Salah satu menu hidangan seisi keluarga yang sering menjadi permintaan anak-anak adalah sup cendawan. Rasa enaknya membuat anak-anak selera. Biasanya menu ini boleh didapati di restoran makanan segera.
Memang tidak dinafikan harga pun maha jika makan di kedai. Apa kata kali ini, kita buat sendiri di rumah. Boleh cuba!
IKUTI CARA INI
Based kuah/pes cendawan utk spaggeti carbonara/pizza/sup cendawan by immengga
Pes cendawan liar (pernah tengokkan Brand biasa di pasaran mushroom soup perisa cendawan liar paling sedap)
Kalau tak nak rasa cendawan yang kuat,boleh guna cendawan tiram sahaja(blend)
Bahan:
Saya blend tetiga ni guna air rendaman cendawan shitaki kering tadi. Shitaki kering tu pon blend sekali dlm keadaann kering2 tu ye,potong kekecik sblm masuk blend, nanti stuck.
Ads
Ketiga-tiga cendawan yang diblender.
Lada hitam kisar sesudu besar, Tepung gandum secawan,bawang besar 3 biji saiz sedang, Butter suku,minyak masak,garam,cukup ras/kiub pati ayam(xde dlm gambo),
Caranya: Panaskan butter dan campur sedikit minyak masak,masukkan bawang cincang dan tumis hingga sedikit layu. Masukkan tepung gandum.kacau serata. Masukkan air(saya guna air bilas blender dari blend ketiga2 cendawan tadi),masukkan sedikit dulu..kacau rata hingga trpung xberketul.masukkan air baki hingga habis.
Kepada yang suka makan kedai mamak tentu suka makan ayam gorengnya. Memang menjilat jari. Makan pula ketika masih panas aje bersama kuah kari mamak memang superb!
Malah tidak dinafikan, harga makanan menu ini agak mahal, tetapi ia tetap ada peminatnya. Malah anak-anak pun suka rasa ayam mamak ni.
Kepada penggemar ayam mamak, apa kata cuba resipi ayam goreng mamak ni.
Memang sedap dan rangup.
Resepi Ayam Goreng Mamak Yang Bikin Ketagih
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari
Bahan untuk dikisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah
Cara:
1. Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak
Mengimbau antara kuih tradisi Melayu yang ketika ini tidak mudah untuk dinikmati, mungkin ada yang membayangkan agar-agar kering ini.
Dulu menjadi antara menu yang istimewa bila tibanya musim perayaan dan sekali gus menjadikan menu ini cukup digemari ramai.
Rasanya yang manis dan ditambah pula berwarna warni, cukup membuatkan bukan sahaja orang dewasa malah kanak-kanak teruja untuk menjamahnya.
Dek kerana teringin untuk menikmati rasa agar-agar kering ini, apa kata kita sediakan sendiri untuk dinikmati seisi keluarga.
Resipinya seperti mana yang dikongsikan oleh Nur Husna Syahira Mohamed.
Alhamdulillah dah jadi agar-agar kering.. 1st time buat, saiz pon pelbagai . Potong guna pisau kek je..
Mula-mula buat penuh 2 tray besar, bila dah kering dapat seloyang tu je.. 4 hari jugak jemur sebab cuaca kejap panas kejap mendung.
Resepi agar-agar kering :
Agar-agar tali 60gm
2 cawan gula batu
4 cawan gula pasir
16 cawan air
4 helai daun pandan
Pewarna ikut kesukaan
Cara-cara:
Agar-agar tu rendamkan sekejap bagi lembut lepas tu toskan, masak semua bahan sampai mendidih dan larut. Tapis lepas tu letak dalam bekas asing-asing ikut nak berapa warna dan tambah pewarna kesukaan, biar sampai beku lepastu boleh la potong-potong dan jemur sampai kering..
Sumber : Nur Husna Syahira Mohamad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kuih-muih sememangnya antara menu yang wajib ada setiap kali makan terutamanya bulan Ramadan ni. Tak lengkap rasanya berbuka tanpa pencuci mulut atau kuih kan? Dah tak perlu risau sebab kali ini menu lepat jagung sangatlah mudah untuk dibuat.
Resipi lepat jagung yang dikongsikan oleh pengguna profil Facebook, Mas Cotek amat mudah tanpa menggunakan pengukus. Sesuai sangat untuk orang bujang atau pelajar nak masak. Bukan itu je, kalau masak terlebih boleh juga beri pada jiran-jiran terdekat atau simpan dalam peti sejuk sahaja.
“Nak mulang mangkuk piring jiran-jiran opah ni hah. Ni opah habor siap-siap kalau tak de daun kome tuang je dalam citak lompang”.
Lepat Jagung (Tanpa kukus)
Bahan-bahan:
1 cawan tepung jagung
2 sdb tepung Hoen Kwe
3/4 cawan gula
5 1/2 cawan santan
1 cawan jagung (opah bantai jagung tin je) 3 sdb perasa jagung (opah guna cap 2 singa)
1 sdt garam
Daun pisang secukupnya untuk membungkus dilayur
Cara Penyediaan:
– Satukan kesemua bahan-bahan, kacau sebati.
– Dengan menggunakan api perlahan masak sehingga pekat/meletup.
– Kacau lagi sehingga adunan kelihatan berkilat dan tutup api.
– Angkat kemudian ambil 2 sdb adunan cedokkan ke atas daun, bungkus ketika masih panas.
– Sejukkan dahulu kemudian baru masukkan ke dalam peti sejuk.
– Sedia dihidangkan.
Cara Lipatan:
– Ceduk 2 sdb adunan letak atas daun pisang.
– Lipat tepi dia sikit (tarik ketepi sikit adunan)
– Lepastu gulung.
– Opah gulung dengan cara pegang hujung dan pangkal kemudian opah pusing-pusingkan. Kena buat dengan cepat proses menggulung ni sebab adunan lepat tu lembik nanti terkeluar pulak dari daun.
– Lipat sebelah kemudian tolak adunan tu bagi padat.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...