Perut Terasa Penuh Dan Kenyang Sampai Jam 6, Solusi Doktor Buat Anak-Anak, Ibu Ayah Take Note Ya!

Share

Puasa sebenarnya adalah proses memperbaiki tubuh dalaman kita. Mengajar sistem badan agar dapat berehat seketika daripada menjalankan fungsinya setiap hari. Itulah kelebihan berpuasa buat tubuh kita.

Pun begitu dalam memberi waktu rehat, menguatkan anak-anak untuk bertahan lebih lama ketika berpuasa sepanjang hari, menjadi keutamaan kita buat keluarga. Agak susah pada mulanya, namun lama kelamaan mereka mula membiasakan diri.

Perkongsian oleh Dr Rizal Abu Bakar ini boleh juga kita ikuti bagi memastikan anak-anak mampu bertahan dengan selesa.

Katanya hanya menggunakan bahan yang satu ini iaitu chia seed, masalah ketika berpuasa akan dapat diatasi. Malah beri ganjaran yang cukup baik buat tubuh.


PASAL SAHUR

Timbul banyak persoalan. Nak sahur macam mana?

Saya kongsikan satu makanan yang selalu saya amalkan dan cara sediakannya.

Tubuh manusia 70% adalah air. Otak pula 80% air. Tubuh manusia perlukan banyak air.

Salah satu makanan yang dikategorikan sebagai super food ialah chia seeds. Bijirin ini dari Amerika Selatan.

Secara tradisi diguna oleh puak Aztecs dan Mayan. Lelaki yang memburu masuk hutan berbekalkan Chia Seeds yang memberi maksud “kekuatan”.

Chia Seed hebat sebab 28 gram atau dua sudu chia seeds memgandungi:

+ Fiber: 11 gram
+ Protein: 4 gram
+ Omega 3: 9 gram
+ Kalsium: 18% dari keperluan harian tubuh manusia
+ Manganese: 30% dari keperluan harian tubuh manusia
+ Magnesium: 30% dari keperluan harian tubuh manusiadari keperluan harian tubuh manusia
+ Phosphorus: 27%

 

Chia Seed juga mengandungi Zinc, Vitamin B3 (Niacin), Potassium, Vitamin B1 (Thiamine) and Vitamin B2.

Semua ini penting untuk membekalkan nutrien sepanjang berpuasa.

Dengan kandungan anti oksida yang tinggi, Chia Seed patut menjadi pilihan nombor 1.

Caranya:

1. Masukkan 2 sudu Chia Seed ke dalam air kosong bersuhu bilik.
2. Biarkan selama lebih dari 30 minit. Lebih lama lebih bagus.
3. Chia Seed akan kembang seperti biji selasih.
4. Minum waktu bersahur.

Air tersimpan di dalam Chia Seed. Ia akan terkeluar sedikit demi sedikit.

Seterusnya membekalkan air sepanjang tempoh berpuasa. 
.
Perut terasa penuh. Kenyang. Sampai pukul 6 petang masih buang air
kecil.

Itu petunjuk baik. Badan masih banyak air. Kita lebih bertenaga. Ini baru satu contoh. Chia Seed sebenarnya ada pelbagai guna.

Kredit: Dr Rizal Abu Bakar