Perut Lebih Lama Terasa Kenyang Kalau Ambil Ni Ketika Sahur! Mudah Sangat, Tak Perlu Masak Pun!

Share

Bila bercakap tentang makanan ketika bersahur, teringat pesan orang dulu-dulu. Katanya ketika bersahur elakkan makan ikan masin atau telur masin. Nanti boleh menjadi sebab tekak cepat terasa haus. Begitu juga jangan makan makanan yang pedas-pedas bimbang pedih perut dan pelbagai lagilah pantang larangnya.

Apa yang pasti, pemilihan makanan yang diambil ketika sahur sangat penting untuk memastikan perut tidak meragam dan diharapkan makanan yang dimakan itu akan dapat memberi tenaga untuk kita laksanakan ibadah puasa dengan sebaik mungkin.

Umumnya, selain ramai amalkan makan buah kurma ketika bersahur, kita juga boleh makan oat yang disifatkan sebagai makanan yang boleh menyebabkan perut terasa kenyang lebih lama berbanding nasi mahu pun mi.

Bahan utama: OAT (Rolled Oat)
Kenapa oat?
– lebih kenyang berbanding nasi
– sesuai untuk sesiapa yang tak selera nak makan nasi ketika sahur
– lebih sihat. Bagus untuk jantung, kurangkan berat badan dan kolestrol.
– mudah dan cepat
– sesuai untuk sesiapa yang tak nak makan berat tapi nak kenyang

Kenapa rolled oat?
Sebab tekstur rolled oat lebih tebal dan kasar berbanding oat biasa. Jadi, bila direndam dalam air atau dimasak, ianya tidak terlalu lembik dan muak bila dimakan. Lagi satu, rolled oat memang asli tanpa sebarang gula atau bahan tambahan lain. Jadi memang ‘clean’ ye.

Macam mana rupa rolled oat?

Ada macam-macam jenama rolled oat ni. Saya paling suka yang merah tu. Boleh beli di kedai bakery, giant, tesco atau aeon. Pasaraya kecil selalunya tak ada rolled oat. Ada oat kisar yang biasa tu je.

Instant oat tak sesuai untuk resepi overnight oat ya. Nama pun ‘instant’ kan, masa nak makan tu baru bancuh. Jika direndam lama nanti kembang semangkuk jadinya. Takut tekak muak tak boleh telan. Instant oat lebih halus dan lembut, serta dah dicampur dengan pemanis/perasa tambahan.

Cara makan:
Boleh dimasak atas api, direndam dalam air panas, dimakan dengan sup/tomyam, dikisar halus sebagai smoothie atau dijadikan overnight oat dan dimakan sejuk.

Bahan-bahan utama:
• 4-5 sudu rolled oat
• Susu low fat/ full cream/ berperisa
• Buah-buahan
* Kiwi tak sesuai untuk overnight ya nanti pahit. Nak makan baru letak.
* Buah segar lagi bagus untuk lawas. Buah kering pun beres.

Bahan tambahan (optional);
• yogurt
• madu
• chia seed/ flaxseed
• kekacang
• peanut butter
• serbuk kayu manis
• serbuk koko

Nota kaki: Ni saya tunjuk cara versi sihat ya. Kalau anda tak kisah pasal kalori, gula dan sebagainya, terpulanglah nak letak apa dan banyak mana kuantitinya.

Tak boleh telan oat? Kembang tekak? 
Cuba dulu resepi-resepi ni. Kalau tak boleh telan juga, makanlah roti atau biskut. Tak selera juga? Minum susu dengan kurma je dah.

RESIPI 

Overnight oat kurma

Overnight oat kurma
– kurma 3 biji. Kisar dengan susu dan chia seed.
– gaul dengan rolled oat. Sejukkan.

 

Oat mango chia pudding

Oat mango chia pudding
– 4 sb chia seed dicampur dengan sedikit susu. Biarkan hingga pekat jadi puding.
– lapiskan dengan mangga, susu dan oat.

 

Banana Dragonfruit smoothie

Banana Dragonfruit smoothie
– kisar rolled oat, pisang, dragonfruit dan susu
– tabur ketulan pisang dan kuaci labu

Semoga Ramadhan kali ini mengajar kita ke arah hidup lebih sihat. Ramadhan kareem everyone. Selamat berpuasa!

sumber : Fadhlia Nuur