Lumrah apabila ada anak yang masih kecil tentu pelbagai kerenah yang diluar jangkaan. Begitulah yang dihadapi oleh seorang suri rumah apabila anaknya yang berusia dua tahun terkena ham 3 saat di mata ketika dia sedang mengemas rumah.
Detik cemas itu dedahkan oleh seorang doktor mata yang merawat kanak-kanak berkenaan. Katanya pendedahannya itu telah mendapat keizinan wanita berkenaan untuk tujuan pengajaran.
Seterusnya ikuti detik cemas yang diceritakan oleh doktor ini.
Pada satu malam hari minggu, menerima panggilan dari jabatan kecemasan. Seorang budak 2 tahun terkena gam 3 saat(yg banyak jual dekat Mt.DIY tu). Habis satu muka kene katanya, mata tak boleh bukak langsung. Hmmm…pertama kali ni dapat kes macam ni. Lantas pesakit diarahkan datang ke wad mata untuk diperiksa.
Sejarah pesakit diambil dari ibunya, Ketika si ibu melakukan kerja di rumah, dia panjat kerusi nak pasang hiasan pada rumahnya. Anaknya girang bermain di kerusi ibunya, memegang kerusi tak nak ibunya jatuh.
Ads
Tanpa sedar gam 3 saat yang dipegang ibu tertumpah ke bawah dan terkena pada seluruh muka anaknya. Allahuakbar, pantas ibu membasuh muka anaknya dan dibawa terus ke hospital. Namun gam 3 saat memang susah nak hilang,terkena kulit tangan kita pun ia cepat mengeras dan sangat sukar dicuci, apatah lagi kena pada kulit muka dan mata.
Ketika melakukan pemeriksaan, matanya cuba dibuka, bulu mata semua dipotong kerana semuanya melekat antara satu sama lain. Namun kekuatan gam itu benar-benar terbukti, tiada hasil. Kedua-dua belah kelopak mata melekat atas dan bawah.
Gel sapuan pada mata
Usaha diteruskan dengan meletakkan gel petroleum khas untuk mata,kami berikan masa untuk ibu sapukan sepanjang malam dan tengok semula esok berkesan atau tidak.
Selepas 1 malam sapuan gel petroleum
***antara tips hilangkan kesan gam ini pada kulit ialah dengan basuhan air suam + sabun atau gunakan gel petroleum(seperti Vaseline). Tapi sebab dekat mata, kami gunakan yang khas dibuat untuk mata supaya tidak pedih jika termasuk dalam mata.
Pembedahan
Keesokannya, si ibu datang dengan wajah muram. Mata anaknya masih tidak terbukak. Gam pada pipi dan muka nampak menipis dan tertanggal, namun pada matanya sama sahaja.
Ads
Perkara ini tidak boleh dibiarkan lama, kerana kanak-kanak jika dibiarkan kedua-dua mata tertutup pada tempoh yang lama, ia boleh menjadi punca kepada mata malas, mengakibatkan penglihatan yang kurang sempurna seumur hidupnya.
Keputusan dibuat untuk melakukan pembedahan secara bius penuh, keluarga setuju. Alhamdulillah, dalam dewan bedah lebih mudah untuk buang gam pada matanya, kerana pesakit sudah tidak meronta-ronta.
Ada kecederaan pada dalam mata juga kerana gam tersebut masuk ke dalam matanya , tak sempat anak itu nak tutup mata sebab tiba-tiba tertumpah atas mukanya. Alhamdulillah pesakit semakin sembuh.
Peringatan Sebagai peringatan bersama, perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, malang tidak berbau. Sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerja dengan gam gajah/gam 3 saat(superglue) terutama apabila ada kanak-kanak disekeliling. *Gambar pesakit sebenar, keizinan lisan telah diambil dari ibu pesakit untuk peringatan bersama Dr.Syaz Pegawai Perubatan Oftalmologi
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon Izreen Azminda mendedahkan nama anak ketiganya bersama peminat usai seminggu dilahirkan.
Perkhabaran tersebut dimuatnaik menerusi akaun Instagram, Izreen Dan suami sepakat memilih nama Ali Idrees Muhammad Radzi.“Hai untie2 uncle2 semua, nama saya “ALI IDREES BIN MUHAMMAD RADZI” panggil Baby ALI aje okay.
“21/9/21 9.06am 2.87kg, (selama ni yg besar tu mama.. ALI kecik aje set tilam yg super cute n empuk habis ni dari @tinypalms @tinypalms @tinypalms tq ummi layan iols yg mcm2 permintaan ni,” tulisnya.
Izreen sebelum itu selamat melahirkan cahaya mata ketiga seberat 2.87kg pada jam 9.06 pagi 21 September yang lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Untuk makluman, Izreen mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Ude Wahid pada 8 Ogos 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini mencecah usia 2 tahun.Sebelum ini, Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhamad Riza pada 2012 sebelum memutuskan untuk bercerai pada 2014.
Hasil perkahwinan tersebut, Izreen dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhamad Adrian Umar, 5
Siapa sahaja yang tak geram kalau nampak ada sebiji dua jerawat di wajah, tentu sahaja ingin dipicit agar hilang terus, baru puas hati.
Pun begitu tahukah anda bahawa tabiat memicit jerawat terutamanya pada bahagian hidung akan mengundang bahaya dan boleh membawa maut, jadi lebih baik dihentikan.
Ini sepertimana yang dijelaskan melalui perkongsian video oleh seorang doktor di aplikasi TikTok beliau @drsyai, doktor ini menerangkan apa sebabnya dilarang untuk memicit jerawat terutamanya pada bahagaian hidung.
Difahamkan melalui perkongsian video tersebut, kawasan hidung adalah dikenali sebagai ‘segi tiga kematian’ di mana kawasan tersebut berhubung terus dengan otak.
Maka sebarang jangkitan yang berlaku di kawasan tersebut akan merebak ke otak sehingga boleh menyebabkan jangkitan ke otak dan boleh berlakunya strok.
Meninjau di ruangan komen, warganet ramai yang tidak mengetahui tentang info ini dan turut juga berkongsi pengalaman memicit jerawat sebelum ini. Antara komen adalah ada yang mengatakan :
“Patutlah bila picit sakit sangat”
“Lambat nak sembuh kat area tu, pastu parut pun lambat hilang”
“Memang niat tu tak nak picit jerawat tapi bila dah pegang cermin auto niat tu terbatal weyy”
“Terima kasih doc info, Saya suka picit jerawat area situ sampai berair-air mata, pasni taknaklah buah dah”
Sumber : [su_button url=”https://www.tiktok.com/@drsyai?” style=”bubbles” background=”#bba7fc”]@syai[/su_button]
Buat penggemar cendawan goreng, resipi pernah viral sebelum ini. Jika anda mahu menghidangkan menu petang yang sedap, resipi ini wajib dicuba.
Mudah disediakan dan hasilnya cendawan goreng bersalut tepung berempah ini jadi rangup dan garing. Dihidangkan bersama secawan teh O panas cendawan enoki goreng ini pasti terangkat.
Bahan-bahan:
2 bungkus cendawan enoki
1 biji telur – pukul ringan
serbuk tepung serbaguna (BESTARI)
Minyak masak secukupnya
Cara Membuat:
1. Potong akar cendawan Enoki,leraikan ia,kemudian basuh dan toskan.
2. Gaul cendawan Enoki dengan telur hingga rata.
3. Golekkan atas tepung serbaguna.
4. Goreng dalam minyak terendam dan api yang panas.
5. Angkat apabila sudah masak atau berwarna kuning keemasan. Toskan.
Info ekstra:
Kudapan ringan ini juga sedap dicecah dengan sos cili, mayonis atau dimakan begitu sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.