Pesakit Asma, Gout Atau Anemia Nak Makan Daging Kena Beringat, Begini Doktor Ni Pesan Boleh Amalkan!

Share

Umumnya daging merupakan antara jenis makanan yang sering dimasak dengan pelbagai menu untuk dijadikan hidangan yang menyelerakan untuk kita sekeluarga. Selain enak dimakan, daging ini juga merupakan sumber protien yang baik untuk tubuh badan.

Namun tahukah anda bagi mereka yang mempunyai penyakit asma, gout, atau anemia ada pantang larangnya dalam pengambilan daging. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr Suri Roowi.

Jadi sila ambil perhatian, semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua.

TIP BUAT PESAKIT ASMA, GOUT & ANEMIA YANG INGIN MAKAN DAGING 

1. Bagi pesakit asma, daging terproses seperti BURGER dan SOSEJ kurang elok dimakan berlebihan. Kajian ke atas 971 orang selama 7 tahun mendapati memakan daging terproses berlebihan memburukkan lagi gejala asma.

Photo by Amr Taha™ on Unsplash

2. Bagi pesakit gout, daging seeloknya diPOTONG KECIL-KECIL atau dicincang, dibasuh seterusnya direbus terlebih dahulu.

Photo by Usman Yousaf on Unsplash

3. Ini akan turunkan kandungan purine (penyebab gout) sebanyak 25%.

4. Daging pula, jangan diMASAK terlalu LAMA kerana memasak pada masa lama akan hasilkan purine yang lebih banyak.

5. Kurangkan juga memakan daging merah. Ini kerana daging merah tinggi purine berbanding daging putih. Semasa makan, KURANGKAN ambil KUAH kerana bahan purine banyak dalam kuah.

6. Bagi pesakit gout

juga elakkan memakan HATI AYAM dan kurangkan penggunaan IKAN BILIS dalam masakan. Ini kerana kandungan purine dalam hati ayam dan bilis adalah tinggi.

7. Bagi pesakit anemia, daging merah terutama organ dalaman tinggi zat besi dan bagus untuk dimakan. Memasak menggunakan minyak kelapa sawit merah lebih elok kerana minyak ini kaya beta-karoten dan bantu leraikan zat besi dari diikat.

8. Untuk mereka yang mengalami masalah kolesterol, ambil makanan tinggi fiber seperti oat dan barli, minum jus oren, minum air halia, bawang putih selepas memakan daging

Sumber : Dr Suri Roowi 

 

 

Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club