Cili merupakan salah satu tanaman yang selalu ditanam di rumah. Walaupun pokok ini kecil untuk memastinya subur amat sukar.
Bagi yang pernah mencuba pastinya menghadapi masalah untuk menanam tanaman ini. Untuk menanam ini ada petuanya.
Ikuti perkongsian ini.
Alhamdulillah. Terima kasih pokok cili lepas la utk buat sambal belacan.
First time tanam pokok cili menjadi. Terima kasih pada kawan-kawan grup ni yang tak lokek share petua. Saya harap kawan-kawan akan teruskan share petua walaupun berulang kita kan cepat lupa.
Ini antara petua yg saya dapat dari grup ni :
1. Cubit pucuk tu, dia akan tumbuh pucuk baru & berbunga & berbuah.
2. Kalau ada serangga putih tu blend bawang putih & cili api – air dia spray kat pokok.
3. Tabur serbuk kunyit keliling pokok cili (belum try lagi) untuk merawat daun cili yg kerinting
Tqvm Aminah Kadir share petua.
4. Rendam kulit bawang dgn air beras agak 2.3 hari lps tu siram nanti byk buah dio.
5. Jemur kulit telur sampai kering lps tu tumbuk hancur tabur dkt pangkal pokok cili tu.nanti tgk buah dia lebat.
Sumber: Lily Hassan