Perut Kembung Terasa Keras Macam Batu. Boleh Cuba Petua Orang Arab Dengan Minum Air Ni!

Share

Jangan tak percaya, bukan kita orang Melayu sahaja yang mengamalkan petua untuk penjagaan kesihatan dengan menggunakan rempah ratus. Bahkan orang Arab juga percaya khasiat rempah yang sering digunakan dalam masakan dapat membantu melegakan masalah perut kembung.

Diakui kembung perut ini walau ia bukanlah penyakit yang serius, tapi jika dibiarkan boleh membuatkan rasa tidak selesa malah perut juga akan terasa mengeras seperti batu.

Tahukah anda, untuk meredakan kesakitan itu rupanya orang Arab akan mengamalkan minum air rebusan jintan putih.

Ini sepertimana  yang dikongsikan oleh Emma Wan Noordin. Jadi bolehlah anda mencuba petua ini untuk meredakan ketidakselesaan pada perut.

Pernah tak kena bloated stomach sampai makan gaviscon dan ubat gastric pun tak jalan.

Asyik nak muntah dan perut keras macam batu?

Ni my husband bagitau petua yang orang Arab selalu guna kalau ada masalah perut kembung.

Bahan-bahan:

1 cawan air

1 sudu besar serbuk cumin @ jintan putih

Lemon

Cara Penyediaan:

1.Masak air dan serbuk jintan putih selama 5 minit.

2. Kemudian tapis airnya

3. Kemudian perah lemon sebelum minum

After that sure perut akan lembut dan tak rasa keras dah…Cubalah! Cumin memang elok untuk perut.

Sumber : Emma Wan Noordin 

Saksikan sepanjang minggu ini bermula 7 hingga 11 Februari di fb keluargamagazine setiap jam 2.30 petang.

Bersama kita tambah ilmu berkenaan kesihatan keluarga #rawatdiri bersama  doktor pilihan.

Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!

Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.

 

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!

Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.