Tak kiralah apa yang kita panggil pada bahagian lebihan lemak pada bahagian perut, sama ada boroi, buncit, bertingkat-tingkat, tayar spay, love handle, atau sebagainya.
Apa yang pasti kebanyakan perempuan memang tidak suka bila keadaan fizikalnya berubah daripada perut yang rata menjadi sedemikian.
Mengatasi masalah buncit ini, sebenarnya banyak petua lama yang boleh diamalkan dan tidak dinafikan keupayaan petua tersebut berfungsi.
Nak tahu lebih jelas, ini dikongsikan untuk manfaat bersama.
Tips mudah untuk kempiskan perut buncit guna dua bahan jer limau nipis dan kapur sirih. Petua ini dikongsikan oleh Maryam Salleh
Menurutnya, petua ni mak-mak kita yang amalkan. Selalu pakai waktu pantang. Sapu kat perut waktu malam sebelom tidor.
Ads
Nak lagi best lepas sapu kat perut korang pakai bengkung. Memang cepat mujarab. Kena rajin lah pakai tiap-tiap lagi cepat nampak result.
Caranya perah limau ke dalam kapur dan gaul sebati. Pastu sapulah di perut dan bengkung. Taknak bengkung pun bole. Ikut suka.Cubalah
Ads
Manakala perkongsian daripada Boenda Cicie menambah 2 lagi petua untuk kempiskan perut yang boleh diamalkan.
Ini rahsia untuk kempiskan perut cara alami.
Kalau kalian rajin InsyaAllah akan mendapatkan apa yang kalian inginkan…Walaupun begitu tetap diselingi dengan olah raga dan pemakanan yang sehat.
1.Guna asam jawa
Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman.
Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Sebaik-baiknya amalkan setiap hari.
Ads
2. Lidah buaya
Ambil sedikit daun lidah buaya.Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa.Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat.Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri.
Setelah dirasakan suam sedikit, lumurkan ramuan tersebut pada perut.
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
DIET… sebut sahaja sudah membayangkan betapa sukarnya untuk mengatakan TIDAK kepada makanan yang selama ini menjadi kegemaran kita. Tetapi demi menjaga penampilan dan bentuk badan yang diingini, kenalah berkorban sikit kan.
Bukan hanya wanita, malah lelaki juga sangat menitikberatkan hal ini. Tidak mustahil la apa jua petua atau tip yang dikongsikan akan dicuba untuk melihat keberkesanannya.
Perkongsian dari lelaki muda bernama Harith Faisal mungkin dapat membantu anda yang sedang berkira-kira untuk berdiet.
Dengan hanya 2 bulan mengamalkan diet tersebut, lelaki ini berjaya menurunkan 10 kg. Wow menarik juga kan, yang penting diet nya hanya fokus kepada pengambilan makanan terutama pada waktu sarapan pagi.
Saya nak kongsi pula apa sarapan yang saya ambil sepanjang 2 bulan tu. Sepanjang tempoh diet, saya sarapan dengan oat smoothies home made je. Ala, bukan susah pun. Kejap lagi saya bagitau caranya.
Yang paling penting, bila sarapan dengan oat smoothies ni, perut boleh tahan sampai tengahari. Kalau setakat pukul 12 tengahari tu, biasanya memang tak rasa lapar sangat pun. Dalam pukul 10 pagi sampai 11 pagi, kau layanlah teh hijau segelas dua. Memang best!
SARAPAN NASI LEMAK PARU
Nak ceritanya, dulu-dulu saya ni peminat tegar nasi lemak tambah paru sambal. Memang sedap ya amat. Dalam seminggu, empat lima hari memang itulah sarapan saya. Sekarang dah insaf taubat nasuha. Okay habis cerita nasi lemak.
Saya punya resepi oat smoothies ni sebenarnya try and error je. Masa mula-mula diet, saya buat overnight oat. Sebelum masuk tidur, siap-siap campurkan oat dengan susu sebab nak bagi kembang elok. Esok pagi, makan. Tapi muak gila, macam nak termuntah.
Lepas tu, saya dapat idea dan ilham untuk buat oat smoothies ni. Sampai sekarang saya sarapan benda ni je pagi-pagi. Okay, dah ready nak belajar buat oat smoothies, kan.
BAHAN-BAHAN
300 ml susu segar rendah lemak 4-6 sudu besar oat 2 sudu Nestum
Guna tiga bahan ni saja. Masukkan tiga bahan ni dalam blender. Switch on blender, siap terus. Tunggu dalam 5 minit bagi dia kembang sikit. Kemudian, boleh minum dengan nikmatnya. Gila mudah dan pantas.
Kalau kau takda blender, kau campur dan rendam je 3 bahan tu selama 15 minit. Boleh juga. Tak payah nak pening-pening kepala, okay.
PAKAI SUSU SEGAR JENAMA APA
Sebelum mula diet, sejak kecik saya memang jenis tak suka minum susu segar rendah lemak ni. Biasanya kalau beli Dutch Lady tu, mesti beli perisa Coklat atau Strawberry.
Tapi dah nama pun nak diet, kan. Takkan kau nak buat oat smoothies campur susu perisa Coklat dan Strawberry yang manis tu. Memang kencing manis dan bertambah gemuklah kau dan aku. Haha!
Saya pakai susu segar jenama Farm Fresh. Boleh cari yang tutup oren atau tutup biru. Yang tutup biru lebih rendah lemak. Harga sama, takda beza walaupun lemak tutup oren lagi banyak.
Try and error. Sebelum nak tekad tetap dengan brand Farm Fresh, saya dah cuba buat oat smoothies dengan susu segar jenama HL, Dutch Lady, Summerfield, GoodDay, semuanya tak kena dengan tekak.
Bagi saya brand Farm Fresh yang paling sedap, tak muak. Yang paling penting, terang-terang dia kata “No sugar. No preservative”. Saya akan beli yang 2 liter punya, boleh tahan 6 hingga 7 hari. Tapi sebab anak saya pun suka, 3 hari habislah.
BOSAN SARAPAN YANG SAMA
Biasalah manusia ni cepat bosan, kan. Saya pun bosan juga asyik sarapan benda yang sama je berminggu-minggu. Jadi, saya fikir saya kena tambah sesuatu dalam oat smoothies saya tu.
Jenuhlah fikir akhirnya dapat idea untuk tambah pisang. Tak susah pun. Tiga bahan yang sama macam tadi, kau tambah saja dengan separuh pisang. Kau akan dapat rasa pisang dia sikit-sikit. Kalau nak letak sebiji terus pun boleh. Lagi sedap dan pekat wei.
Pisang apa yang saya pakai? Saya pakai pisang jenis Cavendish. Ala, pisang yang cantik-cantik kat supermarket tu. Saya tak pernah cuba pisang lain untuk buat banana oat smoothies ni. Kau nak cuba, dipersilakan.
Sekali sekala saya akan buat juga Nescafe oat smoothies. Saya pakai Nescafe Gold. 3 bahan yang sama, cuma kau tambahlah separuh sudu Nescafe Gold tu. Rasa dia memang terangkat beb. Lagi sedap daripada kopi Starbucks!
JADUAL MAKAN SEHARI
9.00 am: Oat smoothies + air kosong
11.00 am: Teh hijau + air kosong
1.00 pm: Buah + teh hijau
3.00 pm: Air kosong
6.00 pm: Ayam dan sayur grill + air kosong
9.00 pm: Teh hijau
Untuk makan malam, saya memang ambil sebelum pukul 7 malam. Nasi suku pinggan masa makan malam. Tapi saya tak makan nasi hari-hari pun. Ikut mood.
ENJOY MY DIET
Ada yang tanya, saya ni diet atkin ke. Jawapannya tak. Saya diet ikut suka saya. Saya enjoy turun berat 10 kg dalam 2 bulan. Saya cheat day 2 hari seminggu. Biasanya, saya cheat day hari Sabtu dan Ahad.
Kau faham-fahamlah, weekend kan. Banyak jemputan kenduri itu ini, balik kampung pula ibu dan mak masak sedap-sedap takkan tak nak makan beb.
Saya makan nasi suku pinggan pada hari diet. Kadang-kadang sehari saya tak makan nasi sebab tak teringin sangat dah dengan nasi tu. Makan ayam dan sayur grill tu pun dah kenyang.
Kadang-kadang kitorang masakkan untuk anak. Anak-anak makan tak habis, saya tolong habiskan juga. Tapi masih jaga kuantiti makanan tu lah. Kena faham pasal pengambilan kalori.
Yang paling penting, saya enjoy jaga makan, tak stress, tak berlapar sebab sarapan dengan oat smoothies, tak kembung perut sebab teh hijau sangat membantu. Tau-tau dalam masa 2 bulan dah turun 10 kg. Best sangat.
PENAFIAN
Panjang dah saya kongsikan dalam artikel ni. Kalau kau perasan, kat wall Facebook saya banyak sharing pasal kewangan dan hartanah je sebelum ni. Tapi apalah guna jaga kewangan saja kalau tahap kesihatan ke laut.
Jadi, supaya orang tak salah faham, saya nak tegaskan kat sini yang saya bukanlah dietitian, dan bukan juga doktor. Apa yang saya cerita ni adalah apa yang saya lalui sendiri.
Hari tu masa viral pasal teh hijau, dengar cerita banyak tempat kehabisan stok teh hijau terutamanya Speedmart. Entah-entah kali ni, susu Farm Fresh pulak yang habis stok. Baik kau cepat-cepat beli kejap lagi. Haha! – HF
Peti sejuk atau juga peti ais ibarat peti harta karun yang menempatkan segala macam termasuklah makanan yang sudah di masak, makanan mentah, minuman, buah-buahan, sayuran.
Mungkin ada antara ibu-ibu yang bosan melihat peti sejuk nampak ‘togel’ tidak berbalut. Jadi bagi yang kreatif mereka menampal kertas dinding atau wallpaper untuk menampakkan ia lebih menarik.
Wallpaper ditampal pada dinding untuk mencantikkan dinding. Apabila siap dipasang, wallpaper dapat memberi impak atau tekstur yang berlainan daripada cat. Tetapi jika ditampal pada barangan elektrik, ia boleh mengundang bahaya . Nah baca perkongsian ini sebelum anda mencantikkan peti sejuk di rumah.
USAH PASANG KERTAS DINDING PADA PERALATAN ELEKTRIK.
Pemasangan kertas dinding (wallpaper) boleh menjadikan ruang pada sesebuah rumah itu kelihatan cantik dan menarik. Namun, usah sesekali menampal bahan mudah terbakar itu pada peralatan elektrik.
Selain haba tidak dapat dibebaskan dengan baik, trend pemasangan kertas dinding pada peti sejuk misalnya boleh meningkatkan risiko kebakaran.
Tindakan itu juga dapat mengurangkan keberkesanan dan memendekkan jangka hayat sesebuah peralatan elektrik.
Pasangan suami isteri dan juga pelakon terkenal, Zahirah MacWilson dan suaminya Aiman Hakim Ridza kini membilang hari untuk menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Terbaru, dalam instagramnya, Zahirah berkongsi gambar ketika mengadakan majlis baby shower bersempena kandungannya yang kini mencecah lapan bulan.
Menerusi perkongsian tersebut, Zahirah memuat naik beberapa kepingfoto sambutan penuh meriah yang diadakan di Perth Australia itu di samping suami tercinta aktor Aiman Hakim Ridza serta ahli keluarga.
“Oh baby, terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis baby shower ini, pasti akan diingati,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pada majlis bertemakan warna putih dan oren lembut itu, Zahirah turut memaklumkan semua hidangan pastri termasuklah kek utama disediakan oleh ibunya, Maslinda Yusof yang merupakan seorang bekas chef.
Pasangan merpati sejoli ini bagaimana pun belum mendedahkan jantina anak yang bakal dilahirkan.
Dalam pada itu, Zahirah turut memuat naik pertanyaan sama ada bayi yang dikandungnya lelaki atau perempuan.
Rata-rata peminat dan juga rakan artis turut memberi komen. Ada yang meneka lelaki ada juga beranggapan pasangan ini bakal menimang anak perempuan.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...