
Lumrahlah bila tak masuk dapur, memang kadang boleh keliru dengan peralatan dapur. Yang mana kuali, yang mana periuknya, yang mana sudip, eh macam-macam lah boleh terbalik! Lebih-lebih lagi untuk orang lelaki yang jarang ke dapur, memang susah lah nak bezakan namanya.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna tiktok ini @kiki_wooo apabila terjadi satu moment lucu ketika disuruh oleh kakaknya menyuruh dia membeli kuali.
Dia sempat mengambil sebuah periuk yang disangka merupakan kuali sebelum berangkat pulang ke rumah. Tidak lama kemudian, lelaki itu mula menyedari kesalahan berkenaan dan kelihatan risau akan hukuman yang bakal dihadapinya.
Seketika pulang ke rumah, dia seakan-akan sudah pasrah dan bersedia untuk dimarahi. Namun siapa sangka. kakaknya juga dilihat turut keliru dengan barang yang perlu dibeli sehingga secara tiba-tiba agar mendapatkan cerek air.
Bagaimanapun, wanita itu terpaksa pasrah selepas berseloroh melihat kesilapan adiknya membeli bukan seperti yang disuruh.
Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut ikut terhibur dengan gelagat dua beradik tersebut. Malah, mereka juga sempat keliru melihatvideo berkenaan selain tidak menyangka akan plot twist berkenaan boleh berlaku.
Sumber : @kiki_wooo
Lelaki Ini Kongsi 4 Langkah Mudah DIY Sticker Nama Buku Anak Dengan Modal RM2.16 Sahaja. Wow Superb!

Tak sampai dua minggu lagi anak-anak akan memulakan persekolahan. Agaknya keperluan semua dah hampir siap. Bagi ibu-ibu yang ramai anak, pasti menghadapi masalah untuk menulis nama anak di buku. Lenguh jari kan.
Jom ikut perkongsian dari Mohd Iyyad yang membuat sendiri pelekat. Menariknya, dia hanya bermodalkan RM2.16 sahaja. Wah cukup jimat kan, tenaga pun tak banyak guna ni.
Jom kita tengok caranya
Print sticker buku sekolah anak – Modal RM2.16 shj
Musim persekolahan bakal kembali, so saya nak kongsi cara print sticker utk buku sekolah anak.
Berikut adalah cara yang dilakukan oleh beliau.
Step 1 – Beli Self-Adhesive Labels brand Unicorn (harga di Aeon Jusco RM2.16). Pastikan beli size 19mm x 50mm (kod: 1012). Nak beli size lain boleh tapi kena edit size sendiri.

Step 2 – Download word printing template di https://goo.gl/ChqLVc
Step 3 – Edit nama guna Find and Replace (Tekan Ctrl+H). Jangan tercopy spacing, nanti spacing lari.

Step 4 – Print, siap

*Sblm ni saya guna cop, pun ok juga. Cuma print sticker ni boleh masukkan info lain spt nama kelas, nama subjek etc.
Mudahan bermanfaat.
“Asyik Menangis & Susah Buang Air Besar” Kanak-Kanak 19 Bulan Derita Kanser Ovari!

Seorang kanak-kanak berusia 19 bulan disahkan oleh doktor menghidap kanser ovari tahap tiga pada Rabu lalu.
Kanak-kanak itu, Daneen Auni Riksi kini sedang menjalani rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) dan bakal menjalani rawatan kimoterapi dalam masa terdekat.
Menurut ibunya, Fallarystia Sintom, 25, semuanya bermula selepas tangisan berpanjangan Daneen selain sukar membuang air besar yang dialaminya.
Ujarnya lagi, dia mengakui agak terkejut dan sedih dengan ujian yang dihadapi sebaik mengetahui anak bongsunya itu yang belum pun berusia dua tahun disahkan menghidap kanser tersebut.
“Saya sangat tidak sangka sebab kanser ovari jarang kita dengar dihidap pada usia begini, biasanya kena pada usia 40 tahun ke atas atau sudah datang haid.
“Doktor ketika ini sedang meneliti kes anak saya sebab jarang ditemui. Sebaik saja dimaklumkan, saya sedih sebab anak saya masih kecil lagi sudah dibuang ovari sebelah kanan,” katanya berkongsi.
Kembung perut dan sembelit sejak Ogos lalu
Ditanya lanjut bagaimana mula dikesan mengenai kanser tersebut, Fallarystia mengatakan anaknya mengalami kembung perut dan sembelit sejak Ogos lalu.
“Anak saya tidak selesa dan memandangkan dia belum pandai bercakap, dia hanya menangis apabila mengalami sakit bahagian perut. Selain itu, perutnya juga kembung dan agak sukar untuk membuang air besar.
“Malah dia juga sudah tidak aktif seperti sebelum ini dan tidak mahu berjalan sebaliknya hanya mahu didukung. Kami mula membuat pemeriksaan di Hospital Kota Marudu namun belum dapat dikesan mengenai sakitnya.
“Kemudian, satu hari bacaan darah anak saya jatuh mendadak dan menyebabkan dia terus dirujuk ke HWKKS pada 28 September lalu dan disitu barulah dapat dikesan ada ketumbuhan serta mengalami pendarahan.
“Bagi mengeluarkan ketumbuhan sebesar 13.50 sentimeter tersebut, anak saya perlu dibedah segera. Pada Rabu lalu, selepas pembedahan dilakukan barulah doktor mengesahkan anak saya menghidap kanser ovari,” katanya sebak.
Dia dan suaminya yang bekerja di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat bergantung harap kepada Allah dan juga usaha daripada pihak hospital.
“Buat masa ini, anak saya dalam tempoh penyembuhan selepas dibedah untuk membuang ketumbuhan tersebut. Jadi selepas itu barulah dia boleh memulakan rawatan kimoterapi.
“Doktor berpesan bahawa sakit anak saya ini ada ubat, maksudnya kimoterapi. Selagi ada ubat maksudnya ada harapan dan dalam masa sama saya juga berdoa supaya diberikan kesembuhan kepada anak saya,” katanya.
Sehubungan itu, Riksi berkata, untuk menampung kos perbelanjaan dan rawatan beliau memohon sumbangan ikhlas daripada orang ramai bagi meringankan beban keluarganya itu.
Menarik: MK K Clique Kongsi Nama Puteri Sulung, Makna Pun Elok!
Murahnya Hati MUA Bellaz Belanja 500 Rider Petrol Percuma!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Adam Dan Noah Bakal Kuasai 5 Bahasa Bila Dewasa. Cara Dr Sheikh Muszaphar Jadi Inspirasi!

Setiap ibu bapa ingin memberikan yang terbaik buat anak-anaknya agar membesar menjadi anak harapan keluarga dan negara.
Sehubungan itu, ramai ibu bapa menyediakan persekitaran kondusif untuk anak-anak berjaya dalam akademik sejak kecil lagi.
Begitu yang dilakukan oleh Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar berkongsi gambar kembarnya sedang mengikuti pembelajaran pra sekolah Chinese yang mengunakan asas pembelajaran Mandarin.
Kisah keluarga ini yang sering menjadi perhatian warganet, memdedahkan kepada ibu bapa bahawa pendedahan kepada pelbagai bahasa sejak kecil adalah suatu keperluan buat anak-anak selain cemerlang dalam pembelajaran.
Dr. Sheikh Muszaphar memberitahu anak kembarnya yang baru berusia empat tahun teruja untuk ke pra sekolah sehingga bangun seawal enam pagi. Malah katanya di pra sekolah berkenanan anaknya turut diajar latihan ke tandas dan diberi ruang untuk tidur sekejap ‘short naps’. Malah makanan halal turut disediakan.
BAKAL KUASAI LIMA BAHASA
Menerusi perkongsiannya, rata-rata warganet melahirkan rasa inspirasi melihat cara Dr. Sheikh Muszaphar mendidik anak-anaknya terutama aspek pendidikan.
Malah hala tuju anaknya telah disasarkan untuk menguasai tiga bahasa sehingga usia 12 tahun dan dua bahasa apabila dewasa.
tertibpress: All the best Adam & Noah! Dr., how many languages that you want Adam & Noah to learn and master as they grow up?
Pic – School begins for Adam & Noah
Adam & Noah were so excited to go to School today that they woke up at 6 am .
We decided to send the twin Boys to a Chinese Pre School to start their basics on Mandarin .
They will learn other subjects too like BM , Agama , Science , Maths , Music and Arts from 8 am – 4 pm daily .
What’s important is to find a PlaySchool which have lots of play and enrichment learning for the toddlers .
The food is Halal , they will be toilet trained and even take short naps in between .
Siap bawak bantal sekali as ordered by the School . Haha
All is good . The Boys didn’t even look back to say goodbye to me this morning .
That’s a good sign . 😀
Bagi ibu bapa yang mencari-cari teknik parenting, mungkin cara Dr Sheikh Muszaphar mendidik anak-anaknya ini boleh dijadikan panduan dalam kehidupan untuk mendidik anak-anak bermula dari bayi.
Sekadar info, Mus dan isterinya, Datin Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha (Kembar perempuan), Sheikh Adam, Sheikh Noah (Kembar lelaki), Sheikh Eusoff dan Sophe Emelia (Kembar sepasang).
Sumber: drsheikhmuszaphar