Menu babat atau perut lembu, sedap memang sedap rasanya bagi yang menggemarinya. Tapi bila mengetahui proses dan cara untuk penyediaannya bukanlah semudah yang disangka, maka sebab itu juga tidak ramai yang mahir untuk menyediakan menu tradisi ini.
Pun begitu, andai ada yang ingin mencuba menyediakan hidangan babat dengan melakukan sendiri proses membersihkan perut lembu bermula dari dicuci hingga selesai dimasak, dirasakan info yang dikongsikan ini dapat membantu.
Jom semak.
Ada yang tanya saya,macam mana saya cuci perut lembu a.k.a Babat, Yang saya masak Lemak Cili Padi tadi….Macam ni lah keadaan perot yang belum di kikis,memang hitam…
Ada orang suka makan perot hitam,ada orang suka perot putih..macam saya memang tak reti makan perot hitam, citarasa masing-masing kan.
Caranya, saya rendam dengan air kapur makan(kapur yang orang makan sirih tu sahaja),lepas tu kikis sampai bersih…Nak kikis tu memang kena sabarlah ye, sabar tahap Musang berjanggut..Benda sedap memang susah nak keje kan…hihi…
Ads
Cara-cara pembersihan/merebus
Rendam dalam air kapur makan(kapur yang orang makan sirih tu) dalam 30min-1jam
Lepastu bersihkan buang yang hitam-hitam.
Lepastu cuci dengan air limau untuk hilang bau…Dah bersih siap.
Lepas tu rebus sekejap, untuk memudahkan proses pemotongan…
Dah siap potong,rebus semula sampai empuk, letak sikit hirisan halia…macam ni cara saya buat,insyallah bau pon tak ada ya…..
Resepi Masak Lemak Cili Padi Perot lembu dan Rebung
Ads
Bahan-bahan:
Perut lembu (dibersihkan,direbus dan dipotong)
1 biji kelapa (perah santannya~asingkan yang pekat dan cair)
1 inci Kunyit hidup~kalau rajin boleh tumbuk dengan lesung batu,kalu malas kau blend jek🤣🤣
1 inchi asam gelugor
1 batang serai (dititik)
20-25 biji cili padi
Garam secukup rasa
Cara-cara memasak:
Ads
1. Perut lembu direbus hingga lembut/empuk dan dipotong mengikut citarasa masing-masing.
2. Masukkan perut lembu yang dah dipotong…Masukkan bahan ² yg dah ditumbuk/blend
3. Masukkan santan cair ke dalam periuk dan. Kemudian masukkan serai yang dah dititik, dan asam gelugor. Rebuskan lagi hingga mendidih.
4. Akhir sekali, masukkan santan pekat. Biarkan atas api yang perlahan ,kacau ye,supaya tidak pecah minyak. Tunggu beberapa minit dan sudah siap untuk dihidang!
TIPS: Semasa merebus perut lembu, masukkan halia sekali untuk hilangkan bau.
sumber : CikPuan Julie Raja Iskandar via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Buat anda yang pernah merasa keenakan menu Koey Teaw Th’ng di Penang tentu akan berasa rindu untuk menikmatinya lagi. Namun dek kerana kita tidak dapat untuk merentas negeri, apa kata kali ini anda sediakan sendiri untuk dinikmati bersama seisi keluarga. Hari-hari makan nasi dengan menu yang hampir sama, tidak berselera juga dibuatnya.
Jadi apa kata rajinkan diri memasak Koey Teaw Th’ng sepertimana resipi yang dikongsikan oleh Azlan Rahman ini. Bahan-bahan yang digunakan juga tidak susah untuk didapati, petik jari pun boleh buat.
Ini perkongsiannya;
Cuti-cuti macam ni selalu teringat kampong halaman makanya tekak pon nak rasa masakan Kampong halaman.. Dipersembahkan Koay Teow T’ng Penang Style.
Orang Penang mesti pernah makan & sukaaaaa kan resepi seperti berikut :
Semangkuk Koay Teow T’ng Penang Style mengandungi:
Koay Teow (dicelur)
Sup Ayam
Minyak Bawang Putih (WAJIB ADA!!!)
Sambal
Condiments: Fishball + Fish Cakes + Lobak Masin + Daun Bawang
Optional : Teloq Burung Puyuh
Bahan-Bahan Sup:
4 Ketul Isi ayam (bahagian dada)
1 Kiub Pati Ayam
Seketul Halia (dipotong nipis)
2-3 Ketul Gula batu (ikut manis yg nak)
Garam
3-4 Keping Sengkuang (optional)
Rebus semua bahan2 di atas sampai ayam masak.. kemudian angkat isi ayam & carik2kan… air rebusan tu jadikan broth menu ni..
broth / sup ni kena manis..pandai-pandai agak & adjust dengan garam sikit
Nota kaki: dalam broth/sup tu nk boh tulang2 ayam sikit pun sedap..hehe pandai2 la olah..
Bahan-Bahan Sambal:
2-3 Ulas Bawang Merah
1- 2 Ulas Bawang Putih
Cili Kering (diblender) – ikut kepedasan yang kita nak
Sedikit Sos Tomato
Tumis bawang merah & putih yg telah dihiris
Hampir garing, masukkan cili kering
Masak sampai pecah minyak
Add in sos tomato sikit
Masukkan sikit garan & gula
Dan.. SIAP!!! (sambal jgn manis sebab sup dah manis)
Bahan-Bahan Minyak Bawang Putih:
2 – 3 Labu Bawang Putih
Minyak masak untuk menggoreng
Sedikit minyak bijan
Racip bawang putih haluih2.. kecik2.. kalau malas, p beli kat tesco yg dah siap potong kecik2
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih tadi.. minyak banyak tak pa.. goreng hingga garing.. api jangan kuat sgt tau
Bawang hampir garing, titiskan 2-3 titik minyak bijan.. jangan banyak sgt, minyak bijan kuat flavour dia..
Dan… SIAP!!!
Maka, tersedialah menu ini.. Selamat mencuba & semoga memberi manfaat & kebahagiaan untuk kita sekeluarga.
Nak menu simple tapi sedap, apa kata cuba buat Roti Goreng ini. Bukan sahaja menyelerakan malah puas dapat makan. Buat sendiri lagi jimat. Boleh dijadikan menu untuk sarapan pagi mahupun minum petang seisi keluarga.
Kalau beli sebijik Rm3.. jadi abg buat je lah sendiri lebih jimat dan puas makan utk mak dan adik2..
Buat makan pagi dan makan petang boleh je.. sgt sedap..
Okay sbb kan ramai sgt nk resepi abg sertakan sekali..
Cara membuat:
Mula2 buat isi dalam dia dulu. Tumis bawang besar dan bawang putih yang di potong dadu. Dah kekuningan masukkan daging Berger Ramli tu..
Tumis sampai masak daging tu. Bancuh serbuk kari dgn air. Masukkan bancuhan tu ke dalam kuali tadi. Perasakan ( seeloknya bg masin sikit biar sedap sbb roti tu tawar)
Nak tambah kentang potong dadu pun boleh, tambah daun kali pun boleh supaya wangi kari tu. Dah masak ketepikan ye..
Belah tepi roti dan masukkan inti td tu.. letak lebih supaya lebih sedap… Tambah sos cili kt dalam inti tulepas tu bungkus pakai kulit popiah.. buat bancuhan tepung gandum dgn air suam.. rendam roti dalam bancuhan tepung td lepas tu boleh lah balut. Siap balut boleh lah terus goreng dan siap utk dihidangkan.
Kalau inti tu ada lebih boleh tambah telur olah jadikan roti John. Buat tu biar lah lebih boleh kongsi dgn saudara dan jiran2 terdekat. Tidak akan miskin org yg selalu kongsi rezeki dgn saudara dan jiran2nya..
Sesekali sediakan hidangan istimewa dan cukup lengkap untuk keluarga anda dengan menyajikan menu Rendang Hati & Pedal Ayam Kacang Panjang. Istimewanya tentang juadah ini, ia merupakan hidangan seakan dua dalam satu. Boleh dijadikan menu utama ketika dimakan bersama nasi dan dalam masa yang sama sebagai hidangan sayur yang cukup berkhasiat.
RENDANG HATI DAN PEDAL AYAM KACANG PANJANG
Bahan – bahannya :
300 gm kacang panjang dipotong 2 inci
400 gm hati dan pedal ayam
2 batang serai – dititik
1 keping asam gelugur
500 gm santan pekat
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan-bahan kisar/ditumbuk :
20 biji cili api
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
Cara-cara penyediaan:
Bersihkan hati dan pedal dengan mencampurkan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perapkan seketika.
Setelah itu rebus hingga empuk dan dipotong kiub atau memanjang.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar/ditumbuk tadi beserta serai yang dititik sehingga garing.
Apabila garing masukkan hati dan pedal ayam. Selepas itu, masukkan santan dan asam keping.
Apabila hampir kering dan terbit minyak masukkan kacang panjang serta garam secukup rasa
Siap untuk dihidangkan.
Kreadit : Resipi dibawakan khas dari FAMA dengan kerjasama Chef Anuar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...