Personaliti media sosial, Intan Salleh kongsi gambar famili, gelagat anak ketiga curi perhatian warga maya. Intan nampak cukup bahagia dengan kehidupannya sekarang. Masanya banyak dihabiskan bersama anak-anak.
Personaliti Media Sosial, Intan Salleh Kongsi Gambar Famili
Nanti dah besar biar dia tengok muka diea nangis tu.
Now we are 6 alhamdulillah .. semoga keluarga kecil kita terus dikurniakan kasih sayang, iman dan kekuatan untuk membesarkan mereka di jalan yang diredai..Amin..- tulis Intan di ruangan kapsyen.
Gelagat Anak Ketiga Curi Perhatian Warga Maya
Dalam satu perkongsian lain pula, Intan berkongsi gambar-gambar comel anak lelaki ke empatnya semasa photoshoot newborn, Muhammad Ayriel Muqri.
Intan sebelum ini merupakan bekas isteri kepada pemain muzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude Wahid.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Arish Muqri, 11, dan Ariq Muqri, 9. Selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan berkahwin dengan penjawat awam Mohd Aizam Yahya pada 20 Disember 2021.
Perkahwinan kedua ini, Intan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 4 September 2022, yang kini berusia 2 tahun.
Sumber: Instagram Intan Salleh
Baca artikel lain juga: Intan Salleh Timang Anak Ke Empat, Alhamdulillah Cepat Sangat Kali Ni
Intan Salleh Nampak Berseri-seri Dan Cergas Walau Dah Makin Sarat, Usia Kandungan Dah 30 Minggu
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
‘Kami Anggap ‘Selamat’ Selama Ni Ok Je, Rupanya…” Selesai Kuarantin 2 Minggu, Lelaki Ini Kongsi Cerita Disahkan Positif Covid-19.
Kita dikejutkan kes baharu COVID-19 yang merekodkan angka membimbangkan melonjak naik sejak akhir-akhirnya hingga kerajaan mengumumkan PKP seluruh negara,
Apapun COVID-19 is real! Mungkin sebelum ini ada yang kata selamat je jika tak ikut SOP. Tapi mana tahu ada hari-hari anda tidak ‘selamat’.
Begitulah kisah yang diceritakan oleh lelaki ini. Moga jadi iktibar bersama.
Once dah kena, baru datang rasa takut luar biasa dan rasa bersalah! Yup, semalam (7 Mei 2021), selesai sudah saya kuarantin 2 minggu di rumah selepas disahkan positif Covid-19.
Bila mula? Saya pun tak pasti bila mula dan bila kena , tapi mungkin ketika saya dan officemate makan-makan di rumah bos. Yup, masa tu kami pakai mask, tapi tak jaga penjarakan sebab masa makan, mana pakai mask weh!
Masa tu, tak saspek apa-apa sebab kami anggap ‘selamat’ sebab selama ni ok je. Inilah permulaan ujian datang apabila kita mula rasa ‘selesa’ dan ‘selamat’ tanpa ada SOP yang betul.
Hari makan bersama officemate pada Khamis (22 Apr). Hari mula gejala pada Sabtu malam (24 Apr) lepas berbuka puasa. Nak tambah lagi cuak dan rasa bersalah, sebelum gejala datang, hari Jumaat saya stay di rumah dengan family.
Hari Sabtu pagi pula saya keluar memberi agihan sumbangan bawah Jabatan Amal, dan sebelah malam, saya buka puasa dengan family, ada parent sudah berumur 70 sekali , ada anak buah paling muda berumur 8 tahun .
Kena ingat, tiada sebarang gejala langsung sehingga Sabtu malam, saya sihat dan bertenaga tanpa sebarang tak sedap badan langsung! SOP pun saya jaga sebaik mungkin apabila di luar.
Sabtu malam lepas berbuka, tekak mula rasa kering, ingatkan rasa tekak macam tu sebab bantai air dark chocolate pekat . Sampai dah lewat malam around 10+, kepala rasa pening, tekak makin kering, badan mula rasa tak sedap.
Ahad pagi, memang terus ting tong! Badan rasa lemah nak buat apa-apa. Memang habiskan seharian bangun tidur bangun tidur. Macam panda dah rasa.
Isnin hari kerja, saya dapat mesej, officemate lain semua keadaan yang sama, demam, pening kepala, bukan seorang, tapi sampai 4 orang! Masa ni dah mula tak sedap hati. Tapi ‘konon’ rasa selamat, kita rehat je kat rumah dan anggap tak ada apa-apa.
Selasa makin tak sedap badan dan tak sedap hati, contact kawan yang pernah kena covid, tanya macam mana boleh bermula dan sebagainya, sah, sebiji sama keadaan yang saya dan officemate lalui.
Terus tanpa fikir panjang, petang Selasa tu buat RTK, result POSITIF! Malam tu, buat pula PCR dan arahan office terus tutup dan kuarantin serta merta dibuat kepada semua officemate yang bergejala dan tidak bergejala.
Masa ni, saya contact balik dengan semua orang yang saya ingat saya jumpa secara fizikal walaupun mask saya pakai, penjarakan dijaga, tapi tetap saya maklumkan untuk mereka mula kuarantin diri.
Mereka ni termasuklah family saya makan sekali, AJK agihan sumbangan yang saya duduk lepak sekali, orang yang saya naik kereta sekali, senang cerita semua orang yang saya boleh akses.
Hari Rabu, keluar result PCR, confirm POSITIF. Dan masa tu, dok fikir mereka yang saya kontak rapat. Rasa bersalah sangat sangat!
Masa tu, ayah punya ayat paling pedih. “Punyalah berhati-hati kita apabila keluar, last-last anak sendiri jadi punca sampai kepada family,”
Dan bertambah lagi tak best, saya dan officemate rupanya 7 orang sah positif. Salah seorang officemate, kena pula pada family lagi 13 orang. Lagi seorang officemate kena pula pada rumah bujang dia lagi 5 orang.
Saya pula, kena pada 1 orang AJK yang saya jumpa masa program Sabtu (Mohon doa untuk beliau yang kini berada dalam pantauan di hospital). Rezeki family saya selepas semua buat PCR, semua negatif.
So berapa ramai yang kena buat test dalam situasi saya dan officemate yang terlibat?
Total staf ada 17 orang wajib buat semua. Pasangan lagi, anak lagi, adik beradik lagi, parent lagi, kawan dan kontak rapat lagi, kalau saya anggarkan, ada lebih 50 orang!
Dan bayangkan mereka semua buat RTK yang bernilai around rm100+, dan sebahagian besar daripada mereka buat PCR around rm200+. Nilai test sahaja melebihi 5k oi!
Ini pesanan saya buat anda yang masih tak ambil serius bab SOP, mask, sanitizer, dan berdegil (macam saya 🙏) nak buat gathering family, gathering buka puasa, gathering raya nanti dan segala bagai gathering tu!
(Termasuklah mereka yang retis, famous dan berjawatan yang acah bagus pergi rentas negeri beli cincau, karpet, buka puasa anak yatim dan tangkap gambar produk etc etc then akal pendek pergi pos di media sosial, lepas tu acah terpaling agama di bulan Ramadan )
1. Tolong ambil serius bab SOP. Jangan buka mask sekalipun suara slow, panas, berpeluh dan apa jua ketidakselesaan. Jangan buka mask!
2. Sanitize. Bawa sanitizer kecil tu, dan sapu tangan. Kita tak tahu tangan kita ni dah usik virus celah mana.
3. Jangan sentuh/salam orang. Yup, walaupun dengan family, parent, tok imam, cikgu dan sesiapa saja. Ya memang rasa bersalah nak menolak salam, tunggulah rasa bersalah sebab kontak rapat covid, masa tu perasaan bersalah lagi teruk oi! Baik rasa bersalah tolak salam daripada rasa bersalah nak maklumkan kontak rapat covid.
4. Gathering? Tangguh dululahhh. Tapi nak buat juga? Then, SOP ambil serius tahap gaban! Masalahnya SOP tenggelam ke laut, baik tak payah buat!
5. Kalau mula rasa tak sedap badan: Tekak kering? Kepala pening? Demam? Selesema? Batuk? Walaupun sikit, jangan menggatal nak pergi jumpa family lah, kawan lah, then guna ayat “ala, tak ada apa-apa ni, demam biasa je,” please guys! Just don’t. ANGGAP COVID DAHULU bukan lagi anggap demam biasa dahulu.
6. Buat semua, mohon sentiasa doakan mereka yang ditimpa ujian Covid ini cepat sembuh dan baik.
7. CUKUPLAH SALAHKAN ORANG LAIN! Frontliners berhempas pulas nak jaga pesakit yang hadir. Mereka beri yang terbaik. Pakai PPE one whole day. Mereka SETIAP MINIT DI TEMPAT KERJA terdedah dengan covid. Tak macam kita ni. PLEASE MUDAHKAN KERJA MEREKA.
Para menteri dan pihak atasan (yang betul-betul buat kerja), mereka pun dilema juga. Kalau buat PKP 1.0, ratusan juta ringgit transaksi sehari akan terhalang (ini saya dengar cerita rakan saya kerja gomen), lagi bertambah teruk ekonomi kita nanti.
Dalam masa yang sama, mereka dilema dengan keadaan kebolehjangkitan Covid. Ingat mereka suka jadi bahan makian rakyat kerana PKP ni? Dan ingat kita ni suka maki-maki orang? Tahan nafsu caci maki kita guys!
9. Akhirnya, terima kasih semua frontliners dan individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses kuarantin dan saya mohon maaf kepada semua yang terlibat juga
Sumber: Asnawi Yusof
Ikan Peliharaan Pula Mati, Gara-gara Anak Tetamu Beri Makanan Ikan Sebalang Dalam Kolam!
Merai Syawal bagi kita umumnya akan disambut sebulan lamanya, dan tidak hairanlah sehingga hari ini kita masih lagi dalam mood berhari raya dan boleh dikatakan setiap hujung minggu pasti ada undangan open house di sana sini.
Sebut saja rumah terbuka semua orang tahu, hatta kanak-kanak pun mudah memahaminya dan suka melakukan aktiviti ziarah tersebut. Pun begitu, dalam seronok berkunjung-kunjungan jangan dilupa adab-adab yang perlu difahami oleh tetamu dan tuan rumah. Ini perlu dipelajari agar tuan rumah selesa menerima tetamu dan tetamu pula seronok diraikan oleh tuan rumah.
Jangan pula sampai terjadi sesuatu perkara yang boleh mengundang rasa tidak puas hati atau marah di kedua-dua belah pihak seperti mana berlakunya beberapa kes viral sebelum ini. Dan ini pula perkongsian Aman Mokhtar.
Lagi Kes Bila Anak-anak Beraya
Before this heboh pasal anak kucing mati kena rendam dlm air & tv plasma tuan ruman jatuh dan pecah..dua2 pasal kes dtng beraya bawa anak2 yg hyperactive tp tak pantau. And now 1 of my friend on IG ikan2 dlm kolam dia banyak mati sbb kes yg sama, bawa anak dtng beraya tak pantau jaga. Ni kes tabur sebalang makan kat ikan mcm tu je pastu ikan x makan n effect kat air kolam….esok nya 20 ekor semua terapung mati.
Peringatan Bersama
Please lah ya yg ada anak2 kecik tu terutamanya.jaga elok2 n pantau seketat yg mungkin…kalau boleh ikat tangan anak tu ngan tgn sndri. Nak bawa anak2 kecik boleh tapi Jgn sedap nak penuhkan perut sendiri je pastu membawang rancak smpai anak sendiri tak terpandang perangai kt tempat orng.
ikan2 kolam ni bukan murah nk beli. Last gambar tu ikan tu dh ready nk bertelur tp dh sampai ajal…kesian tuan rumah.lain kali kalau tau anak tu dh perangai buas sngt n sendiri x reti nak control,better tinggal jelah anak kt rumah. jgn nnti menyusahkn orng lain..ni datang beraya rumah orang tau…ada adab mengunjung, bukan kat padang bola boleh terkinja-kinja.
“Rumah orang bukan PLAYZONE”!!!
sumber : Aman Mokhtar
Diharapkan perkongsian ini bukan untuk menuding siapa yang salah. Cuma diharapkan sama ada tetamu mahu pun tuan rumah, kita ada adab yang perlu dipatuhi dalam amalan kunjung berkunjung ini.
Di sini dikongsikan bersama video Ustaz Azhar Idrus tentang Adab Bertandang Ke Rumah Orang, semoga memberi manfaat bersama.
Antara tip untuk tuan rumah & tetamu adalah seperti :-
- Memberi salam
- Bila tuan rumah menjemput masuk, barulah tetamu masuk ke rumah.
- Tuan rumah perlu merai tetamu dengan menjamu sekurang-kurangnya air.
- Tetamu jangan makan habis makanan yang dihidang tuan rumah.
- Jangan terlalu lama berkunjung di rumah orang.
Runsing Bila Anak Tak Mahu Dengar Kata, Ini Pesanan Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, Ibu Ayah Wajib Tahu!
Buntu memikirkan bila anak-anak yang semakin membesar tidak mahu mendengar kata. Pelbagai amalan yang dilakukan sejak kecil namun anak masih lagi menunjukkan sikap yang sama.
Sebagai ibu dan ayah, nilai diri kita sendiri. Mungkin kita tersalah mendidik atau tersalah langkah dalam berkongsi ilmu dengan anak-anak. Jangan buntu dan terus menyalahkan diri kerana masih ada ruang untuk anak kecil kita berubah.
Empat pesanan yang dikongsikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dalam mendidik anak-anak di zaman ini kita kena ikuti.
Memulakan dengan kata-kata yang baik adalah kunci kepada segala kebaikan. Ikuti segala perkongsian olehnya.
Anak-anak yang mendengar kata ibu dan ayah pastinya menjadi satu kebanggaan. Tiada yang lebih membahagiakan buat hati ayah dan ibu melainkan memperoleh anak yang mendengar kata, rajin tolong ayah ibu, rajin pergi sekalah, tak tinggal solat dan sebagainya.
Semua ini antara ciri-ciri anak yang sentiasa menjadi kebanggaan. Namun tidak semua anak membesar dengan baik dan menuruti segala kata-kata ibu ayah. Ini yang boleh diamalkan dalam kehidupan harian. Ingatlah bahawa setiap kata-kata kita adalah satu doa!
Keluarkan Kata-Kata Baik
Sentiasa mengeluarkan perkataan yang positif buat anak-anak kita seperti anak bertuah, anak bijak, anak mama sayang, anak ayah sayang dan sebagainya. Elakkan sama sekali perkataan negatif buat anak kita ketika kita sedang marah. Takut dan dibimbangi kata-kata yang kita gunakan ini mustajab kerana ianya satu doa!
Tegur Dengan Baik
Tegurlah anak dengan penuh berhemah dan kasih sayang. Anak-anak adalah ujian dari Allah, buat ibu dan ayah bagi menilai kesabaran mereka dalam mendidik anak-anak. Jadi tegurlah mereka dengan baik, penuh berhemah dan kasih sayang. Gunakan perkataan yang paling baik dan nada lembut dalam menegur mereka.
Sentiasa Gunakan Nama Allah
Sentiasalah gunakan nama Allah dan Rasulullah. Sebagai contoh, “Anak ibu sayang Allah dan Nabi tak?” Kalau sayang Allah jangan tinggalkan solat dan jangan lawan cakap mak ayah sebab kita semua nak masuk syurga dan dapat syafaat daripada Allah SWT. Sentiasalah gunakan nama Allah dalam seharian bagi mendidik sifat mulia anak.
Banyakkan Berdoa
Kunci kepada segala kebaikan adalah berdoa kepada Allah SWT. Ibu dan ayah janganlah putus doa pada anak. Sentiasalah berdoa kepada mereka untuk terus menjadi anak yang baik, patuh pada ibu ayah dan menjadi anak yang terpuji.