Perut meragam atau terasa kembung berangin selepas berbuka pastinya akan menjadikan kita rasa tidak selesa untuk menunaikan solat tarawih dan sebagainya. Jika sekali sekala boleh tahan lagi, tapi jika kerap terjadi, tentu ada sesuatu yang tidak kena dengan cara pengambilan makanan sepanjang Ramadan ini.
Memahami kenapa keadaan kembung perut tersebut boleh terjadi selepas berbuka, jom baca perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad ini. Semoga selepas ini kita dapat elakkan daripada berlakunya kembung perut setelah berbuka dan dapatlah menjalankan ibadah dengan lebih tenang dan selesa.
MENGELAKKAN KEMBUNG PERUT SELEPAS BERBUKA DI BULAN RAMADHAN
Kembung perut berpunca dari pengumpulan gas di dalam perut dan usus besar. Ia berlaku kepada hampir semua individu bergantung bagaimana dia makan dan apa yang dia makan.
Cara mengelakkan kembung perut selepas berbuka dengan cara :
Ads
1. Jangan makan secara berlebihan sehingga terlalu kenyang. Makan dalam jumlah yang kecil dan boleh diulang semula selepas solat maghrib dan terawih.
2. Kurangkan makanan yang yang banyak lemak (santan) atau pedas. Makanan yang berlemak menyebabkan perut terpaksa bekerja lebih untuk menghadamkannya. Pedas pula akan meningkatkan asid dalam perut.
3. Jangan makan dengan cepat atau terlalu gelojoh.
Ads
4. Minum air dahulu dapat menyediakan perut untuk bekerja semula setelah berehat ketika berpuasa. Makan secara perlahan-lahan. Walaupun kita makan sedikit, rasa kenyang akan dapat dirasakan selepas 20 minit mula makan.
Ads
5. Banyakkan makan buah-buah seperti kurma, pisang dan tembikai untuk memudahkan penghadaman.
Bila kita lihat kembali gambar kenang-kenangan semasa bercuti dengan keluarga di tempat yang menarik, mesti ada sahaja orang lain di dalam gambar keluarga kita. Maklumlah tempat tumpuan ramai, agak sukar untuk kita bergambar tanpa ada yang lalu lalang di kawasan tersebut.
Kadang-kadang kecewa juga, bila kita anak beranak sudah posing cantik dengan lokasi pun sangat menarik, tapi tiba-tiba ada pula insan lain muncul dalam frame gambar kita. Sekali gus menjadikan gambar tersebut seakan tidak menarik bagi kita. Gambar sebegitu dipanggil photobomb.
Jadi usah risau atau kecewa, ada cara yang sebenarnya yang boleh anda lakukan untuk ‘menghilangkan’ gambar orang-orang yang tidak diingini berada di dalam gambar keluarga anda dengan begitu mudah sekali.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Masyitah Sedek di facebook miliknya dan diharapkan perkongsian ini dapat menggembirakan hati anda dan dalam masa yang sama menyelesaikan masalah gambar yang selama ini ada rasa tidak puas hati gara-gara ada sahaja orang yang tidak dikenali berada di dalam gambar tersebut.
Cara Untuk ‘CleanUp’ Gambar
Langakah 1 : Taip CLEANUP PICTURE’ di google
Langkah 2 : Pilih gambar
Langkah 3 : Padam orang yang tidak berkenaan dalam gambar
Wow! Sangat mudah bukan? Hanya dengan beberapa saat anda telah berjaya memadam atau menghilangkan gambar orang lain yang berada di dalam gambar anda dengan sempurna.
Apa yang lagi mengujakan, tanpa perlu install apps dan tanpa perlu sebarang caj bayaran, cleanup picture boleh lakukan apa yang anda inginkan selama ini untuk mendapatkan gambar yang lebih menarik dan sempurna.
Pilu hati seorang ayah sukar diungkapkan dengan kata-kata bila mana tiga anak pergi buat selama-lamanya . Namun, sebagai umatNya, Mohd Ismail 64, , bapa kepada tiga beradik yang lemas di Sungai Terengganu, dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu, semalam reda dengan apa yang berlaku.
Dalam perkongsiannya menerusi Harian Metro, Mohd Ismail yang bekerja membawa kenderaan jenazah berkata, sudah menghantar hampir 40 jenazah ke tanah perkuburan tetapi kali ini dia tidak ada daya untuk berbuat demikian. “Semangat saya menjadi lemah.Saya berasa sebak apabila melihat tiga keranda di ruang tamu rumah dan tidak berupaya untuk membawa sendiri jenazah anak ke tanah perkuburan,”ujarnya. Dia bagaimanapun tetap reda dengan pemergian mengejut ketiga-tiga anak dan bersyukur kerana usaha pasukan keselamatan mencari mayat ketiga-tiga mereka selesai dalam masa yang singkat. “Saya reda kerana orang kata mati lemas jadi syahid dan hadiah untuk mak ayah. Sebalik yang buruk ada baiknya,” katanya. Mayat Umar Iskandar, 21, Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 16, ditemui antara jam 9.50 pagi hingga 12.40 tengah hari. Mohd yang juga pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuala Berang berkata, tiga anak terbabit menjadi harapan keluarga dan anak yang baik serta bertanggungjawab. Menurutnya, Allahyarham Umar yang menuntut di Universiti Malaya (UM) bercita-cita menjadi pakar matematik, Allahyarham Khalif Naim pula belajar di Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang mahu menjadi kadi, bagaimanapun Allahyarham Khairil Firdaus tidak berkongsi cita-citanya. “Saya nampak kesungguhan mereka belajar dan saya selalu mengingatkan mereka supaya belajar bersungguh-sungguh kerana kita orang susah,” katanya yang menjadi pemandu kereta jenazah dan pengurusan masjid sejak menamatkan perkhidmatan dengan TNB kira-kira empat tahun lalu. Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi memberi bantuan kewangan dan semangat serta pasukan keselamatan yang bertungkus-lumus sepanjang operasi. Sementara itu, pemergian Khalif Naim Mohd, 16, dianggap suatu kehilangan besar buat warga Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang, memandangkan Allahyarham adalah pelajar yang pintar dan berbudi pekerti.
Guru tasmik halaqah al-Quran sekolah tersebut Mohd Sidik Hassan berkata, Allahyarham adalah seorang pelajar yang sangat menghormati guru, disenangi rakan, dan mempunyai ingatan cerdas dalam hafazan al- Quran. “Allahyarham baru sahaja tamat menghafaz 30 juzuk al-Quran pada 10 Mac lepas. Allahyarham memang pelajar yang bagus, dan senang dibawa berbincang…. bersama-samalah kita semua doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Khalif Naim bersama dua abangnya, iaitu Umar Iskandar, 21 dan Khairil Firdaus, 17, dikatakan ke sungai itu yang terletak hanya 200 meter dari rumah mereka, kira-kira 6 petang semalam.
Mayat ketiga-tiga beradik itu ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar sungai degan mayat pertama, Umar Iskandar ditemukan 100 meter dari lokasi kejadian pada pukul 9.50 pagi.
Ia disusuli mayat kedua, Khairil Firdaus, pada jarak 150 meter pada pukul 11.36 pagi dan mayat terakhir, Khalif Naim, pula ditemukan pada pukul 12 tengah hari tadi, dengan jarak 170 meter.
Khairil Firdaus ialah pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang, manakala Umar Iskandar adalah penuntut Universiti Malaya. Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu Md Hilman Abd Rashid berkata, kes lemas tiga beradik itu adalah kes ke-13 yang berlaku di Terengganu sejak 1 Jan lepas.
“Kebanyakan kes lemas berlaku disebabkan mangsa tidak biasa dengan keadaan persekitaran di lokasi kejadian, sama seperti tiga beradik ini mereka tidak biasa mandi di sini dan banyak kemungkinan yang berlaku (punca lemas), seperti pasir jerlus, lumpur dan sebagainya.
“Saya nasihatkan rakyat Terengganu agar sentiasa berhati-hati apabila pergi ke tempat peranginan seperti sungai dan pantai, peka dengan bahaya yang ada ,kerana kemalangan dan kecederaan boleh berlaku tanpa dijangka,” katanya.
Sumber: BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kesan tumisan minyak yang memercik bukan hanya dipermukaan dapur malah dinding dapur juga turut terkena. Biasanya kita akan mengelap dengan kain pengelap dan barulah membersihnya dengan span dan sabun bagi menghilangkan minyak hingga bersih.
Pun begitu, kotoran sebenarnya masih lagi tertinggal. Walaupun nampak bersih namun dapur kita tidaklah berkilat dan cantik seperti baru.
Petua yang dikongsikan oleh Rohaslizawati Ibrahim di facebook ternyata sangat hebat. Dengan hanya gunakan ubat gigi, dapur gasnya tampil berkilat seperti baru. Hebat!
Nak kongsi cara saya bersih dan kilatkan dapur gas guna ubat gigi. Daki kat celah-celah semua hilang.
Langkahnya:
1. Sapu ubat gigi di permukaan dan celah-celah dapur.
2. Kemudian gosok guna tuala atau tisu lembab.
3. Kalau tempat yang degil tu letak banyak sikit ubat gigi.
4. Bila dah siap, gosok dan lapkan dengan tisu atau tuala basah.
5. Bila dah bersih, lapkan dengan tisu atau tuala kering. Siap!
Dah kilat rasa sayang pulak nak masak??
Hebat kan? Paling penting tak gunakan kos yang banyak. Ambil sedikit ubat gigi yang ada di rumah dan cuba bersihkan dapur kita. Senang saja!
Kredit: Rohaslizawati Ibrahim via Deco Ruang Dapur
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apa nak jadi dengan dunia sekarang, Perbuatan sumbang mahram makin menjadij-jadi sekarang. Terbaru, kejadian zina sumbang mahram berlaku di negeri Kelantan yang mana melibatkan...