Kesihatan

Petai Memang Sedap Dimakan Dalam Masa Sama Boleh Rencatkan Pertumbuhan Bakteria Macam Antibiotik

Share

Petai memang sedap dimakan dan boleh dipelbagaikan menu masakannya. Hanya pencinta petai sahaja yang tahu betapa nikmatnya dapat makan petai.

Mungkin ada yang tidak suka dengan petai kerana baunya yang sedikit ‘tajam’ namun petai punya khasiat yang tersendiri untuk kesihatan. Melalui perkongsian Dr Suri Roowi saintis ini berkongsi fakta tentang khasiat petai.

PETAI; SUMBER ‘MAKANAN ANTIBIOTIK’ SEMULA JADI 

Petai biasa digunakan oleh masyarakat Orang Asli di Malaysia untuk ‘merawat’ masalah jangkitan kuman pada saluran kencing

Kajian juga menunjukkan petai boleh rencatkan pertumbuhan bakteria berbahaya setara dengan antibiotik.

BAHAN ANTIBAKTERIA DALAM PETAI DIKENALI SEBAGAI POLISULFIDA 

Walau bagaimanapun, kandungan potasium dalam petai agak tinggi, justeru pesakit buah pinggang perlu hadkan penggambilannya

Terdapat kajian menunjukkan petai boleh bertindak sebagai antidiabetis, antikanser, antiradang dan boleh bantu turunkan kolesterol (disebabkan kehadiran bahan faitosterol)

Bahan berkhasiat faitosterol ini banyak dalam kulit petai, justeru, petai seeloknya dimakan bersama kulitnya.

Polisulfida (bahan sulfur) juga merupakan bahan berbau dalam petai. Untuk kurangkan air kencing berbau, minumlah susu segar selepas makan petai.

Petai juga elok direbus dahulu sebelum dimakan untuk kurangkan baunya.

Memakan petai pada kuantiti yang banyak sebaliknya boleh menyebabkan kembung perut.

Ia juga boleh menyebabkan panas badan disebabkan oleh kandungan sulfur yang tinggi.

Oleh itu jika makan petai, makanlah berpada-pada. Usah berlebih-lebihan kerana dalam apa jua perkara jika keterlaluan, pasti akan memudharatkan.

Sumber kredit: Dr Suri Roowi Sumber gambar: Dr Suri Roowi dan Muhamad Muktamin Abdul Karim