Jika nak rezeki melimpah, salah satu caranya kenalah berikan kasih sayang kepada isteri dan anak-anak serta keluarga. Kadang kala, apabila kita berbuat baik kepada orang yang kita sayang ini sepenuh hati, tanpa kita duga rezeki datang bertandang.
Memang tidak dinafikan apabila suami sakitkan hati isteri, buat hatinya kecewa, rezeki akan berkurang. Malah tanggungjawab kepada anak dan ibu bapa serta mertua juga jangan diabaik.Mereka juga punca rezeki kita. Bukan kisah rekaan, tetapi kisah benar. Inilah yang dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew yang menasihati bahawa setiap rezeki yang Allah beri dengan melakukan kebaikkan kepada keluarga tersayang. Moga perkongsian ini inspirasi buat suami-suami.
________________________________________________________________________
Malam tadi jumpa dengan kontraktor yang jujur dan rajin. Terkesan dan kagum bila jumpa dalam masa 3 tahun ni. Rezekinya melimpah ruah berkat kerja keras dan kejujuran. Jujur dalam kerja dan jujur dalam keluarga..Jaga isteri, ibubapa dan jujur…itulah kuncinya dalam pekerjaan.
Ya Allah….kaulah segalanya..
Subhanallah, lawa rumah. Cantiknya..yerlah kontraktor..buat sendiri jer..
Dia ucap terima kaseh pada saya. Kerana baru dia siapkan 3 projek besar. Berjuta nilainya..
Dia ucap terima kasih pada saya kerana ramai kawan-kawan fb ustaz beri projek padanya.
Jawab saya, itu semua dari Allah selagi kita jujur dan beri yang terbaik kerana Allah. Semuanya cuma bermakna bila kita buat kerana Allah.. saya takkan cerita pada orang jika kerjanya teruk, tak jujur dan berkualiti. Yang gerakkan hati untuk menulis pun Allah.
Bila berbual dia tak lekang menyebut isterinya. Katanya sehingga hari ini dia lepas solat tak pernah tinggal doakan ibubapa, ibubapa mertua dan isteri.