“Pertemuan Ibu & Anak. Pilu Campur Gembira, Tak Terkata.” Sedar Selepas 5 Bulan Koma, Sebak Lihat Sentuhan Pertama Wanita Ini.

Share

November tahun lalu, sepatutnya menjadi detik yang paling bermakna buat pasangan ini apabila buat pertama kalinya mereka bergelar ibu dan ayah. Namun ketentuan Tuhan siapa yang mampu menduga.

Ketika melahirkan bayinya, wanita ini mengalami komplikasi seterusnya koma di Unit Rawatan Rapi ICU Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu. Doa yang tidak putus-putus dari suami dan keluarga, akhirnya selepas lima bulan koma, ibu ini sedar.

Saat yang paling memilukan apabila buat pertama kalinya, ibu ini dapat menatap dan memegang anak kesayangan.

Sebak dan terharu apabila melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh Hasirah Nujiey ini.

Apa yang menyedihkan, ibu tidak henti menangis ketika anak sulungnya itu berada di pangkuan. Sebak!

SENTUHAN PERTAMA….

02.04.2019 ( hari ke 138 )

Pertemuan antara ibu dan anak…. pilu campur gembira.. tak terkata… 
Air mata laju je keluar..
Moklaa angkat tangan untuk ambik anak nya.. tapi apakan daya.. dia tak mampu..

separuh saja terangkat.. tak sampai.. Allahhhuuuuu…

 ????????

Moklaaa.. kuatlah demi anak mu…
Sentuhan pertama.. pipi ke pipi…
Moklaa menangis sekuat hati..
Syahmi turut meratapi…
???

Semoga sentuhan itu dapat menerbitkan keajaiban dari Allah…
Sembuhkan lah Moklaaa….

Ujian yg Allah s.w.t turunkan pada kita telah mengajar kita..
erti PENGORBANAN
erti KEKUATAN
erti KESABARAN
erti KETABAHAN
erti KESETIAAN
erti KASIH SAYANG
Perancangan Allah adalah yang sebaik2nya…

Senyuman ini untuk Moklaaa.. 
Kami tak pernah lupa berdoa untuk Moklaa.. kami lah kekuatan Moklaa.. 
Setiap dugaan ini kami terima dengan hati yang redha…

Buat insan yang bergelar suami kepada Moklaa.. EN. Muhd Saiful… terima kasih atas kesetiaan mu terhadap isteri…

Kau korbankan pekerjaan, keselesaan, kebebasan berkawan semata mata untuk kesetiaan menunggu disisi seorang isteri…
Kata si suami.. ” pekerjaan boleh dicari ganti “

SENYUMLAH UNTUK KESIHATAN MOKLAA…
AGAR MOKLAA TIDAK MERASA DIRINYA BEBAN BUAT ORANG LAIN…

#PRAYFORMOKLAA

Sumber: FB Hasirah Nujiey