Tak kiralah apa yang kita panggil pada bahagian lebihan lemak pada bahagian perut, sama ada boroi, buncit, bertingkat-tingkat, tayar spay, love handle, atau sebagainya.

Apa yang pasti kebanyakan perempuan memang tidak suka bila keadaan fizikalnya berubah daripada perut yang rata menjadi sedemikian.

Mengatasi masalah buncit ini, sebenarnya banyak petua lama yang boleh diamalkan dan tidak dinafikan keupayaan petua tersebut berfungsi.

Nak tahu lebih jelas, ini dikongsikan untuk manfaat bersama.

Tips mudah untuk kempiskan perut buncit guna dua bahan jer limau nipis dan kapur sirih. Petua ini dikongsikan oleh Maryam Salleh 

Menurutnya, petua ni mak-mak kita yang amalkan. Selalu pakai waktu pantang. Sapu kat perut waktu malam sebelom tidor.

IKLAN

Nak lagi best lepas sapu kat perut korang pakai bengkung. Memang cepat mujarab. Kena rajin lah pakai tiap-tiap lagi cepat nampak result.

Perut Tak Lagi Menggelebeh Bila Amal Petua Dari 2 Wanita Ni! Perut Tak Lagi Menggelebeh Bila Amal Petua Dari 2 Wanita Ni!

Caranya perah limau ke dalam kapur dan gaul sebati. Pastu sapulah di perut dan bengkung. Taknak bengkung pun bole. Ikut suka.Cubalah

IKLAN

Manakala perkongsian daripada Boenda Cicie menambah 2 lagi petua untuk kempiskan perut yang boleh diamalkan.

Ini rahsia untuk kempiskan perut cara alami.
Kalau kalian rajin InsyaAllah akan mendapatkan apa yang kalian inginkan…Walaupun begitu tetap diselingi dengan olah raga dan pemakanan yang sehat.

1.Guna asam jawa
Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman.
Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Sebaik-baiknya amalkan setiap hari.

IKLAN

Perut Tak Lagi Menggelebeh Bila Amal Petua Dari 2 Wanita Ni!

2. Lidah buaya
Ambil sedikit daun lidah buaya.Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa.Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat.Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri.
Setelah dirasakan suam sedikit, lumurkan ramuan tersebut pada perut.

Selamat mencuba.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI