Tempoh kehamilan adalah pengalaman yang luar biasa. Selain melibatkan perubahan kehidupan, tubuh anda juga turut berubah dari masa ke masa.
Salah satu simptom kehamilan yang tidak dijangka adalah keadaan perut yang mengeras. Memasuki trimester ke-3, iaitu waktu menghampiri tempoh bersalin, perut ibu akan menjadi keras.
Tetapi anda perlu tahu, keadaan perut mengeras semasa hamil juga boleh berlaku bermula pada trimester pertama dan kedua. Apa sebabnya perut jadi mengeras? Adalah ia petanda kandungan bermasalah?
Berikut adalah beberapa punca situasi perut mengeras ketika hamil mengikut trimester:
Trimester pertama
Dalam trimester pertama, antara minggu 1 hingga 12, terdapat 3 sebab untuk perut mengeras ketika hamil:
* Regangan
* Kembung
* Dalam kes jarang berlaku, keguguran
Keadaan perut berangin adalah masalah biasa ketika mengandung dan boleh menyebabkan kekejangan atau kesakitan yang sangat menyakitkan. Sembelit juga situasi normal untuk terjadi pada awal kehamilan.
Ads
Bayi dalam kandungan akan membesar dan tisu serta ligamen di sekeliling akan mengalami ketegangan. Kesemua pergerakan itu boleh menyebabkan perut sakit, berasa sesak dan kekejangan.
Trimester Kedua
Bagi sesetengah wanita, mereka mula berasakan kontraksi rahim dan ia boleh berlaku secara berkala pada trimester kedua, antara minggu ke-13 hingga 24.
Ia dikenali sebagai Braxton-Hicks – kontraksi palsu atau kontraksi latihan, yang bertujuan untuk mempersiapkan rahim bagi melahirkan anak. Braxton-Hicks adalah keadaan normal untuk dialami dan boleh berlangsung sekitar 30 saat hingga 1 minit. Tetapi adakalanya berlanjutan sehingga 2 minit.
Ads
Ia tidak sesakit kontraksi untuk melahirkan, namun masih akan menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan.
Jumpa doktor secepat mungkin!
Jika terdapat gejala perut mengeras semasa hamil di bawah, maklumkan kepada doktor. Ini kerana ia mungkin petanda kelahiran pramatang:
* Kontraksi kuat dan jarak rapat
* Rasa sakit kontraksi tidak reda dengan rehat atau selepas minum air
* Ada cecair keluar daripada faraj
* Berlaku pendarahan faraj
Trimester Ketiga
Pada trimester ketiga, Braxton-Hicks akan membuatkan perut mengeras. Pun begitu bagaimana membezakan Braxton-Hicks atau kontraksi sebenar?
Ads
Biasanya sebarang perubahan kedudukan, minum segelas air atau berjalan dengan perlahan boleh melegakan Braxton-Hicks.
Kontraksi palsu
* Kadar intensiti dan kekerapan tidak teratur
* Tidak selesa
* Boleh dihilangkan dengan rawatan dari rumah seperti berbaring
* Tiada tanda lain untuk melahirkan anak
Kontraksi sebenar
* Jarak kontraksi semakin dekat dan bertambah kuat
* Rasa amat menyakitkan
* Sebarang rawatan di rumah tidak membantu melegakan
* Disertai dengan tanda untuk melahirkan lain
Tanda anda bakal bersalin yang lain adalah:
* Sakit bahagian belakang atau kekejangan yang berterusan
* Air jernih mengalir keluar daripada faraj – petanda air ketuban telah pecah
* Keputihan disertai darah
Dapatkan pemeriksaan doctor segera jika ibu sudah mempunyai tanda-tanda untuk bersalin atau mengalami masalah keras perut yang berbeza.
Tak boleh nak dinafikan lagi nutrisi yang ada pada sayur yang baik untuk tubuh badan kita. Sebab itu kita digalakkan mengambil sayuran dan buah-buahan melebihi dari makanan lain dalam konsep suku-suku separuh.
Sayur Selalunya kita dengar kalau nak masak sayur, tak boleh lama-lama nanti khasiatnya hilang. Tapi.. Semua sayur ke macam tu? Kalau nak tahu, jom ikuti perkongsian dari dietation ini berkongsi cara mengekalkan zat sayur yang paling maksimum ketika masak mengikut warna sayur.
TIPS MASAK SAYUR SUPAYA DAPAT ZAT PALING MAKSIMUM!
Lama tak bersiaran rasanya tentang diet. Pagi ni nak bagi tips masak sayur supaya dapat zat yang paling maksimum.
Tip Masak Sayur Bukan Berdaun Hijau
Bagi sayur berwarna yang bukan berdaun hijau (contoh tomato, kentang, cendawan dan sebagainya), cara masak bagi sedap dan lebih berkhasiat adalah MASUK PADA AWAL MASAKAN.
Masuk masa awal tumis, atau awal kacau, mendidih bukan last sekali.
Ini sebab sayur tersebut ada natural MSG dan akan buat masakan lebih rasa sedap. Lagi lama masak lagi banyak natural MSG dari natural foods.
Bagi sayur berdaun hijau (contoh sawi, kangkung, bayam etc), cara masak bagi lebih berkhasiat adalah MASUK PADA AKHIR MASAKAN.
Masuk paling sekejap, paling last, lagi fresh lagi baik.
Ini sebab sayuran begini ada water soluble minerals (seperti potassium) yang mudah hilang dalam air atau kuah dan juga hilang waktu masak suhu tinggi. Jangan masak terlalu lama untuk elak zat ni hilang.
Ambil Sayur Separuh Pinggan, Suku-Suku Separuh
Jangan lupa lepas masak ambillah separuh pinggan sayur (boleh campur macam-macam jenis yang masak, yang fresh, yang berkuah ke tak).
Tak biasa makan banyak? Naikkan sikit-sikit sampai capai target. Caiyok jom makan sayur.
Anda yang tidak suka makan sayur, boleh mula melatih diri secara perlahan-lahan kerana rugi kepada badan sekiranya tidak mempunyai zat daripada sayur. Selamat mencuba!
Dua beradik warga Myanmar maut dipercayai selepas memakan sisa makanan dalam tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut di Langkawi.
Memetik laporan Bernama, ketika kejadian sekitar jam 5.30 petang, bapa mangsa ternampak kedua-dua anaknya yang dikenali dengan nama Nizambudin dan Ngei Jamaludin berada di kawasan tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang dan mulut berbuih.
Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari, si bapa yang panik dengan situasi tersebut segera membawa anak-anaknya yang berusia empat dan dua tahun itu ke rumah jiran berdekatan. Beberapa minit kemudian, penduduk kampung mendapati kedua-dua mangsa sudah tidak bernafas sebelum menghubungi pihak polis.
Hasil siasatan awal mendapati bapa mangsa bekerja mengambil upah membaiki kelengkapan bot selain melakukan kerja-kerja kampung. Keluarga kecil ini juga tidak mempunyai kediaman tetap dan hanya menumpang di rumah jiran.
Difahamkan, mayat kedua adik beradik itu di hantar ke Hospital Sultanah Maliha untuk proses bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Dalam usaha kita menjaga kesihatan keluarga, faktor utama yang perlu diberi fokus adalah dalam hal pengambilan makanan sihat. Ini memandangkan apa yang kita makan akan mempengaruhi tahap kesihatan seseorang.
Oleh yang demikian, hal ini tidak boleh dipandang remeh. Contohnya kesan pengambilan makanan yang mengandungi pewarna tiruan.Siapa sangka perkara ini macam biasa sahaja tapi kesannya pada jangkan panjang cukup membahayakan kesihatan.
Ini sebagaimana penerangan yang diberikan oleh doktor ini, jom semak.
PEWARNA MAKANAN DIKAITKAN HIPERAKTIF, MASALAH SENSITIF DAN KANSER
Cerita pasal vitamin C, rupanya isu bukan pada kandungan gula saja. Pewarna tiruan juga kena cakna.
Vitamin C ni bentuk serbuk putih. Bila dah lama..dah "masuk angin", ia akan bertukar kuning keperangan. Sebab tu, warna oren-kuning digunakan untuk cover lah..supaya vitamin C nampak sentiasa baru.
Warna kuning yellow sunset ni pewarna yang biasa digunakan untuk makanan, minuman dan suplemen. Kami sekeluarga memang sebolehnya elak daripada pewarna makanan dan minuman ni.
Pewarna ni dikaitkan dengan anak-anak jadi hiperaktif. Apatah lagi kalau letak dalam makanan tinggi gula macam aiskrim, gummy warna warni dan air berperisa "oren".
Kesian anak-anak..Kita rasa mereka aktif dan bertenaga..Tapi sedar tak bila anak-anak aktif tak boleh duduk dia.. merengek dan mengamuk je sokmo. Termenung, tak boleh fokus buat kerja. Asyik emo dan menjawab je..Kita marah mereka buat perangai pula. Molek kita check apa makanan kita provide mereka. Tau tak..makanan pun boleh sebabkan mereka ni jadi aktif semacam ni
Selain hiperaktif, pewarna makanan ni juga dikaitkan dengan alahan dan hipersensitif. Risau tengok sekarang kes ekzema, resdung, asma, GERD mental ni dah jadi biasa sangat.
Kesian sebab ramai tak tahu pewarna makanan ni juga mungkin sebab sakit tak pulih-pulih. Wallahua'lam. Kami elak je semampu boleh sebab tak nak sakit.
Paling takut bila ada kajian saintifik kaitkan pewarna tiruan ni dengan kanser. Pihak yang duk kata selamat pun tak tau apa punca kanser..Jadi moleklah saya educate keluarga saya jauhi yang meragukan.
Pewarna ni bukan beri nutrisi pun. Lainlah pewarna biru bunga telang, warna kuning kunyit, warna merah beetroot..Dah la natural, berkhasiat pulak tu..Kalau buat bisnes, ni boleh jadi USP..kredibiliti produk makanan pun boleh naik..Orang nak beli sebab tau kita cakna..cuma kena buat marketing sikit lah educate orang ramai.
Akhirnya, pilihlah makanan bukan saja halal ya..tetapi toyyiban untuk ahli keluarga kita..Anak-anak kecil tu amanah kita. Mulai hari ni, kita azam jangan biasakan beri pewarna+gula tak kira dalam bentuk aiskrim, gula-gula atau vitamin ya.
Insha Allah, hidup lebih sihat dan sejahtera bila kita pilih makanan yang fitrah kepada badan kita.
Simpanan KWSP yang dibuat pada setiap bulan sebenarnya banyak membantu kita. Selain pengeluaran KWSP untuk deposit rumah, ramai yang tidak tahu sebenarnya ada cara untuk bayar bulanan rumah dengan melakukan pengeluaran duit dalam Akaun 2 KWSP.