Pes Tomyam Dari Air Tangan Sendiri. Lebih ‘Power’ Rasanya. Rugi Tak Cuba!

Share

Tom Yam tentunya menjadi menu yang digemari ramai. Rasanya pedas dan masam-masam mampu membuka selera kita seisi keluarga. Umumnya, bila ingin menyediakan menu ini ianya cukup mudah. Masukkan pes yang dibeli dipasaran dan didihkan hingga masak. Cukup ringkas!

Namun, andai ingin merasai keenakan lebih ‘power’ kuah tomyam yang dimasak, adalah lebih baik anda sendiri sediakan pesnya. Bukan sahaja rasanya lebih ‘kawww’ malah ianya lebih menjimatkkan. Berbaloi buat sekali dan boleh disimpan di dalam peti untuk memudahkan digunakan di masa yang lain.

Oleh itu, untuk mengetahui apakah resipi dan cara penyediaanya, jom semak perkongsian Bumirah Jukki ini, pesnya memang nampak original. Jom semak.

“Suka makan tomyam?.. Jadi belajolah buat pes sendiri.. Alhamdulilah menjadi…dapat banyak dan berbaloi”-Bumirah Jukki

HOMEMADE PES TOMYAM
Bahan-bahan :

.

Minyak masak tok menumis
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering
Daun limau purut
Belacan
Gula merah
Garam
Serai
Lengkuas
Limau kasturi

Cara penyediaan:


.

1. Blend semua bahan.


.

2. Tumis sampai keluar minyak.

sumber : Bumirah Jukki via MAHN