
Umum mengetahui oat bagus untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan. Namun, mungkin ada yang tidak tahu bahawa pesakit diabetes perlu elakkan makan oat jenis istant dan quick oat.
Rata-rata daripada kita, hanya membeli sahaja tetapi tidak tahu rupanya oat ini ada pelbagai jenis, dan sebaiknya perlu memilih jenis oat yang betul.

i) Instant oat
Oat yang paling banyak menjalani pemprosesan. Ia dimasak terlebih dahulu, kemudian dikeringkan, digelek, dilenyek dan dipotong kepada kepingan halus bagi tujuan memudahkan untuk dimasak.
Ia direndam bersama air panas dan terus boleh dimakan dan boleh dimakan segera.
ii) Quick oat
Quick oat ini adalah oat yang dipotong kurang halus berbanding instant oat.
Tempoh masaknya juga lebih lama, lebih kurang 2 hingga 3 minit.
iii) Rolled oat
Ia adalah oat yang sudah dilenyek tetapi belum dimasak semasa pemprosesannya.
Ia lebih tebal daripada quick oat.
Ia perlu dimasak lebih lama, lebih kurang 5 hingga 7 minit.
iv) Steel cut oat
Ia adalah oat yang paling kurang diproses kerana dipotong kasar dan tidak dilenyek.
Apabila dikunyah, rasanya kenyal.
Cara masaknya agak lama, sekitar 20 hingga 30 minit sebelum boleh dimakan.
Tampil berkongsi info, Penceramah Kesihatan dan Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad di Facebooknya memaklumkan cara pemprosesan oat hanya melibatkan fizikal sahaja.
“Kandungan karbohidrat (nilai kalori) keempat-empat oat ini hampir sama.
“Namun, yang berbeza adalah nilai indeks glisemik (GI) iaitu kadar penyerapan ke dalam tubuh. Ini kerana semasa diproses kandungan serat akan dibuang,” terangnya.
Penting untuk diketahui, semakin halus oatmeal, semakin tinggi nilai GI dan cepat diserap ke dalam badan lalu ditukar kepada gula.
“Jadi, bagi pesakit kronik terutama diabetes mellitus, elakkan pengambilan instants oat dan quick oats.
“Ini kerana nilai GI bagi instant oat dan quick oats adalah 83 iaitu hampir sama seperti nasi putih,” tambah beliau.
Oleh itu, saran Dr Zubaidi, mereka digalakkan untuk mengambil rolled oat dan steel cut kerana nilai GI adalah sederhana iaitu 58 sama kategori dengan beras perang.
Ambil satu atau dua sudu besar oats untuk setiap hidangan (waktu pagi dan malam) untuk rasa lebih kenyang.
Semoga bermanfaat!
Sumber : Dr Zubaidi Ahmad
ARTIKEL MENARIK : Akui Sibuk Kerja & Kini Ibu Ni Kesal Biarkan Anak Bermain ‘Phone’ Sampai Mata Merah & Sembab!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Resipi Biskut Makmur Simple Tapi Sedap. Hanya Guna Sukatan Cawan & Tak Perlu Oven, Tak Payah Bakar!

Sebut sahaja resipi biskut raya, pasti ibu-ibu akan pilih yang mudah nak buat dengan bahan yang simple. Lagi-lagi bagi anda yang baru belajar nak buat hidangan raya kan.
Kali ini admin sajikan resipi Biskut Makmur yang sememangnya antara biskut hari raya yang menjadi kegemaran orang ramai. Istimewanya resipi yang dikongsikan oleh saudari Rona Eryza ini sangat mudah, simple tapi sedap. Jom cuba!
BISKUT MAKMUR ( TANPA OVEN )
Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula ising
1/2 cawan planta
1/2 minyak sapi ( kalau tak ada , boleh guna majerin )
1 cawan susu tepung ( saya pakai sus Fernleaf )
Cara-cara :
1. Goreng tepung tanpa minyak dengan api yang perlahan . Kacau tepung sehingga kekuningan .
2. Seterusnya , cairkan minyak sapi dengan planta . Bila dah cair , biarkan sejuk .
3. Masukkan gula ising dan campuran planta serta minyak sapi ke dalam tepung .
4. Gaul rata sampai adunan boleh dikepal bulat-bulat .
5. Bila adunan siap dikepal , salut biskut tadi dengan susu tepung hingga rata .
6. Siap sedia untuk dinikmati .
“Kalau Cuba Gentle Birth Di Rumah, Apa Jadi Pada Aku & Baby? Hampir Terpedaya Dengan Doktor Google, Ibu Ini Kongsi Kisah Lahir Kembar Berisiko Tinggi.

Kes Doula yang hangat diperkata sejak akahir-akhir ini turut mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat. Tak kurang yang berkongsi pengalaman sendiri dalam situasi tersebut.
Tidak ketinggalan seorang ibu yang melahirkan bayi kembar yang mencuba untuk menggunakan khidmat Doula. Namun pada akhirnya membatalkan niat tersebut akibat kondisi bayinya mengundang implikasi membuatkan ibu ini menukar fikiran.
Jom bacca perkongsian dari ibu bernama Nadia Fuzi pengalaman melahirkan bayi kembarnya yang terpaksa melalui proses bersalin normal dan pembedahan serentak.
BERSALIN NORMAL VS CEASER? BAGAIMANA AKU LALUINYA SERENTAK.
DOCTOR GOOGLE vs DOCTOR HOSPITAL?
.
Sampaikanlah walau sepotong ilmu dan ayat.
.
Dah havoc issue Doula lah, gentle birth semua ni, Nad rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu dan rasa tentang pengalaman kelahiran Yang Nad lalui yg doctor katakan ia sangat rare dan jarang berlaku. Dan asbab dari kepakaran doctor juga Nad dan both baby selamat.
Doctor takkan akan bukak cerita tentang patient mereka sebab sulit tapi meh patient sendiri open story supaya terbukak kepala otak korang yg nak
Mencuba-cuba bersalin suruh Doula sambut kelahiran tu.
.
Mungkin ada dr kawan-kawan yang dah pernah dengar cerita aku ni tapi percayalah masih Ramai Ibu-Ibu di luar masih tak sedar tentang pentingnya ilmu tentang kelahiran semua ada percentage risiko tersendiri samada kecil atau besar dan juga penting nya orang yang bertauliah ada ketika waktu kita melahirkan anak.
.
2013 Nad di sahkan pregnant anak kembar. Hati memang happy Tak payah cerita la Sbb Kami dah 3 tahun menunggu. Tapi mcm biasa lah mak- mak mengandung Ala milenium ni semua benda kita buat research daripada segi pemakanan, kandungan dan issue paling hot ialah gentle birth.
Google dan Facebook grouping is my Bestfriend time ni ?
.
Bermula checkup monthly everything going smooth. Muntah2 , double pain d morning sickness tu biasalah, kaki bengkak dan mengidam makan.
Nad jugak Ahli dalam group gentle birth dan benda yg paling rs seriau perkara pertama bila kita dgr dari Cakap2 org ialah pergi ke hospital diorang nasihatkan kita Czer.
Sebabnya ialah Nad pregnant MCDA twin (kembar berkongsi uri dan air ketuban) risiko tinggi berbanding dengan DCDA twin tidak berkongsi uri dan air ketuban.. Tapi ada pula SUARA2 yg mengatakan doctor cuma nak buat duit byk Sbb tu suruh kita Czer. ??♀️ So mana satu nak dengar ni?
Maka bermulalah journey untuk kita tegakkan keadilan mahu juga gentle birth dan kita buat research yg sememangnya ibu2 hamil anak pertama ni memanglah mudah terpengaruh cakap-cakap doctor google ni.
Kita fikir secara logik nak juga normal delivery.
Baby Nad yg pertama memang dah engaged Utk Normal delivery dan 2nd baby juga bersedia maka hati sangat2 lah nak gentle birth tanpa kita fikir risiko2 yg lain dengan harapan orang lain Boleh bersalin kembar Normal kot kat rumah je takde ape pun tapi time aku kenapa pulak tak boleh.
Fuhhh hebat sungguh para2 consultant tak bertauliah ni bermain dengan emosi smpai kita semua fikir ini konspirasi doctor adalah agen Yahudi semua.. Ya Rabbi sampai macam
Tu Doctor jugak yg kena ??.
.
Sehinggalah Nad jumpa doctor Norehan semula which is doctor klinik swasta yg Nad jumpa ms mula2 dpt tau pregnant twin dulu.
Dia kata u better go to Government Hospital Sbb sy ada Ramai Kawan2 pakar yg mmg berpengalaman kat sana Utk handle gentle birth yg kandungan berisiko.
Alamak!! Aku fikir balik dengan tipikal thinking aku yg tak habis2 terdengar-dengar nasihat2 manusia doctor google ni Kalau ko pegi refer Gov macam ko pegi hantar free2 je Utk Czer. Dgn layanan Yang ada kata memanglah outlah, takda masa doctor nak layan ko punya plan nak gentle birth tu.
Time tu berbelah bagi Masih lagi dengar cakap-cakap acah2 good consultant ni..
.
Alhamdulillah.. Allah gerakkan hati supaya aku ni tak jadik manusia selfish hanya kerana Sebab nak kan sangat follow gentle birth plan aku so aku tolak Segala risiko2 Lain dengan hanya BERGANTUNG HARAP-HARAP SEMUA AKAN OK DAN BOTH BABY KELUAR DENGAN NORMAL.
.
On 26 March Nad – 36 weeks Pregnancy refer ke Pakar di Hospital Sultan Ismail atas nasihat Doctor Norehan.
Honestly Nad bgtau Nad nak gentle birth dan doctor bagitau kita Boleh bagi u bersalin normal setelah ambil kira perkara-perkara lain.
Doctor check bukaan pukul 1 ptg memang sudah ada 4cm dan diorang siap sedia utk sambut kelahiran.
Terus aku mcm terpinga-pinga Sbb mmg rasa tak sakit dan bukan ke pakar Doctor google kata selagi takda sakit contraction Jgn pergi Hospital ??
Bila Tanya Doctor tauliah Rupanya rumors tu mmg Tak bole pakai Sbb cara kelahiran dan rasa contraction Adalah berbeza setiap org.Kalau aku pusing2 mall Tiba-Tiba bersalin Doctor Hospital juga yg kita kena refer. ?
.
Terus Nad di warded dan diletakkan dalam ward Khas HDW. Penuh Wayar atas perut Utk monitor jantung baby. Dalam pemikiran aku ialah weh kenapa beria sangat diorang ni jaga aku. AKU OK JE KOT!
.
Tapiiii itu adalah dari perspektif manusia seperti kita Yang kurang ilmu dan tidak ada tauliah. Tapi bagi doctor kelahiran kembar adalah kelahiran berisiko tinggi lagi2 Yang berkongsi uri dan air ketuban.
Which is aku cannot brain ada Doula kata alahh ade Ramai je yg OK bersalin kat rumah ade je kembar bersalin position sujud rukuk semua. ?
Weh seriously semudah tu je ko jump into conclusion cakap mcm risiko tu tak ada pun!!!!
NOW HERE U HEAR MY TURNING POINT STORY Tolonglah bukak Hati dan Minda ibu2..
.
Tepat pukul 9.28 malam Alhamdulillah aku dapat bersalin secara normal kembar pertama Sumayyah Hannan Yang Aku nak sangat normal delivery.
Which is masa aku bersalin aku dimonitor lebih dari 3orang doctor bersama pasukan sorak nurse yg mmg hebat.
Kembar pertama Sumayyah Hannan lahir pukul 9.28mlm berat 2.2kg.
.
Perjuangan untuk melahirkan kembar kedua Nur Sumayyah Aqilah.
Allahuakbar. Inilah perjuangan, dugaan & nikmat yang aku paling tak boleh lupa seumur hidup.
Disinilah titik tolak Yang aku betul-betul appreciate what this all doctor do for me.
.
Aku memang betul-betul keletihan sbb dr malam td aku mmg tak boleh nak lelap sangat.
Husband aku genggam tangan aku dia cakap Teruskan Utk 2nd delivery twin dan dia adalah orang yg sgt penting berada di sebelah aku supaya aku tak tertido Sbb keletihan dan sentiasa ada semangat.
.
Aku perasan ada sorang doctor perempuan Chinese pegang perut aku ,sorang lagi doctor tengah scan, sorang lagi doc perempuan tengah Check baby.
Doctor yang tengah scan dia check Aqilah dah pusing ke bawah. Tapi Doc tu ckp dengan doc yang pegang perut aku dia macam pusingkan Aqilah dari luar.
Doc lelaki yang tgh scan tu aku ingat lagi nama dia Dr Badrul .Dia suruh aku push. Tapi aku tiba-tiba rasa Aqilah pusing dengan sangat kuat.
Dia tanya dengan nada cemas “Pukul berapa?”
Doc lagi sorang jawap . “Its 10.05 pm”.
Dia jawab dengan nada tegas
” We need to do it FAST!”
Dia tengok doc perempuan yang seluk aku tu muka berkerut-kerut sambil explain dengan doc sebelah dia. Aku tak sure ape diorang cakap tapi Doctor Badrul tu suruh doc tu ketepi. Tiba-tiba doc Cina yang pegang perut aku tu terlepas sbb Aqilah pusing dengan kuat.
Doc Badrul ckp dengan nada cemas. ” Ur baby dah pusing lagi Nadia. Hand Presentation.
Doc Badrul pandang muka aku buat keputusan dengan pantas..
“Nadia, kita kena operate u. Baby u dah breech presentation.(songsang) Kita tak boleh keluarkan normal sbb maybe akan patah or cacat. Nak pusingkan kita dah takda masa lagi sbb jantung baby dah slow”..
Berderai air mata aku kat situ. Rasa nak meraung pun ada.
Bukan sebab sakit tapi sebab hati ibu mana yang tak sedih tengah saat kritikal camtu dengar benda yang menakutkan. Aku jawab ” Buatlah ape pun doc. Janji keluarkan anak saya dengan selamat”. Time tu aku dah tak fikir ape dah even nyawa aku sendiri.
.
Doc Badrul jerit sister kat luar suruh standby nak masuk operation theater. Husband suruh aku mengucap banyak-banyak. Aku tengok ade sorang doctor ni pegang alat monitor jantung tak lepas dari tangan. Dia jerit kat Doctor Badrul. “Cepat Doc, tadi 90 skrg dah 70 ” Itu bermakana jantung Aqilah dah makin slow.
Aku? Dah tak boleh nak fikir apa. Aku rasa dalam 6,7 orang doctor dengan nurse berlari tolak katil aku pegi bilik operate. Memang fast furious laju gila weh menjeri-jerit nurse suruh bagi laluan pada Yang lain sebab nak Selamatkan aku dan Aqilah.
1st time la aku rase camtu selama ni tengok kat drama TV je kan. Tapi sebenarnya wujud weh..
Dan korang bayangkan aku tingkat 4 pegi ke tingkat 5 ada nurse dah siap jaga lif pastu ada doc yg berlari sambil pegang perut aku tu nak monitor jantung baby..
Kagum betul diorang mengadap situation yg memanglah tersangat cemas..
Sebab tu sampai sekarang aku cannot brain lepas Doula Yat kata kita bawak jela pegi Hospital Kalau ada problem. Eh Kau tau x kalau hospital jauh nak tunggu ambulance lagi dengan situation mcm ni aku yg pegi naik satu tingkat bangunan pun Doctor and nurse tolak mcm kat F1 kat Sepang kot ?
.
Last sebelum masuk pintu Husband aku sebelum dia kena tahan luar garisan kuning bilik tu. Aku menangis fikir mungkin tu kali terakhir aku pandang muka dia dan aku tak sempat nak tatap wajah Hannan.
*****
Masuk operation theater. Dah standby beberapa orang nurse dan doctor yg dah siap tukar baju.
Fast furious giler diorang ni weh.
Doc Badrul cakap. Nadia, kita nak bius u. Mengucap ya. Pastu
Aku pun mengucap. Terus tak sedar.
Sampai sekarang aku tak bole brain kes orang yang taknak bius time operate tu. Terer betul dia ?
……..
Pukul 2 pagi baru aku tersedar ada sorang doc perempuan ni senyum cakap.
“Nadia, anak awak 2nd twin dah selamat, cuma sekarang kita admit dia dalam NICU, sbb dia lambat sikit nangis masa kita keluarkan dia. Awak kena banyak berehat dulu sebab banyak hilang darah kita akan pantau di HDW sampai HB awak normal..”
.
Alhamdulillah.
Aqilah lahir pukul 10.48mlm. Khamis malam Jumaat. 1 jam 18 minit selepas Hannan lahir. Berat 2.3kg
Perasaan aku time tu cuma boleh ucap Alhamdulillah sebab doc cepat buat keputusan dan yang paling penting aku berada di tempat yg betul) (HOSPITAL)
Aku tak dapat nak buat dua-dua bersalin secara normal kadangkala kita sebagai manusia kena tahu batas kebolehan manusia lain dan ketentuan
Aku pasti semua orang dr side patient mahupun medical staff hospital dah cuba buat yang terbaik.
.
2 bag darah aku Terima Sbb aku ada tumpah darah masa bersalinkan 2nd twin ditambah pula dengan keadaan Sumayyah Aqilah yg sudah distress atau lemas.
Bayangkan Kalau aku Cuba untuk gentle birth dekat rumah Cuba korang fikir apa Yang jadik pada aku dan baby? ?
.
Cerita aku ni mungkin adalah 1 dari beribu kes Yang mereka handle dengan tenang dan sabar.
Pada aku diorang ni memang Unsung Heroes , Wira Yang tidak didendang.
Adalah sangat tak patut kita ketepikan nasihat mereka yg bukan saja ada tauliah tapi juga pengalaman hanya sebab janji manis consultant google ni.
.
Dari spend duit pergi consultant mengarut yg takda ilmu Perubatan Lebih baik simpan duit untuk upah bidan-bidan terlatih bertauliah jaga kita selepas bersalin.Banyak je agency yg tawarkan khidmat jaga lepas bersalin contoh macam MyBidan House.
Pada aku which is lagi logik benda tu dr ko dengar nasihat Doula yg takda tauliah ni.
.
Thanks for read. Maaf jika terlalu panjang.
Sampai kan lah pada semua. Mungkin post aku ni Boleh selamatkan nyawa Ibu dan tak susah pun nak klik button share tu.
.
Special Thanks to
Doc O&G Hospital Sultan Ismail
Doc Norehan
Nurse HSI dan kakak MyBidan
Jual Minyak Masak Terpakai Secara Sambilan, Ayah Anak Lima Ni Boleh Dapat RM3,000 Setiap Bulan!

Boleh dikatakan hari-hari kita akan menggunakan minyak masak untuk menyediakan hidangan dan umumnya kita tidak akan menggunakan minyak tersebut berulang kali demi menjaga kesihatan.
Jika dahulu lebihan minyak masak akan dibuang begitu sahaja, namun kini tahukah anda minyak masak tersebut boleh dijual dan mendatangkan sumber rezeki yang lumayan untuk diusahakan dengan serius. Selain boleh di kitar semula untuk dijadikan bahan seperti biodiesel, ia juga boleh digunakan untuk membuat lilin, pencuci, sabun serta makanan haiwan.
Ini sebagaimana memetik berita di Bernama yang berkongsi kisah seorang ayah yang berkerja sebagai pekerja kilang elektronik Mohd Rosdi Abu Bakar,48, yang menetap di Butterworth dan menjalankan perniagaan minyak masak terpakai secara sambilan sejak enam bulan lepas.
“Sebelum ini saya hanya lihat kawan yang buat jual minyak masak terpakai ini. Ada yang sudah 20 tahun lakukan perkara ini.
“Saya cuba tetapi separuh masa sahaja iaitu pada setiap hari Ahad. Pada hari itu saya akan ambil minyak masak terpakai ini dari pelanggan dan beli dengan mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Bantu Ekonomi Keluarga
Meskipun hanya dibuat secara sambilan iaitu sewaktu beliau cuti dari kerja, Mohd Rosdi tidak menyangka pendapatan yang diterima agak lumayan sehingga boleh mencapai sekitar RM3,000 setiap bulan.
Minyak masak terpakai yang dikumpulnya kira-kira setan sebulan dibeli oleh syarikat Airil Global Resources yang beroperasi di Kulim, Kedah.
Berkongsi tentang pembabitannya dalam perniagaan itu, Mohd Rosdi berkata beliau memperolehi pelanggan menerusi iklan untuk membeli minyak masak terpakai di laman Facebook.
“Ramai yang menghubungi dan bertanya memang boleh ke jual ke minyak masak terpakai ini. Tidak dinafikan ramai yang tidak tahu minyak masak yang sudah diguna ini boleh dijual semula dan ada kegunaannya.
“Saya pergi sendiri ke rumah pelanggan yang mahu menjual minyak masak mereka. Setakat ini, pelanggan saya adalah dari kalangan suri rumah, peniaga restoran, kedai makan dan peniaga pasar malam, ” katanya sambil menambah, pelanggannya adalah dari seluruh Pulau Pinang, Sungai Petani dan Padang Serai, Kedah.
Menurut Mohd Rosdi yang berasal dari Terengganu, harga bagi minyak masak terpakai yang diambil dari pelanggannya adalah antara RM1.50 untuk satu kilogram hingga 49 kilogram(kg), RM1.60 bagi 50kg ke atas dan RM1.80 untuk 100kg ke atas.
Optimis dengan penjualan minyak masak terpakai yang dapat membantu ekonomi keluarganya, bapa kepada lima orang cahaya mata itu berkata, sasarannya kini adalah untuk mendapatkan 100 pelanggan tetap yang terdiri daripada kalangan peniaga.
Sasaran tersebut akan membolehkan beliau meraih pendapatan sehingga RM9,000 sebulan dan jika tercapai, beliau berhasrat mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan berkenaan.
Kelebihan Minyak Terpakai
Terdapat banyak faktor yang membuatkan ramai tidak menyedari akan kelebihan minyak masak terpakai ini.
Antaranya, kurangnya promosi serta pendedahan yang tidak meluas kepada golongan sasaran seperti suri rumah dan peniaga kedai makan.
Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Perhutanan Dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusoff Ishak, faktor harga belian minyak masak terpakai yang agak murah juga menjadikan ia tidak menarik perhatan ramai.
“Contohnya, harga belian minyak masak terpakai yang ditawarkan sekitar RM1 sekilogram mungkin kelihatan kurang menarik minat orang ramai. Selain itu, sistem sokongan serta kemudahan untuk orang awam yang berminat mengumpul dan menjual minyak masak terpakai masih belum meyakinkan.
“Ini termasuklah ketidakseragaman daripada segi operasi kitar semula yang masih lagi dilihat sebagai aktiviti bersifat kecilan dan murahan. Isu piawaian mutu biodiesel berdasarkan American Biodiesel Standard ASTM D6751 juga menjadi punca tidak ramai pemain industri yang berani menceburi bidang ini secara telus,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, apabila teknologi penukaran minyak masak terpakai menjadi semakin ringkas dan lebih ramai pengusaha terlibat dalam industri minyak masak terpakai, cabaran tersebut boleh diatasi dan kesedaran orang awam boleh dipertingkatkan lagi.
Dijadikan biodiesel
Antara manfaat utama sering didengari berhubung kegunaan minyak masak terpakai ini adalah ia boleh dijadikan biodiesel.
Menurut Mohd Yusoff, minyak masak terpakai lazimnya akan dikumpul dan ditapis melalui beberapa peringkat sebelum melalui proses kimia untuk dijadikan bahan api kenderaan atau biodiesel.
“Minyak masak terpakai bertapis akan melalui proses kimia yang dikenali dengan nama transesterifikasi yang dilaksanakan dengan bantuan pelbagai katalis (pemangkin) bersifat asid, alkali dan enzim dalam proses homogeneous atau heterogeneous (satu proses dalam fasa fizikal-kimia yang sama serta fasa fizikal-kimia yang berlainan).
“Proses penukaran minyak masak terpakai kepada biodiesel adalah proses yang rumit, memakan kos dan bahan api,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, UPM turut membuat penyelidikan dan berjaya membangunkan minyak masak sebagai biodiesel bagi kegunaan mesin dan jentera kenderaan.
Menurut Mohd Yusoff, teknologi di UPM adalah hasil kajian selama lima tahun oleh penyelidik Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul.
“Sebagai makluman, enjin diesel tidak memerlukan pengubahsuaian bagi menggunakan biodiesel memandangkan hanya 10 peratus biodiesel diperlukan untuk dicampurkan dengan 90 peratus diesel (B10) sebelum digunakan,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang berminat boleh menjual minyak masak terpakai ke loji pepandu di Kampus UPM Serdang pada harga RM1 sekilogram.
“Secara amnya, 100 liter minyak masak terpakai boleh menghasilkan 90 liter biodisel dan 10 liter gliserol dan prosesnya memakan masa selama enam jam,” jelasnya.
Program Trash to Cash
Dalam memupuk kesedaran, peranan dan kerjasama semua pihak penting bagi memastikan minyak masak terpakai tidak dibuang di tempat tidak sepatutnya seperti sinki dapur dan longkang.
Tindakan ini akan hanya yang menyumbang kepada masalah sinki dapur tersumbat sekaligus turut menjadi punca kepada sistem pembentungan tersumbat.
Justeru sebuah syarikat yang membeli minyak masak terpakai iaitu syarikat NKH Bio Solution, milik bumiputera yang berpejabat di Bangi, Selangor, turut memainkan peranan dalam usaha menyedarkan masyarakat dengan menjalin kerjasama bersama beberapa Badan Pengurusan Bersama (JMB) di kediaman di negeri Selangor menerusi program Trash To Cash.
Eksekutif Jualan syarikat itu Rozaimi Salleh memberitahu Bernama, program Trash To Cash anjuran JMB Residensi Puchongmas membolehkan penduduk di situ menjual terus minyak masak terpakai mereka kepada syarikatnya secara langsung.
“Bagi program Trash To Cash, kami tetapkan satu tarikh sesuai dan akan datang mengambil minyak masak terpakai dari penduduk. Harga untuk sekilogram minyak masak terpakai adalah RM2.50 dan kita bayar terus kepada penduduk. Jadi penduduk dapat menjana pendapatan selain dapat melahirkan penduduk yang hidup dalam persekitaran selamat dan sihat,” katanya
Menurut Rozaimi, hasil kutipan minyak masak terpakai akan dijual kepada pihak kontraktor bertauliah.
Beliau menambah, syarikat itu dapat mengutip minyak masak terpakai kira-kira 140 tan sebulan, meliputi kutipan dari Selangor, Terengganu, Perlis, Pulau Pinang serta Johor.
Kesemua minyak berkenaan akan diproses untuk menjadi biodiesel serta dieksport ke negara Eropah, antaranya United Kingdom dan Perancis.
Menyentuh tentang kesedaran, Rozaimi berkata kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang penggunaan minyak masak yang selamat banyak bergantung kepada tahap kefahaman individu akan penggunaan minyak masak yang betul oleh setiap isi rumah.
“Boleh dikatakan kesedaran warga kota lebih tinggi mungkin disebabkan lebih terdedah dengan kempen kesedaran penggunaan minyak masak yang selamat dan kesedaran amalan kitar semula minyak masak terpakai untuk biodiesel.
“Namun kesedaran peniaga berkaitan tahap penggunaan minyak masak yang selamat adalah amat rendah sama ada di bandar atau di kawasan luar bandar. Ini membahayakan pembeli yang membeli makanan yang menggunakan minyak masak melebihi had sepatutnya.
“Maka kempen kesedaran dalam kalangan peniaga perlu dilaksanakan untuk menjamin kesihatan awam yang lebih baik,” katanya.
Sumber : Bernama
ARTIKEL MENARIK:“Saya Perlu Sediakan Yuran Pendaftaran RM2,000…” Anak Ni Gigih Cari Wang Untuk Daftar Ke Universiti!
LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club