Persiapkan Anak Lelaki Tentang Perkara Ni Sebelum Remaja Agar Tahu Pikul Amanah!

Share

Mendidik anak lelaki, kita kena tahu cara terbaik dengan harapan agar membesarnya anak-anak ini sebagai insan yang sempurna akhlak dan imamnya.

Oleh itu, sebaiknya kita persiapkan emosi dan adab anak lelaki ini sebelum mereka meningkat remaja sebagaimana kata pepetah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sebelum itu, jom semak perkongsian daripada Dr Taufik Razif ini berkenaan bagaimana ibu ayah mempersiapkan anak-anak lelaki tentang emosi dan adab. Jom semak.

Siapkan emosi dan adab anak lelaki sebelum mereka menjadi remaja

1. Ajar mereka kawal emosi marah

– supaya marah mereka tidak keterlaluan
– supaya marah mereka tidak merosakkan
– supaya marah mereka sampai tidak meninggalkan dendam

2. Ajar mereka untuk luah perasaan marah dengan cara yang selamat

– supaya mereka tahu ianya okay untuk meluahkan
– tetapi pastikan ianya dengan cara yang betul
– jangan sampai merosakkan barang barang
– jangan sampai membahayakan diri sendiri

3. Ajarkan mereka empati dan memahami perasaan mak ayah dan adik beradiknya

– supaya anak kita belajar memahami
– supaya anak kita tahu perasaan orang di sekelilingnya nanti
– supaya anak kita boleh memandang daripada perspektif orang lain

4. Ajarkan anak lelaki kita tentang belas kasihan

– supaya mereka belas kasihan kepada kita
– supaya mereka belas kasihan kepada adik beradik dan orang di sekeliling
– supaya mereka dicintai ramai orang kerana sifat belas kasihannya itu

5. Ajarkan anak lelaki kita sifat ringan tulang

– supaya anak lelaki kita tidak menjadi remaja yang berat tangan untuk menolong
– supaya anak lelaki kita tidak menjadi beban ibubapa dan pasangannya kelak
– supaya mereka belajar tentang amanah dan tanggungjawab

Tolong kongsikan ilmu ni pada pasangan kita dan ibubapa lain yang belum tahu sebab saya percaya ramai lagi ibubapa di luar sana yang belum tahu tentang ilmu ini

Sumber : Taufik Razif