Air tangan ibu sememangnya adalah yang terbaik di dunia. Tidka kiralah masakan ringkas mahupun berat, tetap sedap. Selain menjamu anak-anak dengan air tangan sendiri makan di rumah juga menjimatkan dan terjamin kebersihannya.

Namun tak salah andai anda membawa keluarga makan di luar. Boleh la  ibu-ibu yang bergelar suri rumah ‘gantung kuali’ sesekali kan. Cuma kenalah pastikan kedai yang di pilih itu bersih dan sesuai untuk anak-anak yang masih kecil kan.

‘Perut Si Kecil Tak Sekuat Kita.”Hanis Zalikha Kongsi Tip Bawa Anak Kecil Makan Di Luar

Selebriti haniszalikha ada berkongsi akan hal ini di laman instagramnya.

Ads

Menerusi kapsyennya, Hanis memberitahu apabila dia dan keluarga keluar makan di luar, kriteria paling penting baginya adalah tempat makan yang bukan saja sedap tapi wajib BERSIH. Terutama sekali kerana dia mempunyai anak kecil yang dibawa bersama, makanan yang dihidang sikit sebanyak pasti akan dirasa juga olehnya.

‘Perut Si Kecil Tak Sekuat Kita.”Hanis Zalikha Kongsi Tip Bawa Anak Kecil Makan Di Luar

Ads

‘Perut si kecil tak sekuat kita maka saya takkan kompromi faktor kebersihan & keselamatan untuk elak perkara tak diingini seperti keracunan makanan menimpa. 

“Selain itu, cara mudah (tak perlu jenguk dapur restoran atau toilet dulu sebelum order lol) kalau nak tahu sesebuah premis makanan itu benar-benar menyajikan makanan yang bukan saja bersih malah tak perlu diragui ianya dalam kategori sihat & selamat. Caranya ialah memilih premis yang mempamerkan logo BeSS (Bersih, Sihat, Selamat) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Ads

Menurut Hanis lagi, selain kebersihan dipastikan terjamin, jumlah kalori dalam hidangan yang disajikan kepada pelanggan pun KKM akan ambil kira. Wah ini sudah bagus terutama untuk mereka yang suka makan tapi nak jaga diet kan.

View this post on Instagram

Makanan yang dimasak sendiri adalah yang terbaik, tapi sekali sekala menjamu selera di luar adalah kemestian yang dapat memupuk keintiman keluarga. Bila "makan kat luar" kriteria paling penting bagi saya ialah tempat makan yang bukan saja sedap tapi wajib BERSIH. Apatah lagi ada anak kecil yang dibawa bersama, makanan yang dihidang sikit sebanyak pasti akan dirasa juga olehnya. Perut si kecil tak sekuat kita maka saya takkan kompromi faktor kebersihan & keselamatan untuk elak perkara tak diingini seperti keracunan makanan menimpa. Jangan tak tahu, ada cara mudah (tak perlu jenguk dapur restoran atau toilet dulu sebelum order lol) kalau nak tahu sesebuah premis makanan itu benar-benar menyajikan makanan yang bukan saja bersih malah tak perlu diragui ianya dalam kategori sihat & selamat. Caranya ialah memilih premis yang mempamerkan logo BeSS (Bersih, Sihat, Selamat) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk dapat sijil & pelekat BeSS kena lalui pemantauan yang ketat – selain kebersihan dipastikan terjamin, jumlah kalori dalam hidangan yang disajikan kepada pelanggan pun KKM akan ambil kira. Kalau melebihi 600 kalori, pengusaha makanan akan diberi khidmat nasihat macam mana nak kurangkannya. Ya.. sampai macam itu sekali jadi logo BeSS ni amat besar maknanya untuk kita gunapakai dalam memilih premis makanan! . Bagi para peniaga & pengusaha makanan pula, rugilah kalau anda masih tak ada pelekat BeSS yang dapat bantu pertingkatkan kepercayaan pengguna untuk memilih makanan awak ni. Rugi sangat-sangat sebab dahlah kakitangan KKM sanggup turun padang untuk bantu anda pastikan hidangan yang sampai kepada pelanggan dalam keadaan Bersih, Sihat & Selamat… ianya diberi secara PERCUMA sahaja. Dah tau ni cepat-cepatlah apply, caranya hubungi je Jabatan Kesihatan Negeri berhampiran atau Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), KKM melalui laman web atau Facebook mereka: BKKMHQ. #BKKMnakpesan #adaBeSSbarubest

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

‘Perut Si Kecil Tak Sekuat Kita.”Hanis Zalikha Kongsi Tip Bawa Anak Kecil Makan Di Luar

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI