Pesan Adik Beradik, Cari Harta Sendiri, Jangan Berebut Tanah Sekangkang Kera, Nak Hubungan Kekal Bahagia.

Share

Air yang dicincang tak akan putus, begitulah perumpamaan hubungan adik beradik. Tak kiralah berlaku salah faham dan pergaduhan dalam adik beradik, hubungan kekal ada dalam sebuah keluarga.

Begitu juga ada adik beradik bermasam kerana berebutkan harta pusaka. Sebagaimana perkongsian ini memberi peringatan bahawa adik beradik sentiasa menjaga hubungan adik beradik.

Pesan kat adik-beradik kita. Bila dah besar, dah ada kerja, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta sendiri..beli rumah, beli tanah, beli aset.

Bagi ada harta dgn nama sendiri..
Jgn direbutnya tanah sekangkang kera dikampung tu nnti.. jgn disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka.. bertelagah..


Tak guna…
Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nanti bahagian kita lebih dari adik beradik yg lain ke, jgn fikir, jgn berharap.. jgn letak target yg kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak harta..


Jangan..
Sebab nanti bila tak dpt, kita mula la nk marah, nk bergaduh dan nak menuntut.. walhal ketika “harta” tu ada, bukan kita yg jaga, bukan kita yg usahakan, bukan kita yg berbakti…tup² bila harta tu dh tiada pemiliknya, kita nak sgt² “hak” kita…
Hak apa yg kita nak?
Hak apa yg kita tuntut?
Kita berhak ke?

USAHA SENDIRI KUMPUL HARTA

Usaha sendiri utk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita² kita…yg lebih utama ialah menjaga ibubapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa² dari mereka..


Ini tak, kita buat mereka seperti bola..sekejap pass sana, sekejap pass sini..
Kita sebagai anak yg perlu bagi “sesuatu” kpd org tua kita dan bukannya menunggu dan berebut “sesuatu” hasil penat lelah mereka..


Kalaulah kita berebut menjaga org tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung org tua kita kan.. tapi byk yg jadi bodoh dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yg bernama “harta pusaka”..
Time sakit taknak jaga, time dah tiada datang menuntut pula.

Sumber: Shahros