Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Tom dan Fuad Rahman yang telah pun selamat menimang cahaya mata pertama mereka semalam.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Tom menerusi IG Story miliknya.
Dalam hantaran tersebut, Tom atau Raja Farah Afzan Raja Ikram, 38, berkata, dia terpaksa melahirkan bayi keempatnya yang merupakan seorang bayi perempuan secara pembedahan kerana berdepan dengan beberapa komplikasi.
“Alhamdulillah, baby caesar. Pertama kali kena caesar sebab banyak komplikasi.
“Apapun Alhamdulillah, welcome to the world baby, love Anggun,” tulisnya.
Kedua mereka meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan rezeki itu malah kehadiran si comel Anggun pastinya menjadi pelengkap bahagia buat Tom dan Fuad.
Terdahulu, Tom memilih untuk melahirkan cahaya mata perempuannya itu di hospital kerajaan kerana lebih menjimatkan kos berbanding hospital swasta.
Tom selamat bergelar isteri kepada Fuad pada 26 Februari 2023 di Batam, Indonesia. Pasangan ini berkongsi berita gembira apabila mengumumkan Tom hamil anak pertama mereka pada Jun 2023.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club