Pesakit COVID-19, Doakan Kesihatan Doktor. Perkongsian Ini Meruntun Jiwa.

Share

Bilangan pesakit yang disahkan positif Covid-19 di Malaysia, semakin bertambah termasuk kes kematian yang dilaporkan.

Barisan hadapan frontliners termasuk doktor dan jururawat berkhidmat tanpa mengira masa demi memastikan pesakit mendapat rawatan.

Paling membimbangkan apabila petugas kesihatan yang tidak menang tangan menguruskan mereka yang terkena jangkitan ataupun melaksanakan ujian saringan.

Lebih menyedihkan lagi apabila ada petugas kesihatan telah dijangkiti virus COVID-19.

PESAKIT DOAKAN KESIHATAN DOKTOR

Menerusi Facebook ,Wilson Tiang seorang doktor ini menceritakan bagaimana hatinya tersentuh dan perjuanganya berbaloi apabila salah seorang pesakitnya mendoakan kesihatannya.

”While I was doing my rounds with my gear early morning around 5am.

He was ready for his sembahyang subuh, and I was waiting for him to complete his prayers.

‘Pak Cik, rasa ok ka? (Silently counting his respiratory rate, and feeling for his pulse with my hand)

Pak cik put his hand on top of mine. ‘Ya Allah, lindungilah doktor muda ini dari terkena penyakit ini’, and he prayed for me.

‘Ya Allah, lindungilah doktor muda ini dari terkena penyakit ini’

And that, makes the fight worth it.”

Sesungguhnya doa itu memberikan kekuatan untuk terus berjuang.

Sudah tentunya, situasi yang dialami oleh mereka ini meninggalkan kesan sayu dalam hati rakyat Malaysia.

Ramai titipkan doa buat para petugas kesihatan ini untuk tetap kuat untuk mengendalikan masalah yang dihadapi ketika ini.

Semoga barisan hadapan terus kuat untuk menempuh hari-hari mendatang. We love all frontliners.

Kredit: Wilson Tiang