Tidak dapat dinafikan kehidupan masa kini dilihat begitu kompleks dan turut terkesan pada diri kita sebagai seorang ayah dan ibu. Kita punya tanggungjawab yang cukup besar dalam memastikan anak-anak menjadi insan yang sempurna akhlak dan agamanya.
Pun begitu, kita sebagai manusia biasa juga sedar banyak kelemahan diri dan semua ini boleh menyebabkan kita sendiri sering berasa tidak tenang, cemas, stress malah lebih membimbangkan ada yang rasa tidak bahagia.
Hal ini menyebabkan sesiapa pun akan berasa tidak selesa dan dengan sendirinya akan mencari dan cuba untuk ‘keluar’ daripada zon tersebut. Dan salah satu cara terapi harian yang terbaik adalah dengan mengikuti saranan yang pernah diberikan oleh Ustazah Norhafizah Musa melalui sebuah program di Tv. Apakah itu, jom teliti satu persatu.
1. Ayat-ayat Quran.
Setiap hari baca Quran. Baca walau satu ayat dan tadabbur bagaimana ia mempengaruhi aqidah kita, ibadah kita dan akhlak kita.
2. Ingat kebesaran
Pandang apa-apa disekeliling kita dan ingat akan kebesaran ALLAH. Semua tu Allah yang ciptakan!
3. Syukur
Fokus pada kesyukuran. Celik mata kena syukur belum berada dalam kubur. Syukur hari ni masih lagi hidup, masih lagi boleh bertaubat, masih diberikan peluang tambah amal, masih boleh lihat orang-orang tersayang, masih lagi ada keluarga. Ukur kesyukuran kita.
4. Ingat dosa
Renungi kesalahan dosa-dosa kita. Ya ALLAH aku ni emosional sangat la. Ya ALLAH aku ni suka mengumpat. Aku ni suka ujub, aku ni suka check in check out, aku ni suka feeling bless feeling ohsem asyik upload FB. Nak puasa pun ambik gambar syukur rezeki sahur hari ni. Nak buka puasa upload gambar syukur ni menu buka puasa aku hari ni. Dah riak takabbur tunjuk amalan kat orang. Tengok balik kita punya posting, kita punya percakapan di FB, IG, Whatsapp ada tak kita ujub, riak, takabbur atau bajet bagus.
5. Ingat tanggungjawab
Renung tanggungjawab kita. Aku ni buat ke tak tanggungjawab aku sebagai seorang anak, sebagai isteri, sebagai suami, sebagai ibubapa, sebagai menantu, sebagai mertua, sebagai majikan, sebagai pekerja.
Pesan Ustazah Norhafizah Lagi…
EKSTRA TIPS
[su_highlight background=”#fdfcf4″ color=”#8d0e12″]10 Surah Yang Baik Di Amalkan Setiap Hari[/su_highlight]
1. Surah Al Fatihah – Baca ketika hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh dari gangguan syaitan.
2. Surah Yassin – Pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Quran seluruhnya.
3. Surah At Dhuhan –Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita selamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. Surah Al-Waqi’ah –Baca setiap malam, insyaallah tidak akan miskin.
5. Surah Al Khausar –Allah SWT akan mengabulkan hajatnya termasuk rezeki.
6. Surah Al-Khafirun -Perumpamaannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan.
7. Surah Al-Mulk – Lepas dari siksa kubur.
8. Surah Al Ikhlas –Terlepas kesusahan duniawi, dimudahkan gelombang sakratulmaut dan dihindarkan dari kegelapan kubur.
9. Surah Al Falaq –Terlindung dari godaan syaitan dan kejahatan manusia.
10. Surah An Nas – Buat hati lebih terang dan dilindungi daripada syaitan dan jin.