfungsi.. tapi apa salah mencuba cara ni dulu

2. Masalah bila on peti ais, main breaker akan trigger dan off automatik, ada kebocoran arus

 

Cara diy masalah 2

1: tutupkan suis peti ais

2: buka cover cooling coil seperti gambar

3: cabut perlahan2 cover dan cabut socket yang bersambungan

4: lihat glass heater yang berada dibawah cooling coil mgkin telah pecah dan spring heater telah menyentuh body peti ais, ini yang menyebabkan main breaker selalu trigger dan off

5: keluarkan glass heater yang berada dibawah cooling coil dan tukar baru mengikut saiz yang sama..modal glass heater cuma Rm40 shaja

6 : pasang kembali glass heater dan semua cover dan socket yang dicabut.

7: peti ais dah boleh dibuka tanpa masalah

sumber :  Mohd Hafiz Zullkipeli