Bunga bukan sahaja memancarkan kecantikan semula jadi, tetapi juga menawarkan peluang perniagaan yang besar kepada individu yang berminat. Begitulah seorang usahawan bunga yang berjaya, Amirullah Bin Khalid yang telah mengubah kecintaannya kepada bunga menjadi sebuah perniagaan yang berjaya.
Pemilik Petals2u Florist ini yang beroperasi di Sungai Buloh dan Puncak Alam seorang yang bercita-cita tinggi dalam perniagaan gubahan bunga perhiasan. Lebih istimewa, minatnya seiring dengan isteri tersayang, Zailatul Alina Zulkapli yang sentiasa menyokong impiannya.
Lebih manis lagi, sejak kecil, Amirullah telah mempunyai kecintaan mendalam kepada bunga. Ketika masih seorang kanak-kanak, ibunya sering mendapat tempahan hantaran perkahwinan. Melihat ketabahan ibunya, Amirullah tidak melepaskan peluang untuk membantu ibu tersayang membeli barang-barang dan mengubah hantaran. Siapa sangka, peluang itu memberi kesan kepada jiwanya untuk meneroka bidang pengubahan bunga.
“Saya masih ingat, ibu saya pula selalu membuat hantaran dan sirih junjung. Saya juga turut membantu membeli barang-barang hantaran dan melihat ibu mengubah. Tak sangka ia menjadi kerjaya saya juga hingga kini,” jelas anak kedua daripada 5 adik beradik.
Dunia perniagaan ini sidah tentu ada pelbagai cabarannya. Namun tetap tabah untuk meneruskan langkah. Saat getir yang tidak pernah dilupakan sepanjang hidupnya adalah saat empat buah kedai buanganya terpaksa di tutup akibat serangan virus COVID-19 yang melanda negara dan juga global.
Ads
“Cabaran yang sangat tidak dapat dilupakan ialah apabila kami terpaksa tutup empat buah kedai selepas PKP. Ketika kedai tutup satu persatu, sedih sangat mendalam tapi saya kuatkan semangat dengan sibukkan diri dengan mengikuti majlis-majlis baru dan melibatkan diri dengan program berkaitan dengan perniagaan,
Pandangan Masa Depan
Pencapaian perniagaan terbesar buat bapa kepada tiga orang anak ini ialah mendapat tawaran untuk mengubah bunga bagi majlis Hari Pembukaan Parlimen Malaysia dan ke istana ke seluruh Malaysia.
Ads
Impian usahawan bunga yang berjaya ini tidak berhenti di sini. Dia bercita-cita untuk memperluaskan perniagaannya dengan stategi baru dan bercadang untuk membuka 20 francais di seluruh luar negeri pada tahun 2030.
Anak kelahiran Selangor ini juga sentiasa berkongsi ilmu dengan mengadakan kursus menggubah bunga bagi memperkukuhkan kemahiran orang lain dalam bidang ini. Amirullah percaya bahawa bunga bukan hanya untuk dilihat, tetapi juga untuk dirasai dan disentuh oleh semua orang.
Bergelar Perunding Bunga Hiasan Segar Korporat
Ads
Tidak lokek untuk berkongsi ilmu, Amirullah yang berpengalaman selama 13 tahun dalam perniagaan ini, kini aktif sebagai tenaga pengajar bagi hiasan bunga segar korporat. Bergelar consultant floral designer, beliau mengalu-alukan kepada persatuan NGO, ibu tunggal, syarikat dan usahawan yang baru berjinak dalam bidang ini.
“Sudah sampai masanya saya berkongsi ilmu gubahan bunga kepada masyarakat bahawa gubahan bunga ini boleh membantu bagi menjana pendapatan.”
Katanya lagi, kebanyakan pengubah bunga hanya tahu gubah sahaja sehingga mengabaikan penjenamaan produk mereka. Mereka tidak tahu cara untuk menjadikan produk mereka eksklusif. Keadaan ini selalunya berlaku akibat tiada pengurusan yang betul yang membuatkan mereka terlalu sibuk di kedai menguruskan ‘delivery’ kepada pelanggan, tidak mempunyai ‘team’ yang baik dan salah pilih saluran pengiklanan.
Bagi yang berminat dalam bidang ini, Petals2u Florist menawarkan Modul Pembelajaran Gubahan Bunga yang merangkumi Kursus Branding Class for florist, Kursus BMC Class for florist, Kursus Team Building for florist dan Kursus Financial & Risk Management for Florist.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Suasana suram di hadapan Unit Forensik Hospital Sungai Bakap dapat dirasai apabila Syafiq Ahmad menggendong jenazah bayi lelakinya yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya awal pagi tadi.
Dalam perkongsian gambar yang dimuat naik oleh Bernaman itu, dapat dilihat penyerang Johor Darul Takzim (JDT) itu tidak dapat menahan sedih ketika mencium jenazah anak lelakinya Muhammad Aisy Saqeef, 22 hari, selepas selasai dikapankan di Hospital Sungai Bakap, Pulau pinang.
Syafiq dan ahli keluarganya dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan yang berlaku di Km163 Lebuhraya Utara-Selatan di Sungai Bakap sekitar 5.30 pagi tadi.
Dua lagi yang maut dalam nahas itu ialah ibu mentuanya Zainab Wahab, 45, serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.
Sementara itu, Norain Shahadan,50 yang merupakan bapa mentua kepada Syafiq memberitahu, arwah isterinya ada meminta dia mengemas rumah untuk menyambut cucu baru mereka.
“Arwah isteri, Zainab Wahab, 46, ada hubungi saya dua hari lalu dan minta kemaskan rumah sebab nak bawa balik cucu baru.
“Tapi tak sangka pula dia dan cucu pulang sebagai jenazah,” kata Norain lagi.
Menurut Norain, dia menerima berita sedih itu melalui besannya, Ahmad Ibrahim, 56, yang menghubunginya sekitar 6 pagi tadi.
Katanya, dia ketika itu antara percaya atau tidak apabila dimaklumkan isterinya dan cucu mereka, Muhammad Aisy Saqeef, 22 hari, meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 163 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Jawi, di sini, hari ini.
“Saya tidak menyangka, namun reda dengan apa yang berlaku kerana kehilangan isteri dan cucu kedua kami.
“Namun, saya bersyukur anak sulung, Nur Amalina, 25, menantu, Muhamad Syafiq Ahmad, 25, serta cucu sulung, Aaira Nur Saffiyya, 2, selamat,” katanya lagi.
Tidak hairanlah jika dikatakan dunia anak-anak kita hari ini jauh bezanya dengan zaman kita dahulu. Apa tidaknya, lihat sahaja setiap ruang masa yang mereka lalui pasti ada dibayangi dengan penggunaan teknologi terkini.
Umpamanya, pelbagai permainan video dan kandungan visual pada platform dalam talian telah merubah cara anak-anak kita bermain. Ini secara tidak langsung telah memberi kesan kepada anak-anak muda dan remaja yang dilihat menjadi kurang aktif dari aspek fizikal dan sosial.
Trend yang membimbangkan ini telah dilaporkan baru-baru ini, mendedahkan lebih daripada separuh remaja Malaysia mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif dan lebih suka duduk berjam-jam tanpa sebarang aktiviti fizikal. Akibatnya, mereka terlepas peluang untuk merasai dan melalui proses pembelajaran aktif semasa bermain.
Charlene Marie Samuel, Pengarah Pusat Perilaku Autisme dan ahli terapi Analisis Terapi Terapan yang terlatih berkata, “Masa bermain adalah penting untuk perkembangan kanak-kanak terutamanya waktu kanak-kanak ini adalah menjadi waktu yang cukup penting dalam membentuk siapa mereka di masa akan datang.
“Dengan bermain, ia membolehkan mereka mempelajari kemahiran penting seperti penyelesaian masalah, bekerja dalam pasukan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran baru – semuanya itu sangat berguna apabila mereka semakin membesar. ”
Sehubungan dengan itu, bersempena musim cuti sekolah yang tidak lama lagi, SuperPark Malaysia sebuah taman aktiviti dalaman yang paling mesra di seluruh dunia baru-baru ini memperkenalkan SuperDayCamp. Iaitu satu program unik yang dilengkapi dengan pelbagai aktiviti sukan yang menarik untuk memupuk kecergasan, kebolehan kognitif dan kerja berpasukan.
SuperDayCamp menyediakan alternatif untuk semua kanak-kanak berumur empat hingga sepuluh tahun dengan nisbah 1: 7, seorang jurulatih untuk tujuh kanak-kanak. Setiap peserta akan dibimbing menerusi kegiatan bermain di dalam taman untuk membangunkan kesejahteraan fizikal, mental, emosi dan sosial – kualiti penting untuk membantu kanak-kanak berkembang dan menjadi sukses di sekolah dan di dalam kehidupan.
“Memperluas konsep utama kami tentang ‘kuasa bermain’, SuperDayCamp akan dapat menguatkan hubungan, membina kepercayaan dan menyokong keyakinan diri, memberi kanak-kanak permulaan awal dalam membangun landasan yang kuat dalam kemahiran hidup. Ianya disahkan oleh Lembaga Pendidikan Finland dan kem hari ini menawarkan pengalaman pembelajaran pelbagai lapisan di mana para peserta boleh mengeluarkan peluh sambil berseronok.
“Malah menariknya juga, kem ini dijalankan di dalam persekitaran yang tertutup, bebas dari terkena hujan dan panas. Ini sekali gus membuatkan ibu bapa tidak berasa bimbang sepanjang anak-anak melakukan aktiviti di sini sepanjang cuti sekolah ini. , “kata Andes S.H Wong, Pengurus Pemasaran Kanan, SuperPark Malaysia.
Ekstra info SuperDayCamp!
Kanak-kanak boleh menghadiri sama ada kem sehari atau kem tiga hari sepanjang hari Isnin – Rabu dari 25 November 2019 hingga 18 Disember 2019. Program SuperDayCamp ini akan bermula dari 9:00 pagi hingga 3:30 petang dan untuk maklumat lanjut mengenai SuperDark Malaysia SuperDayCamp ini, klik SINI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
13 September 2019 menjadi detik paling bermakna buat Rizman Nordin menamatkan zaman bujang. Dengan sekali lafaz, pereka fesyen terkenal ini sah menjadi suami kepada Nurida Suraya.
Rizman Nordin dan Nurida Suraya sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 6 Jun lalu selepas setahun mengenali hati budi masing-masing.
Majlis akad nikah ini turut dihadiri beberapa rakan artis dan pereka fesyen yang lain termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fazura, Fattah Amin, Alving Chong dan ramai lagi.
Dato Seri Siti Nurhaliza turut berkongsi momen sahabatnya itu yang kini sudah selamat bergelar suami.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas...