Tiada yang lebih menggembirakan bagi seorang wanita apabila mengetahui diri sedang berbadan dua. Rasa syukur dan gembira dikongsikan bersama yang tersayang. Demikian juga dengan Yatt hamzah yang berkongsi berita gembira dirinya kini sedang hamil anak keenam.
Berita tersebut dikongsikan menerusi laman instagramnya. Menurut Yatt lagi, kandungannya kini memasuki usia 20 minggu. Biarpun hamil dalam usia 40 tahun, namun Yatt bersyukur kerana tidak mengalami sebarang masalah, sebaliknya kandungannya sihat selain dirinya sendiri kuat untuk melalui proses kehamilan tersebut.
Perut makin besar, pipi makin bulat, mata makin kecil.. Ish ish ishhhh..
.
Pada usia kandungan 20 minggu (5 bulan) patutnya dah boleh tahu jantina baby kan.. Rasanya baby girl lagi ke atau boy kali ni..?
Apapun Allah bagi bonda OK je Alhamdulillah.. Tak tahulah abahnya.. 😅
.
Alhamdulillah kehamilan ke – 6 pada usia 40 tahun. Alhamdulillah Allah bg sihat, kuat dan cergas.. walaupun kdg2 x larat dan asyik sakit pinggang je..
.
mengalami keguguran pada September tahun lalu akibat keracunan makanan.
Yatt yang mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016 dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Medina, 3, dan Suci Hawa Zulaikha yang kini berusia setahun.
Sebelum ini, Yatt turut mempunyai seorang anak, Suci Hanania Malika, 11, hasil perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Shukor.
Sumber: yatthamzah_suci
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club