‘Perut Si Kecil Tak Sekuat Kita.”Hanis Zalikha Kongsi Tip Bawa Anak Kecil Makan Di Luar

Share

Air tangan ibu sememangnya adalah yang terbaik di dunia. Tidka kiralah masakan ringkas mahupun berat, tetap sedap. Selain menjamu anak-anak dengan air tangan sendiri makan di rumah juga menjimatkan dan terjamin kebersihannya.

Namun tak salah andai anda membawa keluarga makan di luar. Boleh la  ibu-ibu yang bergelar suri rumah ‘gantung kuali’ sesekali kan. Cuma kenalah pastikan kedai yang di pilih itu bersih dan sesuai untuk anak-anak yang masih kecil kan.

Selebriti haniszalikha ada berkongsi akan hal ini di laman instagramnya.

Menerusi kapsyennya, Hanis memberitahu apabila dia dan keluarga keluar makan di luar, kriteria paling penting baginya adalah tempat makan yang bukan saja sedap tapi wajib BERSIH. Terutama sekali kerana dia mempunyai anak kecil yang dibawa bersama, makanan yang dihidang sikit sebanyak pasti akan dirasa juga olehnya.

‘Perut si kecil tak sekuat kita maka saya takkan kompromi faktor kebersihan & keselamatan untuk elak perkara tak diingini seperti keracunan makanan menimpa. 

“Selain itu, cara mudah (tak perlu jenguk dapur restoran atau toilet dulu sebelum order lol) kalau nak tahu sesebuah premis makanan itu benar-benar menyajikan makanan yang bukan saja bersih malah tak perlu diragui ianya dalam kategori sihat & selamat. Caranya ialah memilih premis yang mempamerkan logo BeSS (Bersih, Sihat, Selamat) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Menurut Hanis lagi, selain kebersihan dipastikan terjamin, jumlah kalori dalam hidangan yang disajikan kepada pelanggan pun KKM akan ambil kira. Wah ini sudah bagus terutama untuk mereka yang suka makan tapi nak jaga diet kan.