Bagi pesakit buah pinggang kronik, tidak banyak boleh dilakukan mereka untuk kembali pulih kecuali dapat menerima organ yang didermakan dari seseorang atau ada yang terpaksa bergantung hayat sepenuhnya pada rawatan dialisis.
Pun begitu selagi boleh diusahakan, kita sebagai ahli keluarga bolehlah membantu serba sedikit dalam memantau pengambilan makanan yang terbaik untuk mereka.
Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Saintis Dr Suri Roowi ada mendedahkan terdapat beberapa jenis makanan yang bagus diambil oleh pesakit. Antaranya seperti yang dikongsikan di bawah ini.
Sumber Makanan untuk BANTU PESAKIT BUAH PINGGANG
Kajian yang dilakukan oleh Saintis di University of Houston, USA pada tahun 2020 menggunakan tikus (yang mengalami masalah buah pinggang) mendapati kunyit boleh bantu baiki penyakit buah pinggang pada kedua-dua model tikus (akiut atau kronik)
Walaubagaimanapun, kunyit tidak boleh diambil berlebihan kerana dikhuatiri boleh memudaratkan.
Hasil kajian oleh Saintis Iran, Mexico dan Turki menunjukkan bawang putih membantu pesakit buah pinggang. Ia bertindak dengan kurangkan tekanan oksidatif dan tekanan darah tinggi.
Ianya disebabkan oleh kehadiran bahan berkhasiat allicin dalam bawang putih.
Caranya adalah ambil 2 atau 3 ulas bawang putih, asingkan kulitnya, ketuk, biarkan 10 minit, tuangkan air, tambahkan sedikit madu asli dan diminum. Bawang putih juga rendah kandungan garam, potassium dan fosforus.
Kajian ke atas 4863 pesakit buah pinggang kronik di USA dan diterbitkan dalam ‘Jurnal Nephrol. Dial. Transplant’ pada tahun 2018, mendapati meminum kopi boleh merendahkan risiko ESRD (End-Stage Renal Disease) dikalangan pesakit buah pinggang kronik. ESRD adalah kegagalan buah pinggang yang memerlukan dialisis atau pemindahan buah pinggang.
Kajian yang telah dilakukan di Singapura dan diterbitkan dalam The Journal of Nutrition Nutritional Epidemiology pada tahun 2018 juga mendapati meminum kopi lebih daipada 2 cawan sehari juga dapat kurangkan risiko ESRD (End-Stage Renal Disease) terutamanya di kalangan lelaki.
SEBALIKNYA….
Kajian terkini (2021) yang dilakukan di Sepanyol menunjukkan ke atas mereka yang mengalami ‘Metabolic Syndrome’ , bermasalah buah pinggang dan ‘overweight/obese’ mendapati pengambilan kopi, teh dan minuman berkafein pada KUANTITI TINGGI adalah TIDAK SESUAI kerana ia boleh turunkan ‘glomerular fltration rate (eGFR)’ .
Justeru, pesakit buah pinggang boleh minum kopi atau teh, tetapi ikut kadarnya, jangan berlebihan
Manakala mengetahui sumber Makanan yang LEBIH SESUAI untuk PESAKIT BUAH PINGGANG, Dr Suri Roowi berkongsi infonya.
Walaubagaimanapun, nasi beras perang bagus bagi pesakit biasa (selain pesakit buah pinggang) untuk bantu turunkan darah tinggi, kolesterol dan gula dalam darah.
3.Daging: Kandungan potassium dalam daging itik adalah 204 mg manakala daging ayam adalah 223 mg . Daging kambing pula tinggi sedikit kandungan potassiumnya iaitu 310 mg dan daging lembu pula 318 mg*
4.Sotong, Kerang, Ikan dan Udang: Udang menunjukkan kandungan potassium terendah iaitu 259 mg. Diikuti dengan ketam (262 mg), sotong (273 mg) dan kerang (314 mg). Ikan sardin pula lebih rendah potassium (397 mg) berbanding ikan kembung (401 mg) dan ikan merah (417 mg). Ikan makerel pula tinggi kandungan potassium iaitu 520 mg*.
5.Sayur-Sayuran Rendah Potasium: Di antara sayur-sayuran rendah potassium adalah taugeh (79 mg), terung (229 mg), kacang panjang (240 mg), kobis bunga (299 mg), brokoli (316 mg) dan sawi (384 mg). Petola pula menunjukkan kandungan potassium yang agak tinggi (453 mg)*.
6.Buah-buahan. Rambutan rendah kandungan potassium (84 mg), diikuti dengan epal (107 mg), nanas (109 mg), strawberi (153 mg), mangga (168 mg), betik (182 mg) dan anggur (191 mg)*. Jus oren tinggi potassium dan perlu dihadkan penggambilannya oleh pesakit buah pinggang.
*kesemua analisa dibuat menggunakan 100g sampel
Sumber : Dr Suri Roowi
ARTIKEL MENARIK : DIY Rak Tinggi Di Dinding Untuk Tambah Ruang Simpan Barang. Praktikal & Jimat Ruang!
Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club