Buat penggemar petai, tentunya bila terlihat adanya ‘butiran hijau’ dicampurkan di dalam masakan sambal mahu pun gulai pasti selera makan terus terbuka!

Ditambah pula apabila melihat saiz petai yang besar dan nampak segar, terasa ingin segera dicapai untuk disuakan ke mulut untuk dinikmati.

Petai Bersaiz S Boleh Jadi XL Kalau Ikut Petua Ni

Apa yang pasti, kerangupan mengunyah petai dapat dirasakan begitu lazat dan menyelerakan. Hanya penggemarnya sahaja yang memahami akan nikmat itu. Hinggakan jika dimakan begitu sahaja bukanlah menjadi sesuatu yang janggal.

Ads

Bagi mereka semakin besar isi petai semakin sedap rasanya. Namun kalau kecil isi petai tersebut maka kurang umph dirasakan.

Tapi tahukah anda sebenarnya saiz isi petai boleh digandakan jika melakukan [su_highlight background=”#f6e67c” color=”#04030f”]kaedah merendam![/su_highlight] Cara ini telah dikongsikan bersama oleh Aiza Muzz via MAHN.

Ads

“saya nak bagi petua sikit ni. Kalau kawan-kawan beli petai muda, kecik je isinya jangan la buang tau, Nanti rugi. Buat cara saya ok…kopek semua petai. Selepas itu, rendam dalam air. Makin lama rendam, makin besar la petai tersebut”

Ads
Petai Bersaiz S Boleh Jadi XL Kalau Ikut Petua Ni
Petai direndam.
Petai Bersaiz S Boleh Jadi XL Kalau Ikut Petua Ni
Ini hasilnya.

 

Buat anda yang sudah terasa teringin nak makan petai, jom tonton video step by step resipi Sambal Ikan Bilis Petai ini untuk dicuba. Selamat menjamu selera!

https://www.facebook.com/kakishare.my/videos/2043232562578524/

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI