Pesanan Penuh Emosi Seorang Ayah Di Hari Pernikahan Anaknya. Buat Semua Mengalirkan Air Mata!

Share

Amanat seorang ayah di majlis akad nikah anak perempuannya ini cukup terkesan bukan sahaja buat kedua mempelai malah seluruh tetamu yang hadir. Setiap baris ucapan yang dilontarkan, nyata terkandung begitu banyak pesanan.

Apa yang pasti, ianya boleh dijadikan panduan dalam memikul tanggungjawab dalam perkahwinan agar apabila semua tanggungjawab dilaksanakan akan berbahagialah hidup suami isteri.

 


“Saya mengharapkan perkahwinan kamu berdua dalam barakah Allah, Saya telah menjaga Afaf selama 26 tahun, daripada kecilnya sampai dewasa. Maka pada malam ini dengan izin Allah, saya serahkan Afaf isteri kepada awak Shahaid bin Mansor dengan harapan dan doa mudah-mudahan perkahwinan kamu berdua dalam barakah daripada Allah. Perkahwinan amanah daripada Allah. Satu amanah yang besar yang dipikul kamu berdua.

Afaf, sebagai seorang anak kepada Baba, malam ni Baba sempurnakan, sebagai ayah sebagai Baba, dan baba serahkan Afaf kepada Shahaid sebagai suami sah kepada Afaf. dengan harapan kamu berdua, jagalah hidup kamu berdua dengan penuh keimanan, penuh dengan ilmu, rumah tangga bukan kecil maknanya kepada kamu berdua. Ayahanda mengharapkan anakanda berdua dalam redo Allah.

Bukan sahaja saya Ustaz Roslan Muhamed sebagai ayah kepada Afaf tapi juga En Mansor ayah kepada Shahaid mengharapkan kamu berdua berada di dalam rahmat Allah. Jaga kehidupan, tambahkan iman, jaga solat, jaga sembahyang,  cari rezeki halal dalam hidup, banyakkan berdoa, berdoa untuk ibu ayah selama-lamanya, hormatkan orang tua jangan pinggirkan mereka kerana pintu keberkatan ada di tangan mereka.

Ingat ini pesanan untuk semua termasuklah pasangan yang dinikahkan malam ini dengan doa harapan mudah-mudahan kau berdua Shahaid dan Afaf berada rahmat Allah berpanjangan. Ingat ia amanah daripada Allah. Ingat kalau kita kenal Allah, Allah kenal kita.

Baba mengharapkan sebagai seorang ayah, moga Allah rahmati kamu berdua dan Baba dangan Mama telah berkahwin  30 tahun dan kami telah sambut ulang tahun pada Selasa yang lepas, alhamdulillah dan Encik Mansor pun saya ingat dah puluhan tahun berkahwin. jadi mudah-mudahan Allah rahmati kesemuanya termasuklah kita-kita yang hadir malam ini.

Dan khas pada Shahaid maka dengan rasminya Baba serahkan Afaf sebagai isteri kepada kamu dan amanah daripada Allah dan inilah amanah yang paling besar yang telah Baba lakukan pada malam ini kerana Allah, kerana Allah dan bukan kerana yang lain….”

 

 

sumber : Ammar Roslan