Tidak dinafikan bukan sahaja golongan anak muda, dewasa atau orang tua, ramai antara kita telah menjadikan media sosial sebagai ‘diari moden’ untuk berkongsi segala emosi sama ada kecewa, sedih, gembira, bahagia dan sebagainya di Facebook, Instagram, Twitter mahupun Tiktok.
Bahkan luahan rasa bukan hanya dengan kata-kata malah termasuklah juga berkongsi gambar dan video. Tujuan berbuat demikian hanya diri mereka sahaja yang mengetahuinya.
Pun begitu sebagai warganet, jangan sekali-kali iri hati melihat kebahagiaan orang lain hingga boleh merosakkan hubungan kita suami isteri.
Ini sebagaimana pesanan yang diberikan oleh Ustazah Dr Oki Setiana Dewi menerusi video yang dimuat naik di akaun Tiktoknya. Perkongsian ini berjaya mencuri tumpuan wargamaya hingga mendapat 6.6 juta tontonan.
“Jangan Membandingkan Kehidupanmu Dengan Orang Lain “
“Jangan membanding-bandingkan rumah tangga kita dengan foto-foto instagram orang lain. Kadang kita lihat enak ya suaminya foto Instagram nih, enak ya suaminya. Suaminya baik kehidupannya harmonis, rumah tangganya luar biasa.
“Suami saya begini, kita meratapi nasib kita.
“Tidak ada rumah tangga yang tidak ada masalah dan semua orang memilih foto yang paling indah untuk ditaruh di sosial medianya masing-masing,” ujarnya di awal bicara.
Ads
Fokus Pada Diri
“Jadi jangan iri dengki dengan rumah tangga orang lain, jangan membanding bandingkan suami saya kok begitu, sama dia kok begitu.
“Berhenti dengan itu, fokus pada diri kita untuk sunguh-sungguh menjalankan kewajiban kita sebagai seorang isteri. Dan kalaupun ada hal hal yang kita nggak senang, suami kita bukan orang sempurna, diri kita pun juga bukan orang sempurna. Suami kita ada salah, pun kita juga ada salah.
Jangan Terus Mengungkit
“Boleh nggak kita fokus kepada hal-hal lain sehingga jangan sampai kita seperti yang dikatakan Rasulullah, banyak perempuan perempuan masuk neraka. Sebab apa?
“Kebaikan suaminya banyak, suaminya hanya salah satu. Kemudian dia ungkit ungkit terus dia salahkan suaminya seakan-akan semua kebaikannya hilang.
Ads
“Semua kebaikan suaminya hilang ertinya mungkin suami ada salah kita juga pernah berbuat salah, dan kita minta sama Allah semoga Allah kuatkan, Allah jaga dan Allah terus membuatkan kita bersama apapun yang terjadi dalam suka duka sampai ke syurga Allah swt,” terang Ustazah Dr Oki Setianadewi di dalam video tersebut.
Meninjau di ruangan komen rata-rata warganet berterima kasih dengan teguran yang diberikan oleh ustazah. Malah ramai mendoakan agar kita semua menjadi isteri yang diredai dan diberikan kebahagiaan hingga syurga.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dekorasi rumah bukan sahaja kita mementingkan di bahagian dalaman sahaja, bahkan di luar rumah juga ingin terlihat kemas dan cantik. Ruangan laman umpamanya, selain untuk memberikan ruang untuk anak-anak dapat bermain, jika dihias cantik dapat juga menjadi terapi mata buat kita seisi keluarga.
Jadi buat anda yang ingin menghias ruang laman dengan menggunakan susunan deck kayu seperti yang dihasilkan oleh saudara Syukri Shahabuddin ini menarik juga. Kosnya juga tidaklah mahal berbanding jika diupas pada yang pakar.
“Haritu saya ada tanya pasal deck tiles. Terima kasih yang memberi panduan.
Walaupun hasil tak sempurna, tapi memadai lah untuk saya yang langsung tak ada pengalaman.
“Mungkin kalau ambil pro jadi lagi baik tapi sekadar nak rasa kepuasan buat sendiri. Kalau tahan lama alhamdulillah,” tuliskan dikepsyen salah satu group dekor di facebook.
Bahan-bahan yang diperlukan
Floor Decking (BELI di sini)
Pasir
Batu
Plastik weedmat (BELI di sini)
Langkah 1 : Bersihkan kawasan yang ingin dipasang deck. Jika ada rumput atau lalang sebaiknya dicabut terlebih dahulu.
Langkah 2 : Ambil pasir kampit. Ini saya beli di hardware 4.90/20kg. Taburkan di atas kawasan tersebut dan ratakan.
Langkah 3 : Setelah itu, bentang weedmat di atas permukaan pasir tadi. Ini penting untuk bertujuan menghalang rumput tumbuh dan weedmat ini bersifar kalis air. Jika ruang sedia ada adalah simen, ini lagi memudahkan untuk pemasangan deck. Tidak perlu pasir dan plastic weedmat.
Langkah 4 : Selepas itu barulah proses pemasangan deck tile boleh dilakukan. Pasangkan seperti memuat puzzle.
Langkah 5 : Bila siap susun, jika ada ruang kosong di sekeliling deck letakkan batu agar nampak lebih sempurna dan kemas.
Langkah 6 : Lapkan debu-debu putih dan kemudian bolehlah diserikan dengan perletakkan pasu bunga mengikuti kesesuaian ruang.
Ekstra info : Untuk memastikan lebih ketahanan pada deck tile tersebut bolehlah sapukan dengan minyak kayu untuk lebih tahan lama. Kos untuk projek ini adalah RM 650.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Perjalanan seorang isteri dalam mencari syurga perlu baginya memperjuangkan ketika hari pertama dirinya berkahwin. Hakikatnya syurga itu menjadi dambaan setiap antara kita dan jalan menuju ke syurga bukan mudah. Ada ujiannya dan perlulah bersabar dan harus diperjuangkan hingga hujung nyawa agar penghujungnya syurga buat yang berusaha.
Itulah juga yang disarankan oleh peguan syarie Roslina Sabiyah, melalui tulisan penuh bermotivasi untuk mengajak wanita terus bangkit dalam memperjuangkan untuk memiliki syurga idaman.
Ini pekongsiannya.
Wanita.. Perjuangkan Syurgamu..
Syurgamu.. pada setianya kau melayan suami yang bertanggungjawab dan memberikan perlindungan padamu.
Syurgamu.. pada lelahnya kau melahirkan dan membesarkan anak-anakmu, mendidik penuh kasih dan memimpinnya menjadi manusia berguna untuk ummah.
Syurgamu.. pada tegasnya kau berkhidmat mencurah bakti di segenap penjuru bidang yang memerlukan sumbangan buah fikiran dan tenagamu.
Syurgamu.. pada taatnya kau melaksanakan semua yang diperintahkan Allah dan Rasul dan meninggalkan segala yang dilarang oleh-Nya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang wanita (isteri) itu melakukan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga harga dirinya, dan mentaati perintah suaminya, maka di akhirat kelak, dia dipanggil untuk masuk ke syurga daripada mana-mana pintu yang dia sukai (sesuai dengan pilihannya)”.
(Hadis Riwayat Ahmad)
Biarpun dalam perjuangan itu kadangkala kita tewas..
Pada tipisnya kesabaran seorang isteri..
Pada letihnya tugas seorang ibu..
Pada peritnya mujahadah melawan hawa nafsu semata untuk menjadi hamba-Nya yang taat..
Pada lemahnya kudrat seorang wanita..Yang kadang-kadang diperlakukan sewenangnya..
Dipukul, dirogol, disakiti, dizalimi hatta dibunuh di tangan suami sendiri yang dirasuk amarah..
Ketahuilah wahai wanita.. perjuangan kita menggapai syurga tidak pernah terhenti di situ..
Walau kudrat lemah, walau jiwa pasrah, walau jasad sudah dikandung tanah..
Ada sedekah jariah yang menjadi penyelamat kita..
Ada ilmu bermanfaat yang terus mengalirkan pahala..
Ada anak-anak dan generasi yang kita tinggalkan yang doa-doa mereka diharap mampu membantu menghantar kita ke syurga..
Setiap amal yang baik, walau hanya sebesar zarah akan kekal bercambah subur..
Setiap air mata, peluh dan darah akan Allah ganjarkan kebaikan..
Maka jangan pernah kecewa dan putus asa..
Teruslah berbuat baik, bersangka baik dan menyebarkan kebaikan.
Maka dengan seluruh kudrat, tekad dan semangat, mari kita terus perjuangkan syurga kita selagi nyawa di kandung badan. Moga Allah redha dan memimpin kita dengan rahmat-Nya dalam setiap tindakan yang kita lakukan.
Sejak awal lagi, hubungan Nora Danish bersama keluarga bekas suaminya mendapat pujian ramai kerana hubungan mereka dilihat sangat akrab walaupun kini Nora sudahpun berkahwin dengan Nedim Nazri dan sudahpun mempunyai anak iaitu Mohamed Neqayl yang kini berusia lima tahun.
Baru-baru ini, Nora Danish telah menyambut ulang tahun anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang ke 14 tahun. Turut kelihatan dalam majlis tersebut adalah bekas suaminya, Jejai.
“Sambutan awal hari lahir untuk anak kami yang berumur 14 tahun sebelum menghantarnya ke sekolah.”
Difahamkan sambutan itu diadakan awal 3 hari kerana Rayqal akan pulang ke asrama bagi sesi persekolahan yang baru dibuka.
“Sempat makan tengah hari bersama keluarga. Masih tidak percaya bahawa Rayqal sudah mencecah umur 14 tahun dalam masa tiga hari,” kata Nora.
Melihat ruangan komen yang ditinggalkan oleh para netizen, rata-rata suka dengan vibe yang diberikan oleh Nora Danish dan bekas suaminya ini.
Walaupun sudah berpisah, hubungan mereka masih akrab dan ini merupakan contoh yang baik untuk anaknya dan juga masyarakat.
Bagi pasangan yang sudah berpisah, persengketaan bukanlah jalan terbaik sebaliknya untuk mewujudkan kehormonian semula lebih-lebih lagi yang sudah mempunyai anak, anda haruslah bersikap tolak ansur dan lebih matang dalam menghadapi sesuatu situasi.
Tentu ramai yang gemar makan buah naga merah atau putih. Namu tahukah anda bahawa ini sebenarnya ada perbezaanya khasiat.Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian...