Pesanan Aidid Marcelo Untuk Anak Sulungnya Ketika Khatam Al-Quran Buat Netizen Tersentuh Hati.

Share

ibu bapa mana yang tak bangga kan bila melihat pencapaian anak-anak. Rasa berbaloi penat lelah dan pengorbanan membesarkan mereka selama ini.

Sementelah bukan mudah mendidik anak-anak pada zaman sekarang yang serba mencabar ini. Tidak hanya hal pendidikan duniawi, hal-hal keagamaan dan akhirat juga patut dititikberatkan.

Demikian yang dilakukan oleh pengacara terkenal aididmarcello yang mungkin pada pandangan sesetengah masyarakat nampak moden. Namun sangat prihatin dan mementingkan hal-hal pendidikan terutama ilmu agama kepada anak-anaknya.

Baru-baru ini, dia bersama isteri Norzie Pak Wan Chik telah mengadakan majlis khatam al-Quran untuk anak sulungnya, Iman.


Hari ni daddy sedih + gembira dengan anak boy daddy @imanmarcello sebab pejam celik iman dah besar. Alhamdulillah lega mummy & daddy selepas iman dah selesai khatam Quran hari ni. Lega rasanya sebab salah satu tanggungjawab berat daddy & mummy utk besarkan iman dengan kehidupan berlandaskan Islam.

Dalam pada itu, Aidid dalam postinya turut mengakui sentiasa mendoakan kejayaan anak-anaknya selain mengharapkan semoga hati anaknya akan sentiasa terang untuk terus membaca Al-Quran sampai bila-bila.

Seperti yg kita tahu, teman pengakhir kita, x kiralah dengan siapa sekalipun kita kawan, cable besar macamana sekali pun, pangkat apa sekalipun, akhir sekali, semua kawan2 dan pangkat kita, hanya tinggal didunia, manakala Al-Quran lah yg bakal menjadi kawan baik kita untuk membantu serta mempermudahkan segala perjalanan kita di alam kubur ?.

Nasihat untuk saya sendiri juga, samalah2 lah kita doa supaya kita diwujudkan rasa cinta dan kasih dengan Al-Quran. Sepertimana kita resah x check IG & FB, macamtu jugaklah kita kena rasa resah kalau x membaca Al-Quran (susahkan nak buat?). Doakan juga utk keluarga saya semoga perjalanan keluarga kami sentiasa dibawah petunjuk yg benar, amin!! Salam utk semua

Sumber: IG aididmarcello