Pesakit Diabetes Take Note Bila Tapak Kaki Merekah, Dr Ini Jelaskan Punca Dan Cara Pencegahan.

Share

Biasanya masalah tapak kaki merekah ini kita akan anggap ia perkara biasa. Maklumlah bahagian bawah anggota badan.

Namun siapa sangka, masalah ini boleh mengundang masalah kesihatan serius jika dibiarkan berlarutan tanpa rawatan terutama bagi yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis.

Ingin tahu sejauhmanakah masalah tumit ini terjadi, ikuti perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenainya.

Masalah tapak kaki merekah

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahamd, masalah kulit di tapak kaki terutama di tumit bukan hanya wanita sahaja yang mengalaminya tetapi turut dialami oleh lelaki tanpa mengira usia.

Katanya, mereka yang tidak mempunyai penyakit kronik seperti diabetes atau ekzema, punca utama berlaku tumit merekah disebabkan kekurangan air dalam badan.

Antara fungsi air dalam badan manusia adalah untuk melembapkan permukaan kulit. Kulit kaki yang kering memudahkan terjadinya rekahan di tapak kaki terutama tumit.

1.Lantai bukan punca 

Lantai bukan punca utama terjadinya masalah tumit merekah namun bekerja terlalu lama di permukaan lantai yang panas tanpa sebarang alas kaki, stoking atau kasut boleh mendorong berlaku rekahan pada tumit.

Ini kerana permukaan lantai yang panas boleh menyebabkan kulit kaki menjadi kering dan mudah merekah. Rekahan pada tapak kaki bukanlah petanda atau ciri khas kepada mana-mana penyakit kronik. Cuma bagi mereka yang menghidap penyakit diabetes masalah rekahan ini boleh menjadi lebih serius.

2.Bahaya bagi pesakit diabetes

Rekahan tapak kaki termasuk tumit pada pesakit diabetes harus dirawat dengan serius kerana boleh menyebabkan komplikasi atau tanda awal kepada ulser kaki.

Walaupun masalah ini secara dasarnya tidak membahayakan, namun ia harus diberikan perhatian serius khususnya dalam beberapa kes apatah lagi pada pesakit diabetes yang tidak terkawal.

3.Kekurangan air dalam badan

Faktor umur juga menjadi antara sebab mudahnya terjadi masalah tapak kaki merekah. Peningkatan umur menyebabkan kulit kaki kehilangan keupayaan mengekalkan kelembapannya.

Bagaimanapun masalah ini tetap boleh juga terjadi kepada golongan muda jika badan mereka juga mengalami dehidrasi atau kekurangan air. Kulit kaki yang normal mempunyai satu lapisan yang mengawal kelembapan kulit. Lapisan ini penting untuk menjadikan kulit kaki lembut dan cantik.

4.Langkah pencegahan

Sekiranya mengalami masalah tumit merekah, langkah pencegahan yang berkesan adalah memakai atau menyapu losen pelembap pada permukaan kulit yang kering. Mungkin kerana kedudukannya yang selalu terlindung, maka kulit kaki jarang diberi perhatian.

Namun, hakikatnya ia juga perlu sentiasa dijaga kebersihannya dan diberikan rawatan kecantikan dengan menyapukan losen pelembap.

Selain itu, cuba elakkan memakai kasut yang terlalu ketat atau yang tidak selesa. Memakai kasut yang terbuka juga akan mendedahkan kaki kita kepada cuaca yang panas juga menyebabkan kaki mudah kering dan merekah.

Gunakan sabun yang sesuai dan bersifat lembut untuk membersihkan kaki. Menggunakan sabun yang mengeringkan kulit akan menyebabkan masalah ini semakin susah untuk dirawat.

Paling penting adalah memastikan badan kita mendapat air secukupnya supaya ia boleh berfungsi dengan baik sekali gus menjaga kelembapan kulit termasuk di tapak kaki.

5.Sumber makanan elak rekahan tumit kaki

Antara makanan asas untuk amalan diet seharian bagi menambahkan khasiat dan mengurangkan rekahan pada tumit kaki ialah:

Makanan yang kaya dengan vitamin E seperti minyak sayuran, sayuran hijau, bijiran, gandum dan kekacang. Makanan yang kaya dengan mineral termasuk:

1. Kalsium: Susu, keju, yogurt, susu kambing, susu kacang soya, air mineral, ais krim, ikan, jus, bijiran dan brokoli

2. Zat besi: Daging, ayam dan ikan, telur, sayur, kacang legum

3. Zat zink: Tiram, ayam, ketam, kacang merah, yogurt, beras perang, spageti

4. Asid lemak Omega-3: Ikan salmon dan bijirin.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club